Saturday, April 30, 2011

Review entri menarik perhatian Nelly : Salah Ke,Orang Gemuk Jatuh Cinta?

kindergartenlibrary | 8:32:00 PM | 102Comments |
 السلام عليكم

Nelly tertarik dengan entri ini ! So , minta kebenaran untuk review entri dia . Hehehe . . 
Nelly nak tengok apa pendapat korang semua . . .

Orang gemuk tak boleh ada perasaan jatuh cinta??Huh...sampai hati bila ada yang mengutuk2 atau mengatakan orang yang gemuk tak layak untuk jatuh cinta!

Perasaan cinta adalah anugerah Allah kepada semua makhlukNya.Semua orang telah Allah tetapkan jodoh sendiri.Tiada siapa yang berhak mengungkit atau mempersoalkan tentang perasaan ini. ( Siapa korang nak mempertikai anugerah Allah )


Sedarkah korang,gemuk adalah saiz dan ia bukanlah pengukur kebahagiaan dalam hubungan.

Orang yang gemuk boleh berubah menjadi kurus ( boleh pergi pusat rawatan kecantikan macam Keep Slim,Slim World atau nak senang dan murah tanpa perlu keluarkan duit,diet yang seimbang dan membuat senaman )

Dan korang jangan lupa,orang yang kurus tidak mustahil boleh jadi gemuk!!

Manusia tak perfect!! ( harus diingat itu )

Terjah tuan blogCik Roses

Semua ciptaan Allah itu CANTIK !

kindergartenlibrary | 6:29:00 AM | 149Comments |
 السلام عليكم

Ramai kata dekat Nelly :
"Saya tak cantik , tak ada siapa nak saya . Saya gemuk , hitam"
Macam-macamlah yang keluar yang tunjuk rasa rendah diri ~
Come on semua ! 

Cantik itu subjektif .
Semua orang cantik . Kalau korang kata :
"Asal minah tu hensem gila , pakwe macam pecah longkang . . "
Ada yang 'minah' tu nampak . Mungkin sebab lelaki itu kelakar ~
Menyenangkan hati ~
Lain orang , lain pandangannya ~

Tolong , tolong , tolong ! ! 
Tolong jangan nilai orang macam tu . . 
Berdasarkan buku from Dr. HM Tuah Iskandar kata :

Rasa cinta bukan wajah ukurannya , tapi perangai , sikap , keseluruhan tubuh badan , pegangan , pendirian , cara bercakap . .


Orang kata semua orang yang dicipta Allah itu cantik . . 
Pasti ada kekurangan , tapi disebalik kekurangan , ada kecantikannya tersendiri . . 

So , stop rendah diri ! Yakin diri itu cantik . Jaga kecantikan sendiri . .


Friday, April 29, 2011

Takut itu normal dalam bercinta !

kindergartenlibrary | 7:37:00 PM | 117Comments |
 السلام عليكم

Baiklah , sekarang korang semua berada dalam perkarangan yang tak strange pun .
Tapi , saja-saja dibuat strange ! Haha . .
Perkongsian dari buku Teruskan Bercinta !

Rasa takut itu normal ? Korang faham ke maksudnya ni ? ?
Takut apa ?

Masih dalam topik cinta dari buku Nelly baca : Teruskan Bercinta by Ahmad Yusof Ibrahim .
Nelly akan ringkaskan ~
Lupa nak mention nama penulis sebelum ini . . Adoi ~

Takut keseorangan

Bila berpisah , takut sunyi ? Wah , sapa ada rasa macam ni ?
Samalah dengan Nelly . Tak dapat dinafikan ~
Lama-lama kita boleh stress ! !

Takut cinta ditolak


Perasaan dekat orang itu LUMRAH ! Sebab ?
Janganlah tanya . . Meleleh airmata kang ~ Haha . .
Bila sudah berpisah , kita takut nak luahkan perasaan kita lagi .
Bukan kes perigi cari timba okay ? Lama-lama kita tak yakin nak terima cinta orang lain .


Takut tak dapat dicintai dan mencintai


Selepas kita terseksa jiwa dan raga , kita kalau boleh nak tutup pintu hati itu rapat-rapat . .
Sebab ? Bimbang perkara lama berulang lagi . . Akhirnya , kita bersendirian . .

Gunakan rasa takut untuk hadapi perpisahan


Apabila cinta ditolak ! ! ! Katakanlah :

"Lebih baik mencintai seseorang daripada aku langsung tak pernah merasa cinta . .
Kan baik untuk diri kita ?' Hehe . . .

