Monday, May 30, 2011

Oppss ! ! ! Saya jatuh cinta !

kindergartenlibrary | 8:02:00 AM | 94Comments |
السلام عليكم


Oppss . . Jatuh cinta ? Bukan Nelly okay ? ?

Nelly dapat banyak pertanyaan tentang cinta . . Fuyoo ! ! Sampai dah tak tau nak jawab apa ~

Soalan yang paling susah nak jawab :
“Macam mana rasa jatuh cinta dengan seseorang ?”

Fuyoo ! ! Nelly tak tahu nak cakap macam mana ~
Sebab perasaan setiap orang itu berbeza . . Senang cerita , tak sama !
Sebab kita suka orang mungkin ada yang dari segi perwatakan , fizikal dia dan macam-macamlah yang korang nak nilai . 
Kalau boleh nak PERFECT habis . .

Sori kalau Nelly kata , kalau ada insan yang nak yang sempurna , jangan harap . .
Sebab ? Mana ada manusia yang sempurna . Setiap yang negatif ada positif . .
Setiap kelebihan pula mesti ada kekurangan .

Contohnya :
Lelaki ni romantik gila ! ! Tapi , kekurangannya mesti perempuan yang lain akan tertarik dekat dia . Ops , sila jaga bf sekarang . . Hehe . . Ini contoh Nelly okay ? Mana kekurangannya ? Ha , sila fahamkan betul-betul yang mana kekurangannya .

Rilex sudah . . .
Jatuh cinta tak salah . Lumrah manusia  . .
Tapi , perasaan jatuh cinta tu , agak payah Nelly nak jawab sebab situasi lain-lain . .
Nelly pernah ke ? Jangan tanya okay ? Buat sakit hati . Haha . .


Saturday, May 28, 2011

Terjadi mangsa keadaan : Boleh ke ? Bakat dahlah tak ada !

kindergartenlibrary | 9:04:00 PM | 92Comments |
السلام عليكم

3 hari tak update . . Ha , amik kau ! Confirm hancoss entri lepas ni . Haha . .
Actually , ramai tanya Nelly mana Nelly pergi ? Maaf semua . .

Nelly kena buat 2 aktiviti :

-Latihan Drama untuk Hari Guru . .

Sampai petang pula tu . . Then , entah macam mana , Nelly menggantikan seorang kakak esoknya yang terpaksa tarik diri atas sebab-sebab tertentu . Last minute beb ! ! ! Tak prepare apa-apa !
Sajak pula tu ! !


Mana tak gelabah ! ! ! Tapi , nasiblah baik ada seorang abang Tingkatan 6 Atas pun join sama . .
Tak adalah nervous sangat . Katanya , cuma ada pelajar-pelajar tertentu dan guru sahaja ! ! !

Tapi , tiba-tiba jadi satu tragedi bila semua pelajar pun ada berkumpul untuk persembahan seterusnya .
Nelly dah menggigil der ! ! !
Kitty Bear emoticon

Dekat belakang pentas dah seram sejuk ! ! Rasa macam nak melompat-lompat kasi hilang nervous . .
Korang dengarlah sendiri sajak tak jadi ! Haha . .






Gelabah der ~



Bersama abang Tingkatan 6 Atas yang bersama-sama mendeklamasikan sajak ~

Kitty Bear emoticon

Ini pula drama yang telah kami persembahkan ~
Bab setan tu yang tak tahan tu . . Mari sama-sama gelak . Haha . .















Famous terus setan ni . Haha . . 



Barisan pelakon Drama dan guru kami , Puan Rozita. . 




Wakil daripada Tingkatan 6 Bawah





Pengetua bersara pada hari itu dan naik kereta antik ! Lawa oo !





Cikgu sibuk bagi penerangan masa latihan drama , Nelly sibuk ambil gambar sebelah cikgu . Haha . . 


Sekarang , sudah jelas mana Nelly pergi kan ? Haha . .



Opps , Nelly nak promote contest . Jom join sama-sama :





Buletin Story

Tekan banner
Come on beb !

Wednesday, May 25, 2011

Insan bertamadun atau insan tak bertamadun ?

kindergartenlibrary | 6:31:00 AM | 132Comments |
السلام عليكم

Dari tajuk tu , mana korang nak pilih ? ?
Sorry to say , insan yang tak bertamadun ialah insan yang selalu mengeluarkan kata-kata kesat . .
Senang cerita , hati itu penuh kebencian + dendam + iri hati . .
Perlu ke ada ?

Nelly nak cerita seorang Hamba Allah yang marah gila dekat Nelly ~
Ya , ya , ya . . Segala kata-kata kesat diberi , segala kutukan , cacian tanpa pengetahuan Nelly diperkatakan ~
Nasib baik ada Hamba Allah yang baik hati bagitau ~
Nelly baca memang sakit hati . Tapi , tak apalah . . Hak dia ~

Tapi ! Dia tak bertamadun ! Eceh , mentang-mentang ambil sejarah ~
Betul , cikgu kata insan yang bertamadun takkan buat perkara macam itu ~
Nampak sangatlah dia tak bertamadun kan . .

