Saturday, January 28, 2012

Nelly The Strange's Timetable ! (Edisi terkini !)

Elvy Nellysha | 4:39:00 AM | 38Comments |
Salam semua ! Macam blogger-blogger yang lain tau , Nelly upper6 tahun ini .Jadi , jarang nak update .

Jadi , jom tengok jadual belajar Nelly . korang ada ?
Sila perhatikan waktu tidur Nelly pada hari Sabtu dan Ahad . Itu memang penyakit ya ! Hahaha !


Bab solat , tak payah nak jadual sangatlah kan ? Nama pun WAJIB ! Kalau cuti sekolah , lain pula jadualnya kan ? Banyaklah jalannya . Hahahaha !
Di situ , nampak ketara Nelly memang suka online malam ! Hahaha

Korang ada jadual ? Atau main hentam keromo je ! ^__^


2 blog bertuah yang Nelly nak promote kat sini :

Tuesday, January 24, 2012

Adik perempuan aku yang ROCK !

Elvy Nellysha | 6:20:00 AM | 70Comments |
Salam semua . Meh kita berkenalan dengan budak ROCK kat rumah ! hahaha
Rumah je ? Budak ni tak makan saman ! hehehe . Memanglah kan , semua makan nasi !

Nelly ada adik perempuan , cuma dia sorang je adik perempuan Nelly . Yang lain , adik angkat ! hehehe
Nama dia Najwa Farha Binti Bahaman .. Fb Najwa --> Tekan ni !




Ada orang kata muka kitorang SAMA ! Kadang , Najwa kata kat Nelly :
"Sama ke ? Aku lagi lawa ~"

Malas nak layan !

Perbezaan kitorang berdua !
  • Beza umur 2 tahun . haha ..
  • Dia suka masak , Nelly suka kemas bilik je ..
  • Dia suka main gitar , Nelly suka dengar lagu ..
  • Dia suka membebel , Nelly suka melenting ! hahaha ..
  • Dia suka pakai snowcap , Nelly suka selendang @ tudung sarung ..
  • Kalau dia bercerita , Nelly tukang dengar ! Ngantuk + kelakar !
  • Dia suka PROVOKE orang , Nelly selalu kena PROVOKE ! Bencikk !

Hari tu , Nelly duduk dengan dia kat kantin sekolah tunggu mak Nelly habis mesyuarat .
Tiba-tiba ada ustaz cakap "Eh , kenapa muka sama ?"
Nelly pandang dia , dia pandang Nelly . Sama-sama buat "EEUUUWWW !" Hahahaha !


Orang kalau nampak kitorang gelak sakan , mesti cakap "Bestkan ada akak dan adik macam korang .."

Huh ! Best ? Korang tak tau kat belakang macam singa jumpa harimau ! hahaha



(Ni time baik . hahaha)

Saturday, January 14, 2012

Ada lagi ke lelaki seperti ini ?

Elvy Nellysha | 5:00:00 AM | 83Comments |
Bf : Selamat hari jadi awak ! (Sambil menghulurkan sebungkus hadiah yang berbalut warna keemasan)
Gf : Terima kasih  . Wah ! Besarnya hadiah ni . Aada apa dalam ni ? Siap berbalut dengan warna emas lagi .
Bf : Bukalah . Harap awak suka . . .

Gf pun membuka balutan hadiah dengan kemas . Di dalam fikirannya , berbagai-bagai rupa bentuk hadiah di sebalik bungkusan itu . . Bf menunggu dengan tenang ~

Alangkah terkejutnya gf itu kerana ia bukan hadiah yang MAHAL , hanya al-Qur'an yang berada di sebalik balutan itu dan telekung yang bersulam bunga berwarna merah . Dia merasa sangat kecewa . .

Gf : Kenapa awak bagi saya al-Qur'an ni . Kat rumah saya pun ada banyak dekat dalam rak bilik saya . . Telekung ni pula ? Kenapa awak bagi saya ? Saya tak sukalah . Bagilah saya cincin ke , teddy bear ke macam orang lain bagi kat gf dorang . .

