Tuesday, May 1, 2012

Inikah cara menegur yang baik ?

Elvy Nellysha | 5:11:00 AM | 75Comments |

Situasi : Bila orang upload dorang punya COVER dekat Youtube :
  • Woi , suara tak sedap ! Macam Harem !
  • Dari kau sibuk-sibuk nak melalak , apa kata kau tolong mak kau kat dapur cuci pinggan ?
  • Eish , muka dahlah tak hensem , suara pulak tak sedap . Ada hati nak upload kat youtube ! Padamlah wey !
  • Alahai dik , asal suara macam katak panggil hujan ?
  • Eh , ni nyanyi ke berpidato ? Kelakarlah doe !
  • Wah , pakaian kemain seksi ! Fb ada ? Nom tepon ada ?
  • Dik , apa ni ? Muka dah lawa , suara mengalahkan bunyi kuda ..


Dan bla . . bla . . bla . . . Korang masa mengomen kat situ , tak ada rasa sakit hati ke ? Cuba korang pula yang upload dan kitorang semua cakap macam tu ? Mesti 360saat/km kau cari sapa yang tulis perkara buruk-buruk tu kan ? 

Situasi : Bila orang tak tutup aurat dan berpelukan upload kat Facebook dan Twitter :
  • Dik , comelnya . Rambut pun dah lawa dah tu . Geram tengok .
  • Alahai , sweetnya korang peluk-peluk !
  • Cantik badan . Nom telefon ada ?
  • La , kau peluk-peluk je ke ? Lagilah ! Baru best .
Dan bla . bla . bla . Korang tak rasa apa-apa ke ? Pada mereka yang ceramah bagai nak 'rak' tu , memang tak dinafikan itu satu perkara yang bagus tapi tak perlulah melampau-lampau sangat dengan ayat sindir-sindir bagai . Tapi , pada mereka yang bagi sokongan semua tu apa kes ? Menggalakkan ??


Situasi : Bila berita buang bayi :
  • Apa ni ? Mak bapak tak ajar agama ke apa ?
  • Huh ! Tak malu punya budak ! 
  • Tak ada perikemanusiaan betul ! Bodoh !
  • Ha , patut pun ! Perempuan pakai seksi nak mampus . Sampai seksa mata aku !
  • Pakai tudung pun belum tentu baik ! (Bab ni Nelly bengang betul ! Habis semua yang pakai tudung kena sekali ! Jangan nak samakan ya !)



   

Dan bla . bla . bla . Eceh , kalau bab mengomen yang pedas-pedas , korang memang nombor 1 !
Jom patah balik , siapa pula 'gelaran' yang mengomen menggalakkan semua tu ? Adakah korang ? Atau orang lain ? Nelly nak menaip entri lebih-lebih pun , takut nanti pandai cakap je ! Tapi 240darjah , Nelly ambil dari pelbagai sudut sama ada negatif atau positif dan apa yang Nelly tulis semua ni adalah apa yang Nelly pernah baca .

Untuk tulis entri macam ini , mesti ada yang nak hentam Nelly 180kali kan ? Dari asyik fikir sudut yang negatif memanjang , apa kata korang fikir yang positif untuk jangka masa panjang ? Sebelum memberi sebarang komen , TOLONGlah letak diri korang kat situasi tu . Rasa pula sakit tak hati korang kalau korang yang dapat ayat tu ?

(Fikir sebelum komen)

Ya , korang akan kata :

A: Kalau tak tegur macam tu , mana dia nak sedar beb ? 

B: Banyak caranya beb ! Tegur dengan baik . Mana tau satu hari nanti dia berubah . Kalau kasar-kasar , ada ke yang nak ikut ? Kau pun belum tentu nak buat kalau aku suruh kasar-kasar  + sinis + minisan + pedas 100x cili nak masak sambal ! Hehehe

Korang rasa nak BANGKANG , sila BANGKANG ! Kalau rasa nak SOKONG , sila SOKONG !




Sekian , tq ! Like if suka .. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...