But , Nelly harap dia tak menilai dari segi luaran saja dan tanpa soal siasat . .
Tengok , kan salah faham sebab LELAKI !
Ish , lelaki pun nak marah Nelly ke ? Tak apalah , dia bersungguh-sungguh . Haha . .
Sorry , itu hanya kawan . Takkan rapat pun dah kata kapel ? ?
Sorry , kami teman tapi mesra . Tak perlu kot dia nak lebih-lebih ~

Tolonglah jadi insan yang lebih tamadun sikit . Tak perlu kutuk-kutuk belakang .
Dosa nanti ~
Apa yang tak puas hati , tolonglah tanya baik-baik . .


Adakah kerana dia ? Haha . Bukan , bukan !
Siapa dia ? Ish ! Nantilah cerita . Haha . .

Monday, May 23, 2011

Bila cikgu kata . . . : Opps ! Lambat lagi ~

kindergartenlibrary | 6:14:00 AM | 107Comments |
السلام عليكم

Hari ini ! Nelly balik lewat siapkan MUET !
So , dengan sesuka hatinya , Nelly dan kawan Nelly siapkan kerja sekolah dekat surau ~
Sejuklah katakan ~

Tiba rehat sesi petang , Nelly dengan lajunya berjalan ke Koperasi sekolah . . .
Mak ai ! Gila panjang budak-budak sekolah ni beratur . Setelah lama tengok budak-budak tu , ingat nak skip barisan . .
Tapi , budak-budak tu tamak ! Hahaha . .

So , Nelly pun pergi dekat pintu koperasi dan ternampak cikgu Nelly yang pernah mengajar Nelly Sains masa Tingkatan 2 ada dekat dalam itu .

Cikgu : Ya , nak beli apa Elvy ? (Kat sekolah orang panggil Nelly dengan nama Elvy ~)
Nelly : Nak beli air .
(Siap buat muka seposen lagi tu , kau boleh ? Haha . . )
Cikgu : Air apa ?
Nelly : Air kotak laici 1 , erm . . .
(Sambil intai-intai nak beli air apa ~)
Cikgu : Masuk sajalah . Ambil sendiri .

Laju eden masuk dan ambil air ~
Masa bayar , berlaku sesuatu ~

Cikgu : Dah Tingkatan 6 dah awak ya . .
Nelly : Aah . . Sekejap saja kan cikgu ?
Cikgu : Tak lama lagi , kahwinlah pula . .

littlegirlemoticon
Nelly : Cikgu ! Lama lagilah ~

Cikgu dah gelak-gelak . . Gulp !
Nelly dah terkedu . Haha .
Eden tak sangka cikgu nak cakap macam itu . Lama lagi mahu kahwin . . . (Bajet tau saja ~)
littlegirlemoticon

Sunday, May 22, 2011

Akhirnya !!! : Puas Nelly !

kindergartenlibrary | 6:09:00 AM | 91Comments |
السلام عليكم

Semalam sampai 12 pagi melayan Ernaelliyana Azman , Khairi Fakhri , Diyana Nana , Nur Fatihah dan Anyez Nasri berperang tekan like button dekat Facebook . . . Haha . . Tak percaya ? Penuh notification dengan like dorang ~

Mana tak haru ! MocMoc Girl emoticon

Tapi , dalam membalas dendam tu , ada juga siapkan kerja sekolah . Nampak betul tak fokus !
Keputusannya ! ! ! Dari pagi tadi sampai sekarang , baru siap kerja sekolah ! Wow ! ! ! Betul-betul budak baik .
Baiklah sangat kan sebab kalau tak hantar , malu oo kat kelas ! Baru masuk , dah tunjuk pemalasnya ~

BoBo NiNi Mouse emoticon
Puas hati Nelly siap ! Cuma , 1 lagi belum siap . MUET !
Haha . . Esoklah baru siapkan ~
Ikut jadual MUET esok tak ada . . Haha . Bila nak siapkan ni ?

Balik 3.40 petang , kalau esok jadi , latihan drama untuk HARI GURU !
Balik ? Sah-sah dah lewat . Pulunlah Nelly siapkan MUET esok ~
Sakit jari oo ~
Ada yang nak tolong tak buatkan ? Hahaha . . .

Itu bajet puas siapkan kerja sekolah ~
Korang rasa kalau kerja tak siap , boleh tak bayangkan muka gelabah Nelly ? Hahaha . . .

Saturday, May 21, 2011

Bila tanya soalan : Jawapan yang mengarut !

kindergartenlibrary | 6:31:00 AM | 128Comments |
السلام عليكم

Nelly benci kalau orang yang tak dikenali , mesej Nelly ! !
Mesti ramai kena situasi macam ni ~
Lagi-lagi soalan yang agak buat Nelly rasa bengang !