Bf hanya tersenyum memandang gf yang sedang merungut . . Dia tau gf nya itu takkan merasa senang dengan hadiah seperti itu . Lalu , dia menjawab .

Bf : Saya tau dekat rumah awak ada banyak . Tapi , ada awak baca ?

Gf hanya diam . Lalu , bf menyambung . .

Bf : Telekung tu . . Ada awak sembahyang ?

Gf menggeleng . Dia tertunduk .

Bf : Bukan saya tak mampu nak bagi awak hadiah yang mahal . Saya mampu . Lebih dari teddy bear , bunga , buku . . Tapi , semua tu ada makna ke ? Saya nak hadiahkan sesuatu yang awak baca , awak dapat kebaikan dengan melakukannya . . Kalau awak sembahyang , mesti awak tutup aurat awak kan ? Walaupun saya bf awak , saya bukan suami awak . Awak kena faham istilah 'SUAMI' dan istilah 'ISTERI' . Sejahat-jahat lelaki , yang baik juga dipandangnya . . Yang baik tu juga yang nak dijadikan isteri . . Bukan hanya setakat gf semata-mata tanpa sebarang ikatan yang sah . . Tutuplah rambut awak tu . Sembahyang jangan tinggal . Segan saya nak bawa jumpa mak saya . .

Bf berlalu meninggalkan gf nya yang terpinga-pinga . .Gf memandang bf nya . Dia tersentak . Malu . . Terasa dirinya itu seperti diperlekehkan oleh orang yang sangat disayangi . .

'Tak guna !' , bisik hatinya gf . .

Beberapa tahun kemudian . . . .

Gf  : Assalamualaikum . .

Bf : Waalaikummussalam .

Bf tersenyum . Perempuan yang berada di depannya bukan lagi yang dikenali dulu . Baju kurung dan tudung yang dikenakan sangat cantik di matanya . . Tanpa secalit mekap pun , masih tetap cantik . Ada 'Nur' di wajahnya .

Bf : Apa yang awak berubah ?

Gf : Saya minta maaf . Sepatutnya , saya hargai pemberian awak . . Maafkan saya . Bila awak pergi , saya hanya mampu memandang awak . Mulanya , saya marah . Saya terasa saya diperlekehkan . Tapi , setelah saya pandang pemberian awak , baru saya tau awak nak saya jadi yang terbaik untuk jadi teman hidup awak . . Saya nak ucapkan terima kasih kerana mengubah saya dengan kata-kata awak tu . . Selama ni , saya tak sedar . .

Bf : Jangan berterima kasih dekat saya . Saya hanya hamba Allah yang dihantar oleh Allah S.W.T untuk membantu awak . . Alhamdulillah , awak dah berubah . . Saya juga tumpang gembira . Jadi , sudikah awak berkahwin dengan saya ?

Gf hanya tersenyum . .

*Rekaan sendiri ok .*
*Ada pengajaran yang korang dapat ? Kongi bersama Nelly !*


Wednesday, January 11, 2012

Contest Doodle Paling Cool by Puteri Minho dan Nelly The Strange

Elvy Nellysha | 2:43:00 AM | 9Comments |
                                        THIS IS STICKY POST


Assalamualaikum dan Annyeoung.Wah,dah berkurun lama kan aku tak update.Tup tup,aku buat kontes.Hehe,aku buzy sebenarnya cari sponsor untuk kontes ni.




Syarat-syarat kontes :

1.Follow blog Puteri Minho,Nelly The Strange dan para pe-sponsor
2.Buat satu entry beserta doodle ciptaan anda.

3.Linkkan entry kontes ke ruangan komen
                  

Hadiah-hadiah :


Jhae ->
Review blog untuk satu minggu (1)



Anisah Ramli ->

header (5)



Miera Yuna ->

coklat (5)



Luna Shoppe ->

Satu blouse Satu satin shawl (1)



Wana Syazwana ->

Blogskin (1)



Mish Apple ->

Header (2)



Farra Jihah ->

Header (2)



Nisa Adini ->

Banner (1)



Bidadary Hatiey ->

Header (1)



Puteri Minho ->

Cursor Gambar Sendiri (3)



Nelly The Strange ->

Hadiah Misteri (1)
Penyertaan ditutup pada 30.01.2012

Senang kan syarat-syaratnya? Kontes ni bukan untuk blogger yang pakar buat doodle sahaja,tetapi kami mahukan doodle yang lucu,cantik,kemas.Tak kisah kalau korang buat doodle lidi atau buat dengan paint.