Masih awal lagi . . Rilex lu ~

Nelly selitkan kata-kata :

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >




Jalan-jalan dengan boyfriend Nelly ~

kindergartenlibrary | 6:14:00 AM | 101Comments |
 السلام عليكم


Nelly sakit telinga sangat pagi tadi . Menderita oo ! !
Mata berair ~
Then jumpa doktor . Dah nak seminggu juga ~

Then , terpaksa pergi hospital untuk jumpa pakar ~
Rupa-rupanya , doktor bagitau sebab korek telinga sampai berdarah .
Terkena jangkitan kuman ~

Dia cuci ! ! ! Nak nangis , tapi cover ~ Haha . .
So , doktor pun bagi macam-macam ubat suruh habiskan . . .
Terseksa Nelly ~
Mata berair + sakit telinga = rasa nak tidur !
Sempatlah juga makan waffle masa balik . . .


Pengajaran : Jangan korek telinga sampai berdarah ~
Bunyi kelakar , pengajaran ni ! ! !

Dalam perjalanan , Nelly bawa teman !


Inilah teman atau senang cerita boyfriend Nelly dalam kereta . . .


Nampak sangat tak ada kerja ~

Korang jangan jadi macam Nelly . Gila ganas kan ~


Thursday, April 28, 2011

ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA

kindergartenlibrary | 8:39:00 PM | 26Comments |
Tekan banner

 السلام عليكم


Hari ini telah ditag oleh Zaty Comel . . 
Tarikh tutup esok ! ! !

Syarat-Syarat Penyertaan GA :

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog
2. Menjadi follower bagi blog Odah + One = OdahOne
3. Buat satu entry berkenaan GA ini yang bertajuk;
"OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"
*Sila letakkan banner di atas di dalam entry tersebut & linkkan ke entry ini
4. Tag 2 orang blogger untuk JOIN GA 
5. Sila tinggalkan URL entry yang anda buat pada kotak komen di bawah entri ini dengan format seperti  berikut ;
Nama : OdahOne
URL Entry : http://odahone.blogspot.com/2011/03/odahone-giveaway-bersamamu-hidup-ini.html

Tarikh Tutup :
30 April 2011

Peserta yang bertuah akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas TARIKH TUTUP penyertaan . . 

Jom join sama-sama . .
Tak sempat nak tag orang sebab mata sakit dan keadaan tengah tak sihat . .
Nelly tak sempat nak update entri hari ini . . Dah okay nanti Nelly update ya sayang-sayangs ~
GA saja sempat ! Tak sihat ~

Love you all !

Dari pelajar tak matang + pemalas jadi gadis matang ! : Tolong ambil pengajaran

kindergartenlibrary | 5:29:00 AM | 130Comments |
 السلام عليكم

Kenapa pelajar ? ?
Nelly buat blog mula dari form 4 , tapi jadi perhiasan dan aktif lepas SPM . .
Benda yang menjadi kesalahan Nelly buat :

Selalu buat short form
Contohnya : Ak hri ni bz gle smpai x trurus . .

Ada blogger yang menegur supaya jangan buat short form . .
Nelly marah juga mula-mula .
Tapi , dia cakap blog satu medium di mana semua peringkat akan baca .
Nak marah lagi ke masa tu ? No !

Selalu buat copy paste sampai nampak etika seorang blogger . .
Lama juga Nelly nak fahamkan etika ini . .
Banyak sangat kan ~
Mulalah naik blur ! Otak lambat pick up ~

Selalu tulis entri merepek + tak padat dan pendek ! !
Why ? ? Sebab ini luahan hati Nelly . .
Nelly pernah kata pada diri sendiri : Apa aku kisah dengan orang ?
Now , kisah gila ! ! !

Gadis matang ?
Taklah matang sangat ~
Tapi , Nelly masih mampu beri entri yang berguna ~
Sebab ?

Pemalas yang memiliki blog ----> Cari buku untuk dapat idea ----> Rajin baca buku ----> Pengalaman orang lain mematangkan Nelly ----> Fikir secara rasional ----> Entri mula berperingkat-peringkat ~

Dari entri yang penuh kebudak-budakan menjadikan Nelly jadi diri yang baru . .
Entri Nelly masih memerlukan tahap dan pendapat dari korang ~
Untungnya ada blog !

Andai 1-10 , mana tahap korang nak bagi ? ? ?

Wednesday, April 27, 2011

Review entri menarik perhatian Nelly : Adakah aku dah cukup cantik sekarang ?

kindergartenlibrary | 8:34:00 PM | 112Comments |
 السلام عليكم


Asyik review blog saja . 
Ini kali pertama review 1 entry yang memerlukan pendapat , emosi dan perasaan korang yang membaca entri ini . . 
Nelly akan cari lagi entri menarik . . Mungkin korang punya entri ada yang bertuah . Hehe

"Adakah aku dah cukup cantik sekarang?"