Nelly : Siapa ni ?
Orang sengal : Oranglah , takkan hantu ~
Nelly : Mana dapat nombor Nelly ?
Orang sengal : Dapat dekat bustand , ada tulis ~
Nelly : Wah , femesnya ya . Sampai ada tulis dekat bustand ~ Hahaha , , ,
Orang sengal : Boleh kenal ?
Nelly : Boleh . .
Orang sengal : Baguslah .
Nelly : Tak habis cakap lagi . Boleh blah !

Hahaha . . . Padan muka !
Terus tak balas ~

Gelak guling-guling Nelly . . Tolonglah jangan mengada-ngada nak menggedik pakai ayat macam ni ~
Kalau dengan Nelly , memang salah orang . . Hahaha . . .

Korang pernah kena ? Ceciter2x . .

Friday, May 20, 2011

1 buku motivasi : Tak cukup untuk kata dah BERMOTIVASI !

kindergartenlibrary | 6:53:00 AM | 66Comments |
السلام عليكم

Suka-suka saja Nelly ini mengupdate . . Tak approve lagi komen semalam . . Sabar sayangs ~

1 buku motivasi ? Ya , tak cukup untuk kata diri kita dah cukup bermotivasi !
Actually kan , pada Nelly diri sendiri yang nak bermotivasi akan terus mencari bahan untuk rujukan .
Bukan bergantung pada 1 buku !  menu

Kenapa Nelly kata macam itu ?
Meh tengok pengiraan matematik Nelly . . Confirm teruk !

Buku motivasi + Niat baca buku motivasi + Kematangan secara fizikal atau mental = Bahan bacaan .
Eh , korang dah pening ke ni ? Eh , sabarlah ~
Bukan korang saja , Nelly pun . . Hahaha . . Korang faham ke ni ?

Bila kita cari buku motivasi , niat untuk bermotivasi itu perlu lebih !
Secara tak langsung , kita ambil sedikit sebanyak cara untuk membina personaliti dalam kematangan samada mental + fizikal !
Tapi , bukan bahan bacaan saja mampu membina semua itu !

Pengalaman korang , kegagalan juga mampu membina  personaliti diri yang penuh kematangan , pemikiran yang kreatif !
Wah , eden dah buat korang pening ke ni ?

Kesimpulan ? Banyakkan membaca buku , belajar dari pengalaman dan kegagalan !

Onion Head emoticon

Korang mampu membina diri dan jiwa yang penuh dengan motivasi . Wah ! ! ! Semoga Berjaya !

Thursday, May 19, 2011

Semua orang ada folder hidup : Wujud tak folder tu ?

kindergartenlibrary | 6:06:00 AM | 94Comments |

السلام عليكم


Nelly tak update entri semalam . Kecewa ! Internet buat hal . Haha . . .
Balik pada topik ~

Semua orang ada folder ? Apa itu ?
Selalu orang cakap dengan Nelly :
“Kenapa ada masa Nelly suka marah-marah ?”
Eh , ada ke ? ? Itu bagi orang yang kenal Nelly lah ~ Bagi yang tak kenal , nampak Nelly cool saja . Hahaha . . .

Ada yang tanya :
“Kenapa Nelly selalu emo ?”
Emo itu apa ? Emo itu macam sensitif . Sejujurnya , Nelly orang yang mudah sensitif tapi tak reti tunjuk . 
Ini memang tak dinafikan . Eh , macam mana tu ? Korang fikirlah ya . . .

Actually , kata kunci dekat sini Nelly nak bagitau , semua orang ada macam-macam folder hidup , folder perasaan . .
Tak percaya ? Tipulah kalau semua ada folder yang sama . .
Takkan kalau orang buat kita rasa nak nangis , kita senyum . .
Takkan orang mengamuk dekat kita , kita senyum . . Tak kan ?
Depan orang itu bolehlah bajet TABAH . . Padahal dalam hati , parah beb !

So , tolong jangan nilai Nelly bukan-bukan . . .
Macam-macamlah pertanyaan orang selalu tanya . .
Kenapa Nelly macam ini , kenapa Nelly macam itu . . Susah eden nak jawab ~

Sejujurnya , korang yang tak rapat dengan Nelly , sangat susah nak faham Nelly . .
Kalau dalam alam maya tapi rapat dengan Nelly , tak mustahil dia tau Nelly ini macam mana sama macam mana kawan Nelly yang paling rapat dengan Nelly tau perangai Nelly . .

Jalan paling senang untuk kenal orang sebelum menilai adalah rapat dengan orang itu sendiri . .
So , jangan pula korang tanya soalan yang tak kena pada situasi okay ? ?
Silap-silap korang yang kena balik . . .

Tuesday, May 17, 2011

Angkat-angkat selalu dipandang serong : Salah siapa ?

kindergartenlibrary | 6:19:00 AM | 116Comments |
السلام عليكم

Ramai yang selalu cakap dekat Nelly :
"Ala , kalau yang namanya ber-angkat-angkat ni , tak lama lagi mesti terangkat . ."

Sejujurnya , Nelly terasa tau . Haha . .
Sebab Nelly pernah ada abang angkat . . Tapi , cair eden . Kategori handsome kan ?
So , memanglah terangkatlah kan . . (Pengakuan beb ~)
Dulu sajalah . Sekarang , cuma kawan baik . . Dahsyat kan ? Hehe . . .

