Ok , pukul 8 mula . . 11 habis . Fuh , lama betul . 3 jam , apa nak tulis ni . Macam boleh tidur je . .
Cikgu masuk .
"Ok , duduk kat tempat masing-masing . Saya nak edarkan kertas periksa ."
Ok , muka cool . Cikgu bagi kertas . Muka rilex . Bahasa Malaysia STPM ! Mak aih , bole ni . kacang je . .
"Ok , boleh mula buka soalan masing-masing dan jawab sekarang . ." Ok , cool .
Soalan 1 : Kepentingan belia menceburkan diri dalam persatuan belia.
Hek eleh , kacang je ni . Apa ke susahnya !
Soalan 2 : Laporan .
Ni kalau aku jawab ni , mampos aih . Apa formatnya ni ? Adoii . Separuh markah kena tolak kalau salah . Jap , balik soalan 1 . Tulis point dulu la . .
Soalan 3 : Kebaikan makanan tambahan
Aih , lagi la kacang ! Badan cergas , otak cerdas . Jap , apa lagi ni ? Huraian ? Ah , mampos , tinggalkan dulu .
Soalan 4 : Aeroangkasa .
Ah , apa pulak tu ? Pe benda aeroangkasa tu ? Tinggalkan , tinggalkan . Check muka surat sebelah .
Ah , rumusan ni dia nak apa pulak ni ? Eh , kenapa kemain aku tak faham pe rumusan ni nak ? Ah , terus bahagian C . .
Eh , senangnya ! Jap lagi aku jawab . . Pergi bahagian D . Kesalahan bahasa . Eh , macam betul je semua ayat . Apa yang salah pula ni ? Salah soalan ke ni ?
Tengok jam jap . Dah 25 minit berlalu dan tak tulis apa-apa lagi ! Tengok orang sebelah . Semua dah suku dah tulis . Ah , pulak !
Balik bahagian A . Tulis dengan penuh semangat . Gerenti A BM aku ! Hahaha . .
Lagi 15 minit nak habis exam . Fine , termenung . . Bahagian D . Eh , ni macam betul je ayatnya . Jap , macam salah pulak . . Cepat-cepat Nelly buat jadual . Semua ayat dah mula rasa salah .
Jap , jumlah perkataan bahagian A tak kira lagi . Jadi , kira dulu . . 700 patah perkataan . Eh , macam 650 je masa kira tadi . Eh , kira balik laaa . 550 ? Eh , biar betul . Panjang aku buat karangan , takkan 500 lebih kot . Ah , letak 650 patah perkataan laaa . .
"Sila letakkan pen anda semua . Orang depan sila kutip kertas ."
Ah , mampos aku . . Bahagian D tak siap lagi . Baru suku dan kertas dikutip ~
Sengal sudah result BM Nelly . . Hahahaha !