Tuesday, March 19, 2013

STPM : Result Nelly !

kindergartenlibrary | 6:05:00 AM | 13Comments |
18/3 semalam , jam menunjukkan hampir pukul 12 , bermakna hampir untuk ambil keputusan STPM ! Perasaan ? Tak payah nak cakap la . Cikgu suruh duduk dulu , dah rasa tak boleh nak duduk , rasa dah nak pengsan ! Haha ! Bila fikir balik , kelakar pun ada . Gelagat Dila dengan Nita pun lebih kurang je dengan Nelly . Tak senang duduk . .

So , ada la sorang pelajar India ni , namanya Khiruthiga , dia memula masuk , dah melompat-lompat , nangis-nangis . Yang kitorang semua yang nak amik result dah la beratur , mula la cuak . Masa memula dapat slip keputusan tu , kan tak boleh bukak dulu sebelum tandatangan , Nelly dengan Nita sibuk la angkat slip hadap lampu nak tengok kot-kot nampak ! Masa tengok , mula la tengok macam ada D , F ! Hati dah cuak gila . . Masa tu dah fikir "Ni kalau gagal ni , mati aku . ."

So , lepas siap tandatangan , Nelly bagi kat cikgu untuk dibuka dan diphotostat ! Cuak punya pasal , Nelly tak bagi cikgu-cikgu tengok .  . Lepas siap fotostat , Nelly berundur ke belakang pergi kat Dila dengan Nita . Yang bagusnya , Nelly tak tengok result PA yang wajib lulus , terus tengok dari bawah . Disebabkan pointer bawah tu 3.00 iaitu subjek Pengajian Perniagaan , Nelly mula la menjerit sampai Nita tutup mulut Nelly pun , Nelly still gak tak boleh diam . Lupa nak tengok PA lulus ke tak . Hahahahaha . . Masa tu dah tak peduli dah orang lain yang tengah sesak nak amik result ! Kelakar pun ada bila ingat balik . Hahahahahahaha . . .

So , it's time cikgu kira pointer Nelly . Alhamdulillah ! Mana Nelly tak terkejut dengan result yang tak terjangka ! Selama ni nak dapat 2.5 pun terkedek-kedek . Masa tu perasaan ni tak dapat nak digambarkan . 1 subjek Nelly dapat A- iaitu Sejarah . . Disebabkan ada tu la dapat tarik pointer jadi 3.00 sebab Pengajian Am dah hampir nyawa-nyawa ikan tapi masih boleh diselamatkan ya . Hehehehe . .

N saat paling kelakar , bila Nelly terus turun dari tingkat 3 bilik guru tingkatan 6 sebab nak pergi jumpa mak Nelly , Nelly terlupa Dila nan Nita walaupun sempat tanya result dorang . Yang bagusnya , semua barang Nelly kat dorang . Nelly suruh dorang turun . Hahahahaha . . Boleh pulak tertinggal member . . =D

Ambil slip keputusan STPM is the best moment yang Nelly takkan dapat ulang lagi . Pengalaman kat Form 6 terlalu banyak .  Tahniah juga pada mereka yang berjaya . Bagi yang gagal , mungkin rezeki bukan disini . All the best ! ^_^'


Pilihan : Tahfiz atau U ? Kalau ikut mak Nelly , masuk U dan dalam masa yang sama menghafal dan nanti bila cuti semester masuk tahfiz balik . . Tengah dalam perancangan . . . >.<
Susahnya nak buat keputusan . . . . Doakan dapat masuk U ya ! Hehehehe . 

Now , tengah pening nak pilih kos apa . >.<


TENSION !






Gambar sebelum ambik result STPM . Tu ceria je . . . 

Tuesday, March 12, 2013

Pengalaman baru Nelly di TAHFIZ !

kindergartenlibrary | 7:16:00 AM | 13Comments |

RESULT STPM NELLY AKAN KELUAR 18/3 NI . TAK SABAR ADA , TAKUT ADA ! HAHAHA .

DAN , PALING PENING TAK TAU NAK SAMBUNG U ATAU TERUSKAN MASUK TAHFIZ . Ada cadangan ? =p


Assalamualaikum semua ! Rasanya terlalu lama Nelly tak update dan biarkan blog ni bersawang !