Now , bukan kisah Nelly yang Nelly nak bagitau .
Bagi perempuan , ada abang angkat , adik angkat lelaki dan seumpamanya , orang akan kata macam tu .
Bagi lelaki pun sama juga . .

Why ?
Actually kan , bagi Nelly semua itu bergantung pada niat korang sendiri .
Sebab kalau dia dah ada bf/gf , anggaplah dia sebagai yang sepatutnya . Tak payahlah nak mengada-ngada cari pasal ~

Ada yang kata :
"Untuk apa ada angkat-angkat ni ? Hormat dia kerana dia lebih tua kan bagus ?"
Tak boleh nak salahkan statement ini ~
Semua itu kan terpulang dekat diri masing-masing . .
Lain orang , lain caranya ~

So ? Siapa yang nak disalahkan ni ? Atau memang tak bersalah ?

Monday, May 16, 2011

Nelly sombong : Okay , fine !

kindergartenlibrary | 6:31:00 AM | 133Comments |
  السلام عليكم

Terima kasih dekat someone yang Nelly pun dah lupa nama dia . . . 
Eden chat ramai sangat ~ (Bajetlah kau Nelly !)

Dia minta tolong tentang blog , then Nelly cuma boleh kata :
"Nelly minta maaf , Nelly tak tau . ."

Maksudnya , Nelly memang tak tau !
Nelly bukan pakar blog okay ! Bukan semua tentang blog Nelly tau . . 
Blog Nelly pun , main hentam saja . . . Tau-tau kena dengan jiwa ~

Tak payahlah cakap :
"Sombonglah Nelly ni . Minta tolong pun tak nak bagitau . Padahal tau !"
Fine !


Bukan nak marah , tapi bagi korang-korang juga , tolong jangan buat macam ini dekat blogger lain .
Kalau memang dia kata dia tak tahu , dia memang maksudkannya ~
Nelly tak sombong okay !

Tapi , kalau dia memang tak nak bagitau , itu hal dia ~
At least , kita dah bertanya . . But , jangan guna perkataan yang menyakitkan hati okay ?
Kecik hati Nelly . . Tambah kecik-kecik . . .

Sunday, May 15, 2011

Biarkan dia melangkah pergi . .

kindergartenlibrary | 5:52:00 AM | 107Comments |
  السلام عليكم

To someone yang tanya Nelly . .
"Saya mesej dia dah tak nak balas . Kalau balas , nak tak nak . . Kalau saya kol , macam-macam alasan dia bagi . Apa patut saya buat ? Memanglah kitorang dah clash ,. takkan tak boleh nak kawan saja ?"

Actually kan , Nelly pun pernah hadapinya . Konon baru clash sebulan rasa macam dah hilang separuh semangat beb !
Tapi , lama-lama kita yang penat . Dia yang seronok .
Sebab ? ? ? Dia seronok buat kita macam gila-gila nak dekat dia .

So ? Apa Nelly buat ?
STOP MESEJ , KOL DIA ATAU APA-APA TENTANG DIA !
Boleh ke ? Bagi Nelly , tak mustahil ~
Benda dah lepas , kita dah cuba 'pujuk' tapi kalau orang jual mahal , baik tak payah penat-penatkan diri ni ~

"Tapi , susahlah Nely . ."
Tak susah pun pada Nelly . Kawan-kawan ada . Buat apa pening-pening fikir .
Dia yang buat keputusan untuk pergi , baik kita pun ikut RENTAK dia ~

Dahlah melangkah pergi , siap pijak-pijak lagi hati tu !

Orang kata , jangan sibuk mengenang nasib diri yang malang sedangkan banyak lagi kenangan yang terbaik dalam hidup kita . .
See ? Fikir secara rasional ~
Jangan buang masa kita !

Bak kata korang :
Bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor .
Siapalah yang buat ayat ni ~ Hehehe  . . .

Study dulu ! Sayang korang !

Saturday, May 14, 2011

Merajuk dengan blog + dengan bf Nelly ! : Huwaaa ! !

kindergartenlibrary | 7:49:00 PM | 93Comments |

  السلام عليكم

"Mana entri Nelly yang hari tu ?"
"Kenapa tak update entri ? Bersawang dah . ."
"Rindu dekat entri Nelly ." (Ini buat sendiri . Hahaha . . . Perasan ~)


Merajuk dengan blog ! Ada ke patut entri dipadam ,bila ada balik komen tinggal kosong .
Tak cukup tu , komen sebelumnya , siap dibuang separuh ! Tambah kecewa ~
Kecewa tau ! ! !
Last-last padam entri tu ~
Hebat Nelly . Sampai hilang mood Nelly !
Bencikkkk ! (Kan terabur benci Nelly ~)


Sakit hati Nelly . Ok , mengaku bukan Nelly saja , ramai blogger macam tu ~
Merajuk betullah dengan blogspot ni . Hilang semangat ~
Tapi , nak buat macam mana . Tanpa blog ini , siapalah diri Nelly . . (Ceh , perasan !)
Tak ada sapa kisah pun ~ (Ada aku kisah ? Bak kata korang ~)




Ada ke yang tunggu entri Nelly ni ? (Perasan lagi ni ~ Tak sedar diri betul . Haha . . )
Merajuk dengan blogspot ! ! ! !
Nasib ada korang , tak jadi nak merajuk ~

Kecewa + sedih + meratap pilu = nak meraung !

