Assalamualaikum semua, lama rasanya Nelly tak update blog kesayangan Nelly ni. Gambar kahwin pun tak update wei!! Hahahaha
Tajuk: Selamat Ulangtahun Pertama.
Pada tarikh 24/8/2019 Nelly telah melangsungkan perkahwinan dengan suami, Mohammad Khairul Anuar bin Mohd Alias. Perkenalan kitorang singkat je dalam berapa bulan je baru nk bercinta cintun, mak Nelly suruh kahwin pulak Hahaha..
So, Nelly kenal dalam bulan 6 2018, merisik bulan 9 2018, tunang bulan 12 2018, nikah pada bulan 8 2019. Haaa gitewwww cepat betul! Masa tu Nelly masih ambil Master. Saat Nelly update blog ni Nelly dah habis Master dengan jayanya. Alhamdulillah, in shaa Allah akan sambung lagi PhD akan datang. Aamiin...
Nak dijadikan cerita kan, Nelly selamat dah bersalin pada 29/7/2020 anak perempuan. Nanti yang ni Nelly cerita lain la ye. Saje selit kat sini......
Suami Nelly anak ke-12 daripada 15 orang ye. Jadi, Nelly ada akak ipar, abang ipar, biras, adik ipar.. Haaa kau. Banyak terus 😂 Nelly anak sulung daripada 4 orang je hahaha
Gambar-gambar kat sini sekitar majlis akad nikah. Sanding next entry ye..
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Nelly nikah pagi dalam pukul 9 pagi kemudian sanding pada pukul 12 lebih mcmtu..
Oh ye, Nelly nak tag la siapa Nelly ambil untuk baju pengantin, mekap dan inai.
Baju pengantin dan mekap Nelly ambil dekat sini: https://www.facebook.com/salina.salaman.7
(Serius tidak mengecewakan~)
Inai: https://www.facebook.com/anis.sarina (serius puas hati!!!)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------