Apa tunggu lagi? Join kontes ini sekarang.!

Sunday, January 8, 2012

Review entri menarik perhatian Nelly : Mulianya doktor ini !

Elvy Nellysha | 4:45:00 AM | 33Comments |
Salam semua . Sila baca . Lama dah Nelly tak review entri . Entri ni buat Nelly nangis ooooo ~

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.


bapa pesakit : kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?


doktor : saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tue dan sekarang, saya harap anda bertenang. jadi, saya dapat buat kerja saya.


bapa pesakit : bertenang kamu kata? kalau anak kamu berada dalam bilik tue sekarang nie, bolehkah kamu bertenang? kalau anak kamu mati sekarang nie apa yang kamu buat? kata si ayah dgn marah.

doktor : saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci "daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali" doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.



bapa pesakit : memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang.


pembedahan tue mengambil masa beberapa jam. tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.

doktor : alhamdulillah. anak anda selamat! dia terus berjalan tanpa menghiraukan si bapa. 
kalau kamu ada sebarang soalan kamu boleh tanya jururawat!

bapa pesakit : kenapa doktor tue sombong sangat? tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya? komen si ayah selepas melihat jururawat.

jururawat berkata sambil air mata mengalir di pipinya : anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.




 

p/s : never judge anyone cause we never know how their life is and what


they're going through :')



Kredit : Budak comel

Saturday, January 7, 2012

Buang semua gambar yang FULL dari akaun laman sosial !

Elvy Nellysha | 5:06:00 AM | 47Comments |
Salam semua ! Ini peringatan untuk semua perempuan . .
Nelly dapat info ni masa mak Nelly tunjuk dekat Nelly . Tak sangka makin gila orang sekarang ~


Pada perempuan yang Nelly sayangi , tolong delete gambar full korang !
I mean , gambar dari atas sampai bawah . .  Sebab ? 


Gambar korang akan diedit menjadi BOGEL walaupun menutup aurat !


Contoh : 

Hati-Hati Wanita Gambar Anda Mungkin Dibogelkan

Bagi yang berbaju putih , amatlah senang untuk diedit ! Biasalah , zaman IT sekarang , orang salah guna teknologi yang ada . . Nelly pun dah tak berani nak letak gambar yang full dalam Facebook . .  Tak nak jadi mangsa 'orang gila'. . .


Walaupun PALSU , tapi , pastinya MEMALUKAN !


Cara untuk elak gambar anda kena edit dan bogel
Senang jer, korang jangan pakai baju warna putih sebab baju putih ni akan memudahkan gambar anda diedit dan dibogelkan.

Kredit : Sini

Pesan Nelly : Apa pun warna baju korang , padamlah sementara sempat . . 
Orang zaman sekarang banyak yang gila dari waras . Nampak je normal , dalamannya dah tak betul ~

Friday, January 6, 2012

Wah , adik Nelly pergi sekolah ! Dah besar adik aku !

Elvy Nellysha | 4:36:00 AM | 38Comments |
Salam semua . Rasa macam nak buat WORDLESS FRIDAY . Suka-suka Nelly je kan ? Hahahaha !


Nelly ada adik umur 5 tahun . Aish , cepatnya dia dah besar ! Rasa macam baru semalam tengok dia baru lahir . 
Sekarang , dia budak pra sekolah . Sayangnya Nelly kat adik yang sorang ni . Sebab dia kecik . Tapi , dah besar , nakalnya !!! 


Nak siapkan pergi sekolah pun melompat-lompat , lari-lari . Tak ada masa Nelly nak kejar dengan kaki tengah sakit . .