Cover gigi ni ~ 

Inilah bf Nelly . Hahaha . Banyak bf . .
Teddy bear bf Nelly , ini pun bf Nelly . Bila nak setia ni ? Haha . .  
Aiseyman !

Wednesday, May 11, 2011

Opps .. masa Nelly semakin pendek !

kindergartenlibrary | 6:03:00 AM | 108Comments |
  السلام عليكم

Hari ini ! Satu kejutan untuk Nelly !
Setelah penat explorace , turun naik bangunan , Nelly rasa dah turun 4 kilo . Hahaha .
Bajet saja . Padahal baru sehari kan ~ Letih teramat sangat ~
Tawaf satu sekolah ~ 

Semasa pemilihan Biro , Nelly terpilih antara biro yang lain untuk menjadi Biro Multimedia ~
IT tu ! Korang pun tau betapa obsesnya Nelly ni dekat IT ~ Hahahaha . . .
Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Biro Multimedia . .

Nelly tak yakin sebenarnya . Takut menganggu tumpuan untuk belajar ~
Even sebagai Penolong ! Tapi , Nelly cuba . . Cari pengalaman untuk mencuba ~

Tapi , kalau menganggu , terpaksa bincang dengan mak Nelly macam mana nak settle ~
Kalau boleh tak nak ada komitmen , tapi tak salah kan mencuba ?
Masa Nelly makin pendek tapi masih curi masa untuk update ! Hahaha . .

Nelly balik sekolah petang , rehat sekejap , malam update entri .
Tapi , Nelly kena sediakan jadual lepas ini !
Terima kasih kepada mereka-mereka yang masih meninggalkan komen di kotak komen memberi sokongan , kritikan yang berguna !
Terharu oo !
Bersemangat terus ! Walau sibuk , ada juga yang ambil berat dekat Nelly . . (Pandai-pandai korang buat nada gedik . Hahaha . . )

Tuesday, May 10, 2011

Mencari kekuatan dalam kelemahan : Masa depan Nelly akan datang ~

kindergartenlibrary | 6:10:00 AM | 117Comments |
 السلام عليكم

Untuk hari ini , Nelly dapat motivasi masa orientasi . Hehehe . . .
Di luar kotak pemikiran Nelly , Nelly mewakili kumpulan ke depan beritahu cita-cita Nelly sebagai motivator dan usahawan yang berjaya !

Okay , guru kaunseling suruh lukis muka . . Nelly lukis . Bajet giloo ~
Maklumlah tak pandai melukis . Haha . . Masa tunjuk kat depan , semua gelak-gelak .
Sebab satu ada muka , satu lagi ada muka dengan badan sekali . Konon dah berjaya . Hahaha . . .



Hasil lukisan masa Nelly lukis . Maklumlah . Tak pandai melukis . Kena gelak ~

Masa bagitau kekuatan Nelly , kelemahan Nelly , peluang dan halangan untuk capai cita-cita . .
Memang menggigil ! ! ! Tapi , BAJET COOL ~

Then , guru kaunseling kata :
"Awak tak boleh jadi motivator . Apa awak nak buat ?"

Nelly jawab :
"Boleh jadi usahawan . "


Guru kaunseling still kata :
"Awak tak boleh juga jadi usahawan ."


Nelly jawab :
"Mana boleh . Nak jadi dua-dua . ."

Then , satu kelas gelak . Ok , Nelly terima .

Bila ditanya lagi , Nelly jawab :
"Jadi gurulah ."

Bila duduk , guru kaunseling kata :

"Bila kita nak capai cita-cita , bila dicabar , kita mesti terus naik ke atas dan yakin kita boleh lakukan , bukan makin turun . Tetapkan pendirian kita . "

Dekat situ , Nelly dah tau kita kena mempunyai pendirian yang tetap untuk mencapai cita-cita walaupun banyak halangan ~

See ? Ada juga benda Nelly nak sampaikan hari ini dekat korang . .

Kata-kata semangat untuk Nelly :

Kita mampu untuk membayangkan apa yang kita mahu capai , tetapi tanpa usaha yang gigih belum tentu kita akan mencapainya melainkan kita yang mengubah untuk mencapainya ~ 


Apa yang terfikir di luar kotak pemikiran korang dengan entri ini ?

Monday, May 9, 2011

Pergi sekolah + rasa macam nak raya = Dup dap dup dap ! Hahaha . .

kindergartenlibrary | 6:12:00 AM | 143Comments |
 السلام عليكم

Hari ini , melangkah ke sekolah ! Oleh kerana pandai sebab tak baca surat tawaran betul-betul , Nelly , dan 2 orang kawan Nely duduk termenung dekat kantin sebab datang awal . Okaylah kan ? 2 jam duduk dekat kantin .  Hahaha . .

