Masa nak pergi kelas !!
Yeayy ! Saya dah bergelar student UUM pada 2.9.2013 ! Paling syok , ditemuramah oleh wartawan masa datang . So , ada pulak yang cam muka Nelly kat paper ! So , ramai laa yang menanya samada betul ke itu Nelly atau tak ! YeS , with my mum ! Yang dah cam 100% , terus tag dekat facebook ! Hehehe . .
Nampak tu ? Memang tak boleh lupa masa wartawan datang . Nasib baik bilik Nelly dah kemas ! So , tak laaa malu sangat kann ! >.<
Perjalanan yang terasa lama gilaaa . . Kematu badan ni . Err , salah ayat ni ! Hahaha . . Ayah Nelly kata "Ayah hantar kat sini je . Nak datang lagi , tengok leee . ."
Jawabnya , Nelly balik sendiri la nanti kan . Ayat tersiratnya . . Faham sendiri la kann . . .
Sepanjang orientasi , serius penat ! Tapi , tak ada la macam kena dera sebab ada juga masa kitorang boleh rehat dan waktu macam tu digunakan dengan baik untuk Nelly tidur ! Hahaha !
Kat sini , banyak kawan ! Syokk maaa ! Paling tak tahan , kena kejut orang masa orientasi , tapi nasib baik masuk tahfiz dulu . So , kalau takat nak bangun awal , boleh bangun lagi . . Hehehehe ...
Paling kelam kabut , masa cari kelas . . Memang kelam kabut . Lagi-lagi bila jadual penuh . Macam ayam keluar dari reban dah . Kelam kabut sangat ! Tapi lama-lama okayy even ada juga kelam kabut dan assignment yang dah start nak bertimbun ~
Untuk kokay @ kokurikulum , Nelly ambik kerohanian . Lebih kepada Islamik sikit . Maklum laa , duu masuk tahfiz sekejap dan paling melegakan hati , ada kerja yang akan dibagi ustaz iaitu , menghafal surah sajdah 15 ayat untuk sem 1 dan 15 lagi sem 2 berserta tajwid serta ada penilaian dan memang lega sangat sebab kat tahfiz dah hafal surah tu dan ustazah sangat menitikberatkan tajwid. Tak sia-sia masuk tahfiz belajar muqaddam balik dan betulkan sebutan . . Ada hikmah la kenapa nak masuk tahfiz dulu . Lega gilaaa ~~~
Antara gambar sepanjang orientasi . Meriah !
Malam Hari Malaysia
Ini bilik Nelly kat universiti !!!
Ini roomate Nelly , Fadhilah binti Jusoh from Terengganu . .
Fauziah from Perak , Nelly dan Wani from Selangor !!
Harap boleh bawak semua subjek dengan baik sebab masa form 6 dan masa kat universiti lain giloo ... Amin !!!
Settle dan akan update lagi nanti bila ada masa free!