Thursday, October 13, 2016

Penderaan

Elvy Nellysha | 4:51:00 PM | 0Comments |



Baru-baru ini hangat diperkatakan isu penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Tidak kira usia, tidak kira golongan mana sekalipun, isu penderaan semakin menjadi-jadi. Ia lebih menjadi teruk apabila penderaan sehingga menyebabkan kematian.  Penderaan ini mempunyai dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal mahupun mental. Penderaan merupakan perbuatan yang berniat untuk mencederakan kanak-kanak tersebut.  Jenis penderaan yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut:

FIZIKAL
Fizikal berlaku apabila terdapat kecederaan pada tubuh badan kanak-kanak tersebut seperti lebam, parut. Ia boleh dilihat dari mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak yang telah menjadi mangsa dera.  Ia terjadi apabila berlaku kekerasan yang telah disengajakan dengan niat untuk mencederakan kanak-kanak tersebut. Perbuatan yang kebiasaannya dilakukan oleh individu yang mendera adalah seperti menendang, menampar dan mencekik sehingga menyebabkan kesan kepada tubuh badan kanak-kanak tersebut. Sekiranya menjadi lebih serius, ia boleh mendorong kanak-kanak tersebut untuk membunuh diri dan mengalami penyakit jiwa yang serius.

MENTAL
Penderaan secara mental terbahagi kepada 5 kategori, iaitu berlaku penolakan, pengasingan, menakutkan, tidak mengambil peduli, dan merasuah fikiran kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tersebut terganggu.  Kesannya, ia akan menyebabkan kanak-kanak yang didera mempunyai masalah emosi, kemurungan yang berpanjangan, suka menyendiri dan mempunyai perkembangan yang lambat berbanding kanak-kanak yang lain. Adalah tidak mustahil ia akan menjadi pendera yang serius apabila meningkat dewasa akibat gangguan emosi yang sering berubah-ubah.

SEKSUAL
Penderaan seksual pula melibatkan kanak-kanak yang dipaksa, dipujuk untuk memuaskan nafsu seksual seseorang individu sehingga mendorongnya melakukan hubungan seksual. Ia boleh merangkumi seperti meliwat, mencium atau melakukan beberapa seks oral.
Terdapat pelbagai punca penderaan yang telah dikenalpasti oleh individu yang telah melakukan penderaan kepada kanak-kanak. Antaranya adalah seperti berikut:
·         Pihak atau individu yang mendera kurang mendapat sokongan daripada orang sekeliling dan mempunyai nilai moral yang rendah.
·         Tekanan di tempat kerja sehingga menyebabkan individu tersebut seperti ibu bapa mula melepaskan tekanan yang dihadapi kepada anak-anak mereka.
·         Faktor ekonomi yang memaksa ibu bapa melakukan penderaan kerana telah hilang pertimbangan apabila menghadapi krisis ekonomi dalam keluarga.
·         Kurangnya didikan ilmu agama tentang pentingnya membina hubungan kekeluargaan yang lebih harmoni.
Langkah-langkah pencegahan untuk membanteras penderaan kanak-kanak perlu diambil untuk mengelakkan peningkatan penderaan kanak-kanak. Antaranya perlu diberi bimbingan dan kaunseling terhadap individu yang terlibat. Ini adalah kerana ia perlu sedar tentang cara-cara mendidik anak-anak dengan baik dan membina hubungan keluarga dengan lebih harmoni. Individu tersebut perlu sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul untuk menjaga amanah Allah ini adalah sangat besar. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Seterusnya, masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk membanteras isu ini. Masyarakat perlu mengambil tahu jika terdapat jiran mereka yang mula melakukan penderaan kepada anak-anak mereka. Jika terdapat penderaan yang semakin serius, masyarakat perlu membuat laporan polis berkaitan penderaan tersebut.  Ini adalah antara langkah awal untuk mencegah isu ini menjadi semakin meningkat sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak yang tidak berdosa tersebut.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak perlu dipandang dengan lebih serius. Ini adalah kerana kanak-kanak yang lahir merupakan aset penting yang perlu dijaga.  Sekiranya berlaku penderaan, ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut boleh menjadi ganas apabila semakin meningkat dewasa. Ia akan merosakkan pemikiran kanak-kanak tersebut dan tidak mempercayai orang dewasa. Oleh itu, sikap kasih sayang perlu diterapkan kepada kanak-kanak tersebut untuk melahirkan insan yang berguna pada masa hadapan kepada masyarakat dan negara.