Ini kisah cinta yang berdarah..

Girl: Hi !
Boy: Umm... hi.. 
Girl: Saya sebenarnya dah lama nak bagi tahu awak sesuatu...
Boy: Umm..apa dia?
Girl: Saya betul-betul suka dekat awak.. dan saya....saya rasa...saya dah jatuh cinta pada awak..!
Boy: err...OK..
Girl : Apa maksud awak dengan "OK"?
Boy : Saya tak sukalah awak macam ni..
Girl : kenapa tidak? 
Boy : nantilah saya bagi tahu awak..


Sejak dari tu, girl asyik tanya pada boy "Kenapa?" bila setiap kali die jumpa boy.. Tetapi boy asyik jawab jawapan yang sama.."nanti lah saya bagi tahu awak.." Sampai akhirnya ,girl tu fedup..

Girl: Saya penatlah dengan semua ni! bagi tahu jela saya kenapa awak tak suka saya?!

Boy: ishh..kau ni betul-betul nak tahu ke??
Girl:  ye!
Boy: Sebabnya...kau tu tak cantik , tau tak?! Apa guna keluar dengan perempuan yang tak cantik macam kau ni?! no point! memalukan aku je tau?!
Girl: Tapi... saya...
Boy: Ishh..dah lah! tinggalkan aku sendirian boleh tak?!

Boy terus beredar dan girl tu terduduk menangis. Dia betul-betul kecewa dengan apa yang boy cakap. Kemudian , telefon dia berbunyi..

Girl: Hello?
Mama: Sweetheart? Mama nak awak balik rumah sekarang. Sekejap lagi mama habis kerja mama terus balik rumah okay.
Girl: Alright Maa.
Mama: I love you.
Girl: I love you too, Maa.

Selepas itu , girl tu terus balik rumah dan sampai je dekat rumah , dia terus ke bilik air dan lihat wajahnya di cermin. 

Girl: Aku tak cukup cantik ke.....

Kemudian , girl tu teruskan kerja dia , dia dah tahu apa yang patut dia buat. 2 jam kemudian , Mama girl sampai rumah dan dengar bunyi air dari bilik mandi. Mama girl terus naik ke tingkat atas dan terkejut tengok sepanjang hall dah basah dengan air yang datang dari bilik girl. 

Mama: Honey? Okay tak ni??

Mama girl rasa tak sedap hati terus buka pintu bilik girl dan.........dia sungguh terkejut. Air mencurah-curah atas lantai dan air tu berwarna MERAH!  Mama girl terus masuk ke dalam dan dia menjerit ketakutan. Disitu...dia terlihat anak gadis kesayangannya sedang terbaring dipenuhi darah akibat torehan pisau di seluruh muka. Mama girl bergerak ke belakang dan ingin bergegas untuk menghubungi polistetapi...dia terpandang sesuatu di cermin...

Ada tulisan yang ditulis dengan darah.. walaupun tulisan tu tak jelas tapi mama girl masih dapat baca...

"Boy....adakah saya dah cukup cantik sekarang?"

___________________________________THE END_____________________________________ 

Bak kata omputeh , "Dont judge a book by it's cover" so , jangan lah nilai seseorang itu berdasarkan kecantikan luaran semata-mata tetapi nilai & ambil kira dahulu hati budi , kecantikan dalaman serta peribadi dia. Lagi-lagi pada akhir zaman ini , pilihan kita seharusnya pilihan yang tepat. Bagaimana contoh pilihan yang tepat? pastinya si dia yang menjanjikan kebahagiaan dunia & akhirat. :) 


And even kita di'reject' oleh seseorang yang kita cinta sekalipun ,janganlah sampai rosakkan diri. berdosa hukumnya kalau kita zalimi diri sendiri. teruskanlah kehidupan. mungkin esok , akan hadir seseorang yang lebih baik untuk kita. ;) 



Apa pengajaran ? ?


Terjah tuan blog : Ainnur Afiffah

Bila kita terlalu mengharap benda yang tak pasti !

kindergartenlibrary | 2:03:00 AM | 118Comments |
 السلام عليكم

Nelly nak kongsi satu tajuk dalam satu buku yang Nelly baca . . Nampak tajuk tu ?
Nelly tak cakap tajuk itu sama dengan buku yang Nelly baca dari buku bertajuk Terus Bercinta . . 
Apa yang jangan mengharap ? ?