Bukan nak biarkan bersawang pun , cuma Nelly dekat tahfiz dan dekat sana banyak laa benda baru yang Nelly dapat . Kira , ilmu la . 

Pelajar tahfiz , kalau dulu Nelly ni tak masuk tahfiz , nak tegur budak-budak tahfiz ni , tak berani gilaaa !
Padahal dorang sama je . Bila dah masuk tahfiz ni , orang yang lain nak tegur Nelly pulak yang rasa macam mana Nelly rasa dulu . Takpe , faham . Tapi , Nelly still juga Nelly yang sama . Jiwa masih jiwa blogger ! Haha . . 

Sepanjang dekat tahfiz sana , mula-mula rasa beratnya mata nak bangun pukul 4 pagi nak sembahyang sunat dan terus kelas dari 5 sampai 6 pagi . Pergh ! Mata ni ! Macam ditarik-tarik dan otak pun melayang-layang ingat tilam , bantal peluk . Sebab Nelly tak biasa bangun pukul 4 pagi ! Yela , masa tu orang tengah lena tidur ! 

Tapi , lelama dah biasa dah bangun pukul 4 pagi ! Kadang-kadang terlebih awal ! 1 pagi ! Sebab nak solat sunat dan terasa lama sikit tidur . K , melampau ! haha . .

Yang paling syokkkkkk , bila pergi kenduri ! Hahaha ! Excited gila nak pergi kenduri . . Pergh ! Kalau bersiap , awal gila ! -.-' (Nelly la tu ~)

Kat sini , tipulaaa kalau kata tak rindu family dan kawan ! Lagi-II adik kecik tecikkk Nelly . . Huwaaaaa ! 

Berair je mata rasanya ! Hahahahaha . . Tapi , tak apa laaa . Setiap kali balik , HP dulu la dicarik . Nak mesej member ! Ceyt ! Rindu punya pasal kannn ~

Dugaan kat sini ? Pergh ! Hati ni asyik nak balik je . Tapi , bila ada seorang ustazah ni bagitau , bila masuk tahfiz ni , bukan setan biasa yang datang , jeneral-jeneral setan pun ada . Tu yang asyik panas , asyik demam , asyik sakit-sakit . . Setann banyak yang kacau ~

Oh ya , kat tahfiz Nelly , mula dengan muqaddam . Terasa lamaaaaaa ! Tapi , disebabkan nak betulkan sebutannya , Nelly terima je la . Mean , bila masuk Quran tu tak la asyik salah je . . (Kalau banyak salah gak , tak tau laa nak cakap apa ~)

Kat sini gak , tak ada TV , tak ada INTERNET ! Mula-mula macam cacing kepanasan laa gak ! Jiwa dah biasa dengan blog . Semua info dapat , tetiba rasa semuanya tak ada ! Separuh gila ! Tapi , fikir balik , tak apa laaaa . Balik nanti kan ada . Sedapkan ati ! Hahahaha . =p

Tau tak , masa memula pakai jubah masa nak datang , pergh ! Tak yah citer laa . Lain macammmm ~ 
Tapi lama-II dah okay la dari janggal gila ! Hahahahaha . . 

Jadual kat sini sangat padat ! Kerja kitorang semua MENGAJI ! Berhenti pun kalau makan dan gotong-royong . . Memula tu penatt oo ! Sakit-sakit badan ni ~ 
Lelama okay dah sikit . . Sampai terasa badan ni dah GEMUK sebenarnya tapi cover dengan jubah , terasa laa kurus . Ok , perasan ! Hahahaha . . .Bab bila cuti sabtu dan ahad , Nelly banyak habiskan masa dengan tidur . >.<
Nikmat + nyenyaknya rasa ! Hahaha . . . 

                                               Melampau ! ! Hahahaha

Bila dah masuk tahfiz kan , baru laa nampak rupanya macam ni gaya budak tahfiz . Kurang tidur laa senang citer ! Pernah dengar dorang kata pray is better than sleep ! Pergh ! Macam kena perli je even tak cakap pun kat Nelly . hahahahahaha . Sendiri mau ingatt lerr . .


Now , Nelly dah terbiasa sikit dengan jadual dorang ., Kalau balik rumah pun , mesti mata celik pukul 4 pagi . Dah terbiasa punya pasal ~






(Gambar ni masa memula Nelly datang tahfiz ! Imej baru !)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...