Pembulian siber

Elvy Nellysha | 4:47:00 PM | 0Comments |

Pembulian siber merupakan antara kes yang sentiasa mendapat perhatian umum. Pembulian siber buli berlaku dengan menggunakan teknologi elektronik. Teknologi elektronik seperti telefon bimbit, komputer dan tablet serta alat komunikasi termasuk laman media sosial, mesej teks, berbual, dan laman web. Ia mempunyai tujuan yang tidak baik seperti memalukan atau mengugut seseorang. Contoh pembulian siber termasuk khabar angin dihantar melalui e-mel, video, lama web, akaun atau profil palsu atau apa-apa post yang dipaparkan di laman rangkaian sosial, dan gambar-gambar yang akan memalukan individu yang terlibat. 
Pembulian siber perlu dipandang serius kerana ia merupakan sesuatu yang dipaparkan sepanjang masa dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Contohnya, mesej yang dipaparkan dengan tujuan tidak baik kebiasaannya adalah daripada orang yang sukar untuk dikenalpasti dan menggunakan akaun palsu.  Sekiranya ia sehingga tahap yang terlalu serius, individu yang terlibat boleh mengalami perubahan emosi, lebih suka menyendiri, kemurungan atau lebih teruk akan dikuasai dorongan untuk membunuh diri.
                Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi ancaman buli siber ini. Antaranya ialah membuat kempen kesedaran buli siber. Ia perlu didedahkan kepada semua golongan masyarakat terutamanya golongan pelajar sekolah untuk memberikan kesedaran tentang impak angkara buli siber terhadap individu yang menjadi mangsa.
                Selain itu, peranan ibu bapa juga perlu dilakukan untuk membanteras gejala buli siber. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka sejak kecil. Sikap bertolak ansur antara satu sama lain secara tidak langsung dapat membina hubungan yang harmoni dengan masyarakat sekeliling. Jika diterapkan dari awal, semestinya ia akan mengajar anak-anak mereka supaya dapat menghormati orang lain disekeliling mereka. Ia sesuai dengan pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
                Kesimpulannya, perkara ini tidak boleh dipandang remeh walaupun ia tidak melibatkan fizikal seseorang, namun ia boleh memberikan impak yang besar dalam emosi dan kehidupan individu yang menjadi mangsa. Peranan ibu bapa perlu ditekankan untuk memantau anak-anak mereka yang berjinak-jinak dengan dunia teknologi. Pemantauan tidak hanya sekadar teknologi, namun ibu bapa juga perlu memantau rakan-rakan anak mereka supaya sosial dalam kalangan anak mereka tidak menjadi lebih teruk dan membawa impak yang negatif.




Tuesday, October 11, 2016

Hadiah Allah untuk aku

Elvy Nellysha | 6:05:00 PM | 0Comments |



Masa awal September, aku balik ke UUM, aku rasa sakit-sakit badan. Paling sakit dekat bahagian tulang belakang dan urat saraf. Bila suruh orang urut, mesti sakit sangat-sangat. Bukan makin elok, makin sakit. Elok sikit, besok pagi sakit sangat. Yeah, Nelly mula-mula rasa sakit biasa-biasa je.

Then, kebetulan tak balik rumah masa Raya Haji dekat Kedah, dok kalut cari orang yang pandai mengurut, Memang sedap dia urut, Malam tu tidur selena-lenanya. Esok pagi, Nelly bangun, then tiba-tiba tak boleh bangun, So, Nelly kena support nak bangun dekat tepi-tepi katil. Masa tu still rasa apa laaa, aku pergi mengurut sama lagi, bukan makin baik, makin sakit, Aku membebel juga la sorang-sorang.

But, Nelly dapat rasa makin lama, makin teruk. Bila nak duduk, tak boleh duduk lama, nak berdiri tak boleh berdiri lama. Baring nak mengiring sana sini, tak boleh juga. Duduk kat kelas trauma sikit nak duduk lama-lama. Okay, fine! Pergi hospital Aku cakap la kan, aku sakit belakang dan doktor pun maybe malas nak layan aku, dia bagi ubat tahan sakit dan cakap sebab otot je. Aku punya darah tinggi masa tu cecah 150 dan 157 sebab nurse cakap mesin rosak. Huhu.

Makan ubat tahan sakit. Boleh tahan 1 jam je. Contohnya, sebelum kelas makan ubat tahan sakit, seronok la dapat gerak macam biasa. Habis kelas, nak bangun, dia punya sakit tak payah cakap. Terpaksa duduk dan set dalam mind yang aku nak bangun. Tapi, takkan nak amik lagi ubat tahan sakit kan? So, aku tahan je sebab takut la overdose.

Lepas tu, aku selamba lagi pergi satu kelas, ke satu kelas, pergi makan sampai satu tahap nak jalan pun tak boleh langkah laju-laju, aku kena jalan slow-slow, penuh sopan dan terpaksa pegang pinggang dan belakang aku dengan harapan reda sikit. Sampai satu tahap, aku pegang kawan aku nak jalan satu kelas ke satu kelas, Tapi, masih rasa biasa lagi.

