Baru-baru ini hangat
diperkatakan isu penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Tidak kira
usia, tidak kira golongan mana sekalipun, isu penderaan semakin menjadi-jadi.
Ia lebih menjadi teruk apabila penderaan sehingga menyebabkan kematian. Penderaan ini mempunyai dalam pelbagai bentuk
sama ada dalam bentuk fizikal mahupun mental. Penderaan merupakan perbuatan
yang berniat untuk mencederakan kanak-kanak tersebut. Jenis penderaan yang dapat dikenalpasti
adalah seperti berikut:
FIZIKAL
Fizikal berlaku
apabila terdapat kecederaan pada tubuh badan kanak-kanak tersebut seperti
lebam, parut. Ia boleh dilihat dari mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak yang
telah menjadi mangsa dera. Ia terjadi
apabila berlaku kekerasan yang telah disengajakan dengan niat untuk mencederakan
kanak-kanak tersebut. Perbuatan yang kebiasaannya dilakukan oleh individu yang
mendera adalah seperti menendang, menampar dan mencekik sehingga menyebabkan
kesan kepada tubuh badan kanak-kanak tersebut. Sekiranya menjadi lebih serius,
ia boleh mendorong kanak-kanak tersebut untuk membunuh diri dan mengalami
penyakit jiwa yang serius.
MENTAL
Penderaan secara
mental terbahagi kepada 5 kategori, iaitu berlaku penolakan, pengasingan,
menakutkan, tidak mengambil peduli, dan merasuah fikiran kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
yang kurang mendapat kasih sayang boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tersebut
terganggu. Kesannya, ia akan menyebabkan
kanak-kanak yang didera mempunyai masalah emosi, kemurungan yang berpanjangan,
suka menyendiri dan mempunyai perkembangan yang lambat berbanding kanak-kanak
yang lain. Adalah tidak mustahil ia akan menjadi pendera yang serius apabila
meningkat dewasa akibat gangguan emosi yang sering berubah-ubah.
SEKSUAL
Penderaan seksual
pula melibatkan kanak-kanak yang dipaksa, dipujuk untuk memuaskan nafsu seksual
seseorang individu sehingga mendorongnya melakukan hubungan seksual. Ia boleh
merangkumi seperti meliwat, mencium atau melakukan beberapa seks oral.
Terdapat pelbagai
punca penderaan yang telah dikenalpasti oleh individu yang telah melakukan
penderaan kepada kanak-kanak. Antaranya adalah seperti berikut:
·
Pihak atau individu yang mendera kurang mendapat
sokongan daripada orang sekeliling dan mempunyai nilai moral yang rendah.
·
Tekanan di tempat kerja sehingga menyebabkan
individu tersebut seperti ibu bapa mula melepaskan tekanan yang dihadapi kepada
anak-anak mereka.
·
Faktor ekonomi yang memaksa ibu bapa melakukan
penderaan kerana telah hilang pertimbangan apabila menghadapi krisis ekonomi
dalam keluarga.
·
Kurangnya didikan ilmu agama tentang pentingnya
membina hubungan kekeluargaan yang lebih harmoni.
Langkah-langkah
pencegahan untuk membanteras penderaan kanak-kanak perlu diambil untuk
mengelakkan peningkatan penderaan kanak-kanak. Antaranya perlu diberi bimbingan
dan kaunseling terhadap individu yang terlibat. Ini adalah kerana ia perlu
sedar tentang cara-cara mendidik anak-anak dengan baik dan membina hubungan
keluarga dengan lebih harmoni. Individu tersebut perlu sedar bahawa
tanggungjawab yang dipikul untuk menjaga amanah Allah ini adalah sangat besar.
Secara tidak langsung, ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak untuk menjadi
insan yang berguna pada masa hadapan.
Seterusnya,
masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk
membanteras isu ini. Masyarakat perlu mengambil tahu jika terdapat jiran mereka
yang mula melakukan penderaan kepada anak-anak mereka. Jika terdapat penderaan
yang semakin serius, masyarakat perlu membuat laporan polis berkaitan penderaan
tersebut. Ini adalah antara langkah awal
untuk mencegah isu ini menjadi semakin meningkat sehingga menyebabkan kematian
kanak-kanak yang tidak berdosa tersebut.
Kesimpulannya,
penderaan kanak-kanak perlu dipandang dengan lebih serius. Ini adalah kerana
kanak-kanak yang lahir merupakan aset penting yang perlu dijaga. Sekiranya berlaku penderaan, ia akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut boleh menjadi ganas apabila semakin meningkat
dewasa. Ia akan merosakkan pemikiran kanak-kanak tersebut dan tidak mempercayai
orang dewasa. Oleh itu, sikap kasih sayang perlu diterapkan kepada kanak-kanak
tersebut untuk melahirkan insan yang berguna pada masa hadapan kepada
masyarakat dan negara.