25 OGOS 2017: Tarikh keramat habis praktikal dengan jayanya di SMK RAJA MUDA MUSA
Btw, sambutan kat sekolah ni, sambut la apa pun, semuanya meriah. Dari awal tahun sampai akhir tahun, meriah jeee kalau sambut pape pun. Huhuhu..
Persembahan yang hebat dari pelajar SMK RAJA MUDA MUSA. Berbakat!!
Kerja kita? Erm... Nelly buat blog surau, montaj, fail kat makmal. aset kat pejabat. Yang aset ni, satu sekolah kau tahu! Memang berjalan ke hulu hilir bawak kertas. Hukhuk~ Sangat bertabah siapkan benda ni. Hahaha~ Nak sangat kerja kan, sekali dapat kerja, dahsyat oo. hahaha
Cerita pasal montaj, pernah juga montaj tak jadi. Sedih masa tu, Sebab sound tak dengar kat dalam dewan. But, Kak Linda kata, Tak pe, Itu la pengalaman. Next kita buat lagi baik! Montaj next untuk sukan, untuk pengetua, rasa macam AWESOME! Ceh, terperasan sendiri tapi seronok bila tengok macam gempak pulak buat... Hahahaha!! Thanks Kak Linda!
With Cikgu Siti Khatijah Binti Sapan
Posing satu!
With cikgu yang ajar Bahasa Melayu masa Form 6 (Pn. Suhaida)
Cikgu yang ajar masa Form 3 (Pn. Norlela)
Ni la Kak Linda. Selalu jadi penasihat utama bab cinta, kerja yang selalu tak berapa nak jadi kita buat. Hahahahaha!!!
Unit ICT (Pn. Siti Khatijah Sapan, Nelly, Pn, Nurhazlinda a.k.a Kak Linda, Pn. Suraini)
Adik-adik yang akan SPM tahun ni. GOODLUCK!
Hadiah daripada Kak Lin
Staff di pejabat. Terima kasih semua
Sambutan hari Jumaat. So, hari Khamis ada majlis untuk Nelly juga dari pejabat. Dapat hadiah dari Kak Lin. So, sorang dapat 1 nasi ambeng. Memang banyak leee.. Kongsi dengan kak Linda sebab takut tak habis kalau makan sorang~~~ Nasi ambeng ni boleh makan 3-4 orang, bayangkan kitorang makan berdua. Tak tahu la makan ke melantak ni. =P
Hahahaha! Terima kasih ye! Terharu sangat kita. Kerja kita ni dah macam boleh jadi macam-macam. Kejap kat pejabat, kejap kat makmal. kejap jalan sana sini (Eh!) Huhuhu~
Nak tulis pun, rasa macam "Ni mesti banyakk ni nak tulis. Orang baca tak? Hehehe" Lantak lee... kalau baca balik, ni la memori kita sebagai budak praktikal. Kita syukur sangat sebab Allah letakkan kita kat tempat yang lebih baik dari tempat sebelumnya. Memang la sedih, tapi ada hikmah setiap yang berlaku. Tempat sebelum ni, stress, balik je sedih. Balik je rasa macam tak cukup masa. Tak happy la senang cerita, Hahaha. Tapi, bila slip disc dan dapat pindah ke sekolah, memori yang best j aku rasa dari tempat sebelumnya. Tak de la nak tertekan sangat. Ikut Kak Linda jeeee hari hari. Ada masa, sempat la siapkan laporan praktikal kita sikit-sikit.
Team Surau. Ada lagi dari team ICT. Tak sempat nak ambil gambar.
Terima kasih kepada semua!
Road to Konvo. In shaa Allah. Moga dipermudahkan.