Nak dijadikan cerita, aku kebas-kebas tangan dan kaki. Kadang pegang barang boleh jatuh. Mula la aku takut nak pegang benda berat-berat, contohnya dukung anak orang ke, huhu... Sampai la aku rasa makin teruk bila nak bangun, tak boleh berdiri, dah berdiri tak boleh duduk. Bila aku pergi Hospital Alor Setar, aku kena tahan wad dekat 5 hari. So, bermula la kehidupan aku masa dalam wad yang tak pernah aku duduk dalam wad.


Bila doktor MRI, cek aku pagi-pagi, hari ke 5 baru tahu aku kena slipped disc. Yes, slipped disc sebab aku pernah jatuh terduduk dan kira pernah trauma la. Aku bukan pandai sangat. Sakit dia tak payah cakap la. Tapi, aku fikir balik, "Takkan nak extend? Dah nak habis semester dah ni" So, until now, 12/10 aku masih teruskan pergi kelas. Harini aku MC time aku update entri ni sebab baru keluar wad 10/10/2016. So, aku update la dulu entri masa kawan-kawan pergi kelas. Hahaha

Sebelum aku keluar, doktor kata, kalau kaki dah tak berapa nak rasa, kencing tak boleh nak kawal, baru datang semula hospital. Aku ni bukan kisah sangat nak datang hospital, cuma aku tak nak kena tahan wad. Nak keluar, seksa oi. Asyik kena cucuk ubat tahan sakit sampai aku rasa tak ada rasa kesan ubat. hihihi...

Btw, masa aku sakit, kawan-kawan datang melawat sebab mak ayah aku jauh. Kawan-kawan aku juga bawakkan baju, bawakkan Chipsmore feveret aku, layan bosan aku masa waktu melawat. Kurang la sikit tapi bila tahap sakit tu datang, memang aku tak boleh nak gambarkan.

Nak jalan, lambat, nak tidur susah, nak duduk, bila lama-lama mula laaa aku macam cacing kepanasan. Rasa macam nak tercabut pinggang gak masa tu.

Btw, aku masih pergi berubat dekat Jalan Langgar, nama orang tu Haji Hashim. Maybe rezeki aku la lepas keluar wad 10/10, jadi tarikh 11/10 aku pergi tempat orang tu kat area Alor Setar. Masa tu tak ramai orang, Haji Hashim ni macam betul-betulkan sikit belakang aku, memang sakit sikit la. Then, ada ajar buat senaman untuk belakang kita. Memang kurang sikit. Boleh bongkok sikit macam biasa kira improvement la pada aku. Untuk permulaan, aku tak boleh angkat benda berat-berat. 5kg pun dah kira berat tu, Huhuhu..

In shaa Allah, aku boleh tahan lagi ni, Sikit je lagi nak last semester, Hahaha,. Nanti aku baca balik entri ni, mesti tergelak juga bila fikir masa nangis-nangis tahan sakit. Kih kih...

Lebih kurang gini doktor tunjuk dekat aku. Tapi, aku sampai punggung dia tunjuk. Huhu. Maksudnya, memang sampai bawah la jadi gitu~
Sumber: Google image






Sekarang busy untuk fisioterapi dan aku tak drive kereta., Takut kebas kaki tiba-tiba. So, kawan aku yang bawakkan kereta untuk aku ke kelas. Thanks! 


Aku still bsyukur ada family n saudara mara, pakcik makcik yang sentiasa support aku, kawan-kawan yang ada saat susah n senang, yang dah tahu perangai aku, 
Nikmat Allah bagi sakit, tapi Allah hantar orang untuk bahagiakan kita.. :)Thanks all.. 

Semoga sihat macam biasa!! Chayok2!!!

APAKAH SIMPTOM SLIP DISC?

Sakit yang teramat sangat dan tiba-tiba biasanya berlaku. Biasanya di bahagian bawah belakang tapi boleh juga terjadi di bahagian tengkuk atau bahu.

Kalau di bahagian bawah belakang, ia boleh sakit sampai ke kaki dan tapak kaki, terasa seperti menyucuk-nyucuk dan terbakar.

Sumber: Sini

Simptom Slip Disc

1. Kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku. (Macam aku cerita kat atas la)
2. Cetusan rasa seperti renjatan elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis. (Ada masa la aku rasa, That why aku takut nak drive kereta)
3. Lebih teruk, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komplikasi kekal seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki. (Ini yang doktor tu terangkan kat aku)


Sumber: Sini



Sumber: Sini



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...