So , ada la sorang pelajar India ni , namanya Khiruthiga , dia memula masuk , dah melompat-lompat , nangis-nangis . Yang kitorang semua yang nak amik result dah la beratur , mula la cuak . Masa memula dapat slip keputusan tu , kan tak boleh bukak dulu sebelum tandatangan , Nelly dengan Nita sibuk la angkat slip hadap lampu nak tengok kot-kot nampak ! Masa tengok , mula la tengok macam ada D , F ! Hati dah cuak gila . . Masa tu dah fikir "Ni kalau gagal ni , mati aku . ."
So , lepas siap tandatangan , Nelly bagi kat cikgu untuk dibuka dan diphotostat ! Cuak punya pasal , Nelly tak bagi cikgu-cikgu tengok . . Lepas siap fotostat , Nelly berundur ke belakang pergi kat Dila dengan Nita . Yang bagusnya , Nelly tak tengok result PA yang wajib lulus , terus tengok dari bawah . Disebabkan pointer bawah tu 3.00 iaitu subjek Pengajian Perniagaan , Nelly mula la menjerit sampai Nita tutup mulut Nelly pun , Nelly still gak tak boleh diam . Lupa nak tengok PA lulus ke tak . Hahahahaha . . Masa tu dah tak peduli dah orang lain yang tengah sesak nak amik result ! Kelakar pun ada bila ingat balik . Hahahahahahaha . . .
So , it's time cikgu kira pointer Nelly . Alhamdulillah ! Mana Nelly tak terkejut dengan result yang tak terjangka ! Selama ni nak dapat 2.5 pun terkedek-kedek . Masa tu perasaan ni tak dapat nak digambarkan . 1 subjek Nelly dapat A- iaitu Sejarah . . Disebabkan ada tu la dapat tarik pointer jadi 3.00 sebab Pengajian Am dah hampir nyawa-nyawa ikan tapi masih boleh diselamatkan ya . Hehehehe . .
N saat paling kelakar , bila Nelly terus turun dari tingkat 3 bilik guru tingkatan 6 sebab nak pergi jumpa mak Nelly , Nelly terlupa Dila nan Nita walaupun sempat tanya result dorang . Yang bagusnya , semua barang Nelly kat dorang . Nelly suruh dorang turun . Hahahahaha . . Boleh pulak tertinggal member . . =D
Ambil slip keputusan STPM is the best moment yang Nelly takkan dapat ulang lagi . Pengalaman kat Form 6 terlalu banyak . Tahniah juga pada mereka yang berjaya . Bagi yang gagal , mungkin rezeki bukan disini . All the best ! ^_^'
Pilihan : Tahfiz atau U ? Kalau ikut mak Nelly , masuk U dan dalam masa yang sama menghafal dan nanti bila cuti semester masuk tahfiz balik . . Tengah dalam perancangan . . . >.<