Saturday, June 21, 2014

Koleksi Hijab Untuk Si Hijabista!

kindergartenlibrary | 9:24:00 AM | 10Comments |


Mari-mari!
Nelly jadi model ni! Huhuhu..

Akhir-akhir ini, fesyen HIJAB kontemporari mendapat perhatian daripada semua pihak. Dan jika diperhatikan, semakin ramai wanita yang kini tampil dengan pemakaian hijab yang kreatif.Tidak dinafikan, idea-idea kreatif ini timbul sejak beberapa tahun yang lepas dengan kemunculan ikon-ikon hijab seperti Hana Tajima, Dian Pelangi dan Yuna. Tercetus juga gelaran baru iaitu ‘hijabista’ bagi Muslimah yang mengenakan fesyen lilitan hijab yang urban ini.

Secara dasarnya, pemakaian hijab kontemporari ini semakin diminati ramai wanita Muslimah lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin kelihatan bergaya dan pada masa yang sama masih kekal sopan. Keluar bersantai, ke undangan rasmi, mahupun ke pejabat, fesyen lilitan hijab kontemporari ini amat sesuai digayakan dan mudah dipakai.




Seperti yang anda sedia maklum, kini juga terdapat banyak video tutorial mengenai pemakaian hijab yang dimuatnaik ke laman YouTube sebagai perkongsian wanita-wanita untukmencuba idea pemakaian hijab yang kreatif.

Fesyen lilitan hijab yang sempurna boleh dicapai dengan penggunaan tudung atau shawl yang bersaiz panjang dan lebar. Pemilihan warna dan motif hijab yang berpadanan juga memainkan peranan penting untuk menyerlahkan lagi penampilan anda.

Justeru, untuk koleksi tudung online atau hijab online yang terkini dan berkualiti daripada jenama-jenama tudung yang terbaik, luangkan masa anda untuk melayari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga.Selain menyediakan seleksi hijab yang menarik, ZALORA juga menawarkan segalanya dengan harga yang amat berpatutan.Jangan berlengah lagi dan buatlah pembelian anda sekarang!


Pasal jadi model, kita tipu je! Hehehehe. Jangan marah!.. :)
Sesekali gurau ~

Just nak promote ZALORA saje. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...