Hari ini , penat sangat ! ! ! Not bad lah ~
Kenal dengan kawan-kawan baru . Rapat ? Tak kot ~
Macam tu saja kenal-kenal . .  Sombong ? Nelly sombong kot . Hahaha . . .

Masa orientasi , mengantuk sangat-sangat !
Tapi , demi nak fahamkan apa yang segala maklumat yang diberi , pegang pen lah jawabnya ! Bajet tulis . Hahaha . .


Ini muka BAJET pagi-pagi . Mata kuyu kan ? Hahaha . . .

Pukul 4 petang baru keluar dari perkarangan sekolah . Balik terus tidur ! ! 
Letih sangat tu !

Okay , ni Nelly nak tunjuk makanan mak Nelly dan maskcik masak masa Hari Ibu !
Nelly buat apa ? Eh , Nelly pergi dapur tau membantu !


Lontong


Kari ayam


Daging masak lemak


Nasi impit



Kuah kacang

I love my mum !
Nelly dah rasa nak raya . Semangat ni tolong kat dapur ! Hahaha . . 

Sunday, May 8, 2011

Pemenang GA Nelly dan Mas Untuk Blogger

kindergartenlibrary | 6:48:00 AM | 30Comments |
 السلام عليكم


Maaf kerana lambat umumkan . Ini pun secepat yang boleh untuk umumkan . .
Sebab takut tak sempat-sempat nak umumkan dan biar yang lain tertunggu-tunggu . Hehe . .

Maaf semua  . .




Bagi perempuan , Nelly pilih :

Liyana Hamid - http://zestpurple.blogspot.com/


Tekan banner ke blog dia !

Hadiah ? ?


Album dan frame gambar made in Spain !

Entri dia : 

i)Apa Pendapat Anda Tentang BLOG Mas Ahmad Safwan dan Nelly the Strange

Okey,first yana nak bagi pendapat tentang blog si cilik Mas Ahmad Safwan
Bagi Yana la kan blog Mas ni sangat unik dengan widget2 yang dicipta olehnya sendiri..
Yana suke template blog Mas sebab dia menggunakan warna yang soft n ase tenang je bila tengok blog dia...(n_n)
Kombinasi warna yang digunakan sungguh  menarik perhatian setiap blogger yang mengunjungi blog ni..
Entri-entri yang disajikan oleh Mas amatlah bermakna dan juga menarik untuk tatapan pembaca2 beliau..Dia menggunakan bahasa yang mudah difahami dan menyampaikan setiap ceritanya  dengan gaya yang tersendiri..Mas ni peramah orangnya...Setiap orang yang masuk dalam family blogger mesti kenal Mas..hehe..Bagus sifat Mas ni ye...
Baru-baru nie blog Mas Ahmad Safwan ni baru je menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke dua bulan..
Semoga blog Mas terus maju dan dapat memberikan input yang berguna untuk semua blogger dan juga bukan blogger..Sharing is caring right??
ni dia blog Mas

SEJUK JE MATA MEMANDANG... (^__^)




Ni dia tuan blog diatas...
Ni la Mas Hensem..lalala =^_6=




Okey...habis citer sal blog Mas...Skunk Yana nak citer sal blog Nelly pulak..
Bagi pendapat Yana la kan blog NELLY  ni sanad menarik perhatian pembaca-pembaca blogger sebab dia menggunakan kombinasi warna yang sangat popular iaitu Merah, Putih & Hitam..Merah melambangkan keberanian,Putih melambangkan kesucian dan kebersihan serta Hitam melambangan keunikan blog ini sendiri..Sebab tu nama dia NELLY THE STRANGE..(Nelly seorang yang pelik)..Hmm..memang pelik..Ada-ada saja idea yang bernas nak dikeluarkan..Da macam tema Eclipse Night da haa Yana tengok..Korang!!! Jom pergi dinner...hahhaa..[tetibe je Yana ni]Okey kembali serius..Kalau korang nak taw blog Nelly ni tersergam indah dengan kartun Emily...Dia ni minat sangat dengan watak Emily nih...da nak dekat sama an nama dorg..NELLY & EMILY...hehe..haa..masuk bab entri pulak..Nelly ni rajin sangat update entri2 yang berfaedah dan menarik perhatian pembaca..Dia pandai menarik perhatian pembaca dengan tajuk entri yang penuh dengan teka-teki...so,ia akan menarik pembaca untuk meng'explore' entri yang desajikan oleh Nelly dengan lebih lanjut..hehe..Semua input yang dikongsikan oleh Nelly amat berguna dan boleh diambil iktibar dari kisah-kisah yang dipaparkan oleh Nelly..Erm,Nelly...kalau bole Nelly guna read more ya sayang untuk setiap entri..bole save ruang an..hehe..Korang nak taw x Nelly ni an peramah sangat orangnyer..dia mudah mesra dengan orang yang baru dia kenal..

Cam nak buat karangan da Yana nih...hahaha... 

