Monday, March 26, 2012

Tingkatan 6 pilihan UTAMA !

Elvy Nellysha | 5:39:00 AM | 25Comments |
Adik-adik comel yang baru lepas SPM tu bolehlah baca apa yang akak Nelly nak terangkan mengenai Tingkatan 6 ! Ramai yang dah tanya Nelly . So , Nelly buat entri berkaitan Tingkatan 6 !

Tingkatan 6 ni salah satu cara paling mudah nak masuk U dan terus dapatkan ijazah . Ia juga mengambil masa selama 1 tahun setengah . So , kena study gila-II jugalah !

Tingkatan 6 tak boleh hanya berharap pada kawan-II saja , kena banyak bertanya dari sekolah lain . =)
So , itu gunanya Facebook ya . Hehehehe . .

Mata pelajaran yang Nelly ambil Sejarah , Pengajian Am , Bahasa Melayu , Pengajian Perniagaan dan Muet . Pengajian Am WAJIB LULUS ! Kalau GAGAL , tak ke mana ya !
Actually , nak kata payah , agaklah . Tapi , kenalah rajin . Jangan malas macam saya ! Haha . . Study last minit !

Apa yang Nelly tau , nak masuk tingkatan 6 ini kena dapat 4 kredit termasuk lulus Bahasa Melayu . Pilihan ada di tangan korang sendiri . Korang boleh pilih untuk masuk Matrik (Bagi aliran mereka yang terpilih sahaja) , tingkatan 6 atau Universiti bertaraf Diploma ... Tingkatan 6 juga dikira standard Diploma juga ..

Cuma , tingkatan 6 ini berada disekolah ! So , kena pakai baju sekolah balik . Ala , buat tak tau je ! haha ..
Untuk tingkatan 6 bawah akan datang akan mengikut semester . So , pointer korang kena selalu 'up' !!
Ala , kira ok la tu . Belajar , exam dan belajar baru pulak . Tak macam Nelly dulu ! Belajar gila-gila . Hafal semua untuk 1 exam yang tentukan O.K atau K.O ! Sekali exam besar sampai , semua nak keluarkan ! Haish ! Pening ooo masa tu .

 

Fakta Tingkatan 6 !

Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil untuk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.

Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.

So ? Dah faham ? Semoga buat pilihan yang tepat ! ^_^
Tak faham boleh tanya Nelly di Facebook !


Memang form 6 susah , tak nafikan tapi banyak manfaatnya ! Kalau dapat , apa salahnya pergi . Tak rugi . Nanti masuk ijazah , benda yang sama juga korang belajar masa kat form6 . . Chill ^_^

Sunday, March 11, 2012

Si cilik comel deejay di Tunggalfm !

Elvy Nellysha | 6:03:00 AM | 36Comments |
Salam semua ! Actually , mehlah kita sama-sama meriahkan suasana di TunggalFm .

TunggalFm ? Apa tu ?


Cuba korang bukak laman ini . Memang best ! Nelly selalu layan . Korang boleh buat permintaan lagu + sampaikan pesanan .

Seriously , deejay nya sangat-sangat comel + peramah ! Haha . 
(Nelly selalu layan + kacau kat situ . Hahaha)

Mulanya , Nelly dapat invite dari Nina kawan fb Nelly yang merupakan deejay kat situ . Mulanya nampak macam tak best . Tapi , lama-lama seronok juga melayan kat situ . Haha . .

Kawan fb dan blogger yang lahir pada 26 October 1994 . Yeah , bawah Nelly usianya . Gelaran adik gitu ~
Tapi , mempunyai bakat besar . That why Nelly suka buka dan dengar . Tak semua orang ada bakat petah bercakap macam dia . Hehehe . Tahniah dik ! Adik boleh pergi jauh lagi . Goodluck dik !


Dj Nina yang Nelly maksudkan !

Blog Nina : NinaBanana
Fb Nina : Nina

Jom layan ! Best tau !  ^_^

Terima kasih kepada Nina sebab sudi jemput Nelly untuk ke studio mereka . InsyaAllah , kalau jadi Nelly akan roger !