Perpisahan satu perkara normal . Perasaan sakit dan sedih itu juga normal . .
Yang tak normal bila kita tak percaya apa yang dah menimpa kita . .
Tak dinafikan , Nelly juga macam ini . . 
Tapi , buku ini buat Nelly tertarik untuk berkongsi bersama korang semua . . 

Andai kita sudah mengalami perpisahan , tolong jangan menafikannya . . 
Kerana ? Nampak yang kita tak percaya dengan perpisahan . .

Ditambah lagi , kenyataan PALSU ini akan buat korang rasa makin sakit hati .
Tentu ia akan merumitkan proses penyembuhan hati  . . .

Senang cerita , baik mengaku yang kita sudah berpisah . .
Secara tak langsung , kita berada dalam REALITI , bukan FANTASI . . 

Melarikan diri daripada masalah bukan jalan yang terbaik . . 
Persoalan : Mampu ke kita menghadapinya ? ?
Andai kita melarikan diri , sepanjang hayat kita masalah tidak akan selesai ! !


Habis ? Kalau kita tak larikan diri ? ?

Kita hanya terluka pada waktu itu dan bukan sepanjang hayat kita . . 
Andai ada yang tak kena dengan perpisahan , selesaikan sekarang atau selamanya terseksa !

Kalau korang faham , memang korang ini otak cepat pick up . . 

Tuesday, April 26, 2011

Contest : Gambar DesktOp Lappy !

kindergartenlibrary | 7:33:00 PM | 31Comments |
 السلام عليكم

Nelly kena selesaikan tag dari penganjur yang comel !
Dia yang tag Nelly .
Kena buat ! Wajib ! Wajib ! Wajib !
Tak menyempat nak siapkan . Alang-alang tengah tak sihat , siapkan ini dulu sebelum buat entri lain ~


1. Letak header blOg nie ( cOpy kat atas blOg nih,aku malas nak cOpy dah ) dan link kan ke blOg ini.
2. Buat 1 entry nape kOwg pakai gambar tersebut sebagai desktOp backgrOund lappy or cOmputer kOwg. Tak kesah lah gambar apa pOn. Jgn gambar bOgel sudah ;)
3. Jgn lupa print screen desktOp kOwg. Kalau tak taw nak print screen bOleh tgk tutOrial nie.
4. Pemenang akan di pilih berdasarkan gambar desktOp yg paling sempOi dan kemas susunan icOn/gadgetnya. 
5. Hadiah? Akan diberitahu kemudian. Masih dlm cadangan.
6. Tamat : 14-05-2011.
7. Tag 2 owg blOgger lain sahaja!



Sangat tak kemas kan ? Sebab Nelly pilih ini ?

1. Peminat Emily The Strange . .
2. Minat warna hitam , merah , putih .
3. Suka pada ayat-ayat dia . Sempoi gila ! !
4. Ayat tu banyak maksud . . Samalah dengan jiwa Nelly . . 
5. Bagi Nelly , gambar ini sangat kemas !
6. Menunjukkan emosi Emily . I like ! Selalu rasa boring ~ Haha . . 
6. Nelly tak boleh lepas dari warna yang digemari dan Emily ! !

Hehe . Siap ! So ? Tag semua yang baca . .

Join ? Tekan gambar Nelly tu . Senang kan ?

Cerita Islamik dan Cerita Cinta : Siapa setuju ?

kindergartenlibrary | 6:10:00 AM | 81Comments |
 السلام عليكم


Apa perbandingannya ? Cerita Islamik kurang mendapat perhatian . Sebab ?
Bagi kajian Nelly , kalau ada blogger yang tulis entri tentang cinta Islamik , tak ramai yang letak komen .
Tetapi , tentang cinta pula sebaliknya .

Kenapa ?
Kenapa ?
Kenapa ?

Adakah kerana cerita Islamik sudah selalu dengar dan sudah lali bagi korang ? ?
Tentang cinta ? Kapel clash ?
Tak lali ke pada korang ? ?


Sebab ? ?
Cinta kapel clash semua orang melaluinya ! ! ! !
Cinta Islamik ? Ada ke orang melaluinya ? Ada ke orang putus cinta dengan Allah dan cerita siapa yang minta clash ?
Fikir balik . .


Semua mampu bercerita pengalaman putus cinta .
Nelly juga mampu ! !
Adakah semua mampu cerita tentang Islam dan menghuraikannya ? ?
Pasti ramai yang terdiam ! ! ! Nelly juga tak terkecuali . . 

Setuju dengan statement ini ? ? Boleh bangkang campur huraian kalau rasa perlu dan salah . . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...