Baiklah,tanpa membuang masa Yana nak memperkenalkan blog Nelly...Jom tengok kat bawah nih..

NI DIA BLOG NELLY THE STRANGE


Ni dia tuan blog di atas..Ni la Nelly Comel..(^_^)


ii)Kenapa nak JOIN Give Away dari Nelly dan Mas ?

Kenapa Yana nak join Give Away dari Nelly dan Mas adalah kerana...:-
Korang baca sebab kat bawah ni yek...
1) Sebab Yana telah jatuh cinta dengan kedua-dua blog niey..
2)Sebab mereka sangat peramah dan menyenangkan hati Yana..
3)Sebab Mas dan Nelly adalah Family Yana dalam group Family Blogger..
4)Untuk menggunakan masa yang ada ni untuk beramah mesra dengan rakan2 blogger sebab yana selalu je busy dan tak sempat nak tegur dorg kat sini..
5)Sebab yana terpikat dengan banner diorang...nice sangat..

Bagi lelaki , pergi ke link ini : 



Jadi , bagi perempuan tolong bagi nama , alamat dan nombor telefon dekat nellythestrange@gmail.com


Tahniah bagi yang berjaya . .
Bagi yang tak berjaya , Nelly akan cuba buat lagi bila ada masa lapang . Jangan sedih-sedih ya . Nanti tak comel  . .

Saturday, May 7, 2011

Ada ke yang lupa dekat nelly nanti ?

kindergartenlibrary | 8:25:00 PM | 115Comments |
 السلام عليكم


Esok ! Bermulanya pakai baju sekolah , pergi ke sekolah , dan macam-macam aktiviti sekolah ~
Segala-galanya esok !

Hari ini ! Gosok baju , update blog , sediakan barang-barang sekolah !
Segala-galanya hari ini !

Mungkin update entri terpaksa dikurangkan , mungkin blog masih sentiasa diupdate , mungkin semangat berblog semakin hilang .
Segala-galanya mungkin !

Tapi . . .
Adakah yang akan lupakan Nelly ?
NELLY THE STRANGE ! 


Adakah lagi kawan-kawan blogger yang masih baik hati untuk berkunjung ke sini ? ?
Kawan-kawan blogger yang sentiasa bagi semangat ? ?
Masih ada atau tidak ?
Nelly sendiri tak pasti !

Kepada semua , jangan lupa sama saya ! Hehehe . .
Nelly mesti selalu rindu dekat komen kelakar , serius , sempoi , otai dari korang ~

WAJIB ! 


Tanpa korang , semangat hilang ~
Rasa berterabur dibawa angin ~



Rindu kat korang nanti ! !
Sedihlah pula ~
Terasa masa singkat sangat ~

Nelly pulihkan hati macam mana ??

kindergartenlibrary | 6:09:00 AM | 74Comments |
 السلام عليكم

Nelly akan berkongsi lagi dalam bab cinta dari buku Teruskan Bercinta by Ahmad Yusof Ibrahim . .
Ada insan yang bertanya , macam mana Nelly pulihkan hati yang tengah terluka !
Melalui buku ini , Nelly kongsi bersama semua !

Bila mengalami perpisahan , hati masih lagi TERLUKA ! ! !
Tapi , kita kena pandai merawat luka perpisahan dengan cara rasional . .
Jangan fikir nak bunuh diri atau buat benda yang bukan-bukan . Buang masa tau . .

"Aku sedang pulih dari luka perpisahan . . "
Ulang banyak kali ! Untuk apa ? ? Supaya kita yakin kita mampu menghadapi perpisahan !

"Aku hendak rawat luka perpisahan . ."
Elakkan perkataan hendak ! Hendak itu tiada tindakan . Hanya melalui perkataan . .
Jadi , katakan :
"Aku sedang pulih . ."
See ? ?

Katakan :
"Aku semakin kuat ."
Yakin pada diri dan biar emosi kita stabil . .
Sebut kuat-kuat :
"Aku boleh , aku boleh ! ! "

Anggap semua ini 1 cabaran !
"Aku berani hadapi cabaran ini ."
Pastinya korang mampu untuk menjalani hidup seperti biasa sama seperti sebelum berpisah . .

See ? ? Korang boleh buat ! Pada yang berpisahlah ~
Same with me and yang sama dengan korang !
Tapi , usaha sikit okay ?


Life must go on ~

Friday, May 6, 2011

Ada orang sahut cabaran Nelly : Setting Profile Untuk Kesejahteraan Bersama

kindergartenlibrary | 10:18:00 PM | 61Comments |
 السلام عليكم


Bangga lagi dengan seorang blogger yang dikenali sebagai Miss Tira . .
Tak sangka entri yang tentang Nelly suka baca entri Bahasa Inggeris mendapat perhatian ramai dan ramai mahu mencuba !
Satu respons positif . At least , Nelly bantu juga orang putih faham entri korang kalau masuk blog korang . . Hehe . .
Sangat terharu ! ! Dah macam kempen pula Nelly buat ~


Tira tertarik dengan entri dari blog Nelly yang mengatakan beliau tertarik dan suka baca entri dalam bahasa Inggeris. Beliau merasakan tak semua orang mempu menulis blog dalam bahasa Inggeris. Jadi Tira sahut cabaran beliau walaupun bahasa Inggeris Tira tidak sempurna.