Saturday, March 3, 2012

Tak semua orang mampu jadi PENCINTA TERBAIK !

Elvy Nellysha | 4:32:00 AM | 55Comments |
Aish , Nelly sudah mula dah bab cinta . Ilham datang bila dengar lagu Sofaz - Pencinta terbaik .

  • Kenapa tajuk ni ? 
  • Kenapa Nelly cakap macam tu ? 
  • Bukan ke semua orang boleh jadi PENCINTA TERBAIK !
Rilex dulu . Nelly belum terang habis . Meh baca ~

Nelly nak bagitau , menjadi seseorang yang sempurna mestinya takkan pernah boleh sebab semua orang ada kekurangan . Apatah lagi menjadi seorang PENCINTA !

Apa itu pencinta ? Mencintai seseorang ! Cewah , bab cinta sudah ! Dia mai dah ! Dia mai dah !


Kenapa Nelly kata tak semua orang mampu jadi PENCINTA TERBAIK ?

Kadang-kadang apa yang kita nak pada seseorang , mesti takkan ada yang SEMPURNA !

Kita tanya pada mereka yang pernah berkapel . 

Persoalan : Pernahkah korang MENGHARGAI seseorang tu bila dia ada dekat korang ? Confirm majoriti jawab "Selepas kehilangan dia , baru saya HARGAI dia ."

Apa kes ni beb ? Nelly pun pernah juga kena macam tu . Then , dah pisah baru nak minta maaf , baru nak kata tak reti nak tunjuk cara menghargai . Menghargai bukan bagi bear , bunga , coklat !




Wa pun tak nak la der ! Wa boleh beli sendiri ! Cukuplah dengan menunjukkan sikap sendiri .
Tak tau , cakap tak tau .

Bukan tak tau tapi buat-buat tau ! Ego namanya + BODOH + SOMBONG = Bodoh sombong !

Ha , amek kau ! Matematik sudah !


Pencinta terbaik ? Belajar cuba menjadi pencinta terbaik daripada seseorang selagi ada kemahuan .
Kadang-kadang kekurangan seseorang itu mampu melengkapi antara satu sama lain .

Nelly bukan nak tuju pada pasangan kapel je . Nelly tuju pada keluarga dan kawan-kawan . 
Ikut suka koranglah ~

Lirik Sofaz yang Nelly suka :


Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik !
Nilai sendiri . Mahu jadi pencinta TERBAIK atau Pencinta TERBURUK !


Thursday, March 1, 2012

Blogger ini menjadi IDOLA Nelly : Irine Nadia Marcello !

Elvy Nellysha | 5:01:00 AM | 27Comments |
Chak ! Bah ! Hahaha !. . .

Korang nak kenal 1 blogger yang sememangnya famous tak ? Bagi kalangan blogger , mesti dah kenal !
Dia ni menjadi IDOLA Nelly sejak awal berblogging . . Bajet macam newbies pula Nelly ni kan ? Haha ~
Nelly memang mengikuti perkembangan dia sejak kenal dia melalui blog . Nak tau kenapa ?

Sebab , blogger ini mempunyai muka yang comel , gigi arnab yang comel , merupakan model yang cantik , mempunyai wajah yang manja dan sangat sopan pakaiannya . Bukan nak kata tak ada blogger lain yang sopan pakaiannya , tapi Nelly memang tertarik sangat dengan pemakaiannya , entri dalam blognya . 
Blog Nelly sekadar picisan je . Orang tak pandang kan ? Hehe . 

Kalau orang tanya Nelly "Blogger mana paling kau suka ?"
Dengan serta-merta Nelly jawab "Irine Nadia Marcello !" 


Lawa kan ? Haish , saya sangat jeles dengan Irine Nadia ! Hehe . Tomei amat ~
Nak jumpa dia ! Bila tu ? Entahlah ~

Irine Nadia adalah IDOLA Nelly dalam dunia blog . 

Korang pula ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...