Ini gambar adik Nelly pergi sekolah agama hari pertama . Ayah Nelly yang ambil gambar ni . 
Suka pula Nelly tengok gambar ni !! 1 Malaysia pula budak ni !


Muhammad Haziq Bin Bahaman .
Ada rupa Nelly tak ? Hahahahaha !

Tuesday, January 3, 2012

Wah , dah boleh kawen dah ni : Er , apa ni merepek !

Elvy Nellysha | 5:10:00 AM | 83Comments |
Salam semua ! Hey , hey , hey ! Umur korang berapa ?

Umur Nelly 19 tahun . Ha , 19 tahun kalau ikut tahun . .

19 TAHUN KAT MUKA BUMI NI !

Tapi , setiap kali orang tanya umur Nelly , mesti cakap "Dah boleh kawen dah ni tak lama lagi ."


Amboi , amboi , amboi ! Suka-suka je kan ? Belum masa lagi . Hahaha . (Macam dah ada plan je . . .)
Kenapa ya orang kalau umur dah belas-belas je , mesti cakap dah boleh kawen dah ni . . Naik rimas dah .
Asal boleh kawen , duit raya mesti tak dapat . Asal boleh kawen , mesti kena pandai masak . . .



Nelly ni STPM tahun ni . . Jadi , Nelly nak kena study gila-gila-gila , tapi bukan macam orang gila ok ?
Siapa ada nota-nota STPM bolehlah kongsi dengan Nelly . Kongsi ilmu bersama-sama . .

Gambar :

(Masa kecik)



(Masa Form 4 dan Form 6)   


Kawen jangan lupa jemput ya ! ^____^

Sunday, January 1, 2012

Luahkan saja sebabnya punca kita tak sehala !

Elvy Nellysha | 5:31:00 AM | 72Comments |
Boy : I benci U ! Bila U ada dalam hidup I , semuanya huru-hara . Semua tak kena . . Pembawa malang betul ! U tau tak I naik rimas tengok muka U . .  

Girl : Sebenarnya , apa salah I ? 
 

Boy : Ah , I benci U ! U pergi jauh-jauh dari hidup I . . . Mulai sekarang , kita dah tak ada apa-apa hubungan . Anggap saja U tak pernah kenal I dan sebaliknya !

Setelah setahun berlalu . . .



Boy : Kau tau kenapa aku minta clash dengan makwe aku dulu ?
Kawan Boy : Ha , kenapa ?
Boy : Sebab dia ego , perangai macam budak-budak  . . Bukanlah kategori gedik . Aku jadi rimas . .  
Kawan Boy : Sebenarnya , sepanjang aku kenal dia . Dia tak pernah tunjuk yang dia tu ego . Kau yang rasa macam tu . . Dia berperangai budak-budak pun memang tu sikap dia . Kau tak boleh halau dia macam tu saja . At least , kau kena bagitau apa yang kau tak suka . Mungkin dia boleh ubah semua tu . Masa akan mengatur semuanya . .  Kau sepatutnya kena terima dia seadanya . .
Boy : Sebenarnya , aku dah lama menyesal sejak dia pergi lepas aku halau hari tu . .  Aku nak dia balik dekat aku semula .  
Kawan Boy : Dah terlambat . Dia akan berkahwin tak lama lagi . . Banyak-banyak bersabar ya .  

Picisan kata-kata :
Korang , andai korang pernah buat salah dekat seseorang , minta maaf selagi belum terlambat . .

Korang , andai ada orang yang sentiasa dengan korang saat susah dan senang , hargai sebelum dia melangkah pergi .

Korang , andai korang tak suka dengan sikap seseorang , luahkan saja sebabnya supaya dia boleh 

memperbaiki sikap dia . .

Korang , terimalah seseorang itu samada kawan atau sesiapa pun dengan seadanya dia . . .

Ya , jujur itu PERIT , tapi ia sementara daripada lakonan semata-mata !


Kredit : Pada cerita abang angkat nelly dulu ~


Tekan link bawah ini . Ada kejutan dari Nelly untuk korang ~


Tekan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...