***************************

Please Change Your Profile Settings.

Thank you for all readers. I am very grateful on your visit. Every comment you gave me will definitely reciprocate. But there is one issue that confuses me. There are some bloggers that I cannot find their blog. I hope you can change the setting on your profile. It will help me to find your blog. This way it will impact positively on your blog to increase traffic to your blog.


*This picture show one of the bloggers who do not indicate the link to her blog.

The trick is very easy to change your profile settings. Follow the steps listed below. Hope you all understand, and good luck.


1)
Log in to your Dashboard and click on Edit Profile.



2)
Find the Homepage URL, and enter (write) your blog URL there. After you finish fill up your blog URL, make sure you Save Profile first.



3)
After that you need to search for Show My Blog. Click on Select Blogs To Display.



4)
You will be brought into a new page. Clik on the blog that you think is important to show to the public. After that, clik on Save Settings.

I hope all readers understand the tutorial that have been given. I hope this tutorial can help you promote your blog much more better. Thank you for your willingness to spend some time reading my blog. I am very grateful.

Terjah tuan blog : Miss Tira

Siapa lagi mahu sahut ? Kita jadikan 1 kempen . Haha . . 

Ada orang sahut cabaran Nelly : (AFRAID TO TALK IN ENGLISH - (SAHUT CABARAN NELLY)

kindergartenlibrary | 6:33:00 AM | 63Comments |
 السلام عليكم


Ingat lagi entri Nelly bertajuk :
wa tabik entri BI : Itu bukan Nelly ?
Seorang insan blogger telah menyahut cabaran ni !
Wow , tahniah Nelly ucapkan dekat dia . . .
Nelly rasa bangga + terharu bagi pihak dia sebab berani untuk buat entri dalam bahasa Inggeris .
Full ! ! !







AFRAID TO TALK IN ENGLISH - (SAHUT CABARAN NELLY)

I am interested in the issues that teens today are afraid to use another language to communicate.

I want to ask, why be afraid to speak in other language than that we always use. whether because of shame, we are afraid to use another language? is because we are afraid to accept the mistakes, we do not want to use another language? whether because of the teasing of our friends, we are reluctant to speak in foreign languages. ask yourself, is it because of all these obstacles, you are afraid to communicate by using other languages.

I love to share a bit about my experience with this English subject. when I was in primary school, I do not know how to use, write, communicate in English. I have some friends who are always competing with me. the way they use English in everyday life is very good. at that time,I feel so ashamed because I am a Malay people can not even beat them. i rarely score A in my English test. In UPSR trial, i only score C for that subject. thanks God, I managed to get the A in UPSR.

in secondary school, I was not categorized as a slave who are really good in English. but I don't despair, although I know that my English teacher did not understand my pronounsation. There is one thing that makes me never give up to learn the English language that is because I like to see my teacher marked my essay paper.

When I moved to Johor Bahru, half of the students in my class in non malay. they know to speak Malay, but rarely to see them speak in malay. If there was, just with certain people only. I also try to learn to communicate well with them in English. I learned to believe in myself. I honestly say that my English is not excellent. I never got high marks in each English test. Alhamdulillah, I managed to scored A in the PMR.

while in form 4, I continue my studies in science school. learning here is very interesting. I first fell in love with the English subject when i was in form 5. while in school, my English test never scored 50 and above. but because my teacher who never gave up pushing me to change, I am trying to improve my grade scores. every week I will send my essay to be marked by him. in the dorm, I will speak the english language with my bedmate. during SPM trial, I hope that I can score A, but I failed again. I was only able to get a grade B +. but I tried again, and finally I managed well. my English results when SPM is A + and the 1119 GCE O-grade A1.

I already proved, if we try we will certainly succeed. self-confidence is very important. trying to communicate with others using a foreign language, I believe that sooner or later you will be familiar with that. until now, I still use English to communicate with my friends who are not Malays. I don't care even my grammar is wrong but I tried.

afraid to accept that mistakes were the reason is not relevant anymore today. we learn from mistakes. if you are afraid to face the mistakes, how to find success? think it wisely. don't care about those words taht people say. hence, don't fear with that challenges.

Currently, the ability to speak in another language is needed to get a good job. it is regarded as a privilege in yourself. I am thankful that I was able to understand and communicate in Malay, English and Chinese.

I believe the talk, start to start something new is started from the self-confidence. you have confidence, you can change everything.

p/s: credit to izzati, sue and azahar for give me the idea to write this entry..
p/s/s: nelly I already answered your challenge.

To izreen , Nelly sentiasa harap Izreen akan buat lagi yang terbaik ! I will always support you ! All The Best For You !

Terjah tuan blog : Izreen

Yang lain ? Tak nak sahut cabaran juga ke ? ? Ada berani ?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...