Thursday, March 31, 2011

Sebab orang follow korang !

kindergartenlibrary | 8:25:00 PM | 80Comments |
السلام عليكم

Korang pernah terfikir kenapa orang follow korang ? Baca ni !

1. Sebab korang FOLLOW dorang !
Actually kan, Nelly nak bagitau. Biasanya keadaan cm ni, agak susah orang tu nak tegur kita balik. Lagi-lagi pada blogger yang pentingkan followers ! Maaf kalau terasa. Just cakap melalui pengalaman ..

2. Banyak guna I follow u , u follow me back please !
Kalau gaya macam ni , mula-mula merayu lepas korang dah follow , tak pernah lagi muncul dia dalam blog korang . Kejam sangat ke gaya ni ? Pada newbies , jangan buat macam ni ok . Selalulah jenguk-jenguk blog orang lain . Jangan hanya tunggu followers bertambah saja ~

3. Penulisan blog korang yang amat baik .
Bila kita menulis dengan baik , orang akan faham . Mungkin ada sedikit sebanyak kesilapan yang boleh ditegur untuk diperbetulkan . Orang yang memfollow kerana penulisan akan cuba mencari dimana menariknya penulisan seseorang itu. Tapi , menulis biarlah dengan kreatif . Gunakan segala kebolehan korang yang ada .

4. Korang tak ada kerja nak buat .
Bila keadaan macam ni , korang akan follow orang . Sambil-sambil follow boleh juga mengeratkan silaturrahim dan menjadi rapat . Pastinya keadaan macam ni tak semua akan rapat dengan korang ~
Tapi , mencuba itu lagi bagus dari tak mencuba langsung . Ya tak ? Kalau bukan semua rapat dengan korang , pasti akan ada segelintir yang korang tak tau akan jadi kawan baik .. Ya tak ?

5. Penulis yang comel dan hensem
Ini bukan kategori Nelly . Hahaha . . Siapa2 yang comel dan hensem membuatkan orang terpegun dan akan follow korang hanya kerana paras rupa . Itu daya penarik bagi seseorang . Tapi , kita follow orang supaya tau info dari seseorang kan ?

6. Blog yang tidak berat
Blog korang yang tak berat dan cepat sangat loadingnya membantu blogger lain untuk meringankan tangan tekan butang follow . Tak percaya ? Cuba !

7. Korang blogger peramah
Tak semua blogger akan peramah . Ada blogger yang hanya mahu mengejar followers semata-mata . Tak berbaloi kalau macam ni sebenarnya . . .

8. Entri yang ringkas dan padat !
Walau seringkas mana entri korang , ada isi utama yang korang nak sampaikan membuatkan blogger lain tertarik untuk pembaca . Korang bukan main hentam untuk menulis sesuatu entri .

9. Korang ada prestasi untuk jadi yang terbaik .
Adakah terbaik melalui komen yang melambak-lambak ? Bukan ? Melalui followers yang banyak ? Bukan ?
Tapi , melalui cara korang yang boleh berdiri sendiri dalam dunia blogging sehingga orang sedar wujudnya blog korang . . .

10. Memberi sokongan untuk korang 
Tak semua blogger cuba untuk memberi sokongan . Banyak juga caci maki . Tapi , bila ada yang follow dan memberi sokongan ia secara tak langsung buat korang rasa ada yang menghargai ! Teruskan menulis ! !


Idea : Nelly . . entah mana dapat pun tak pasti ~

Nelly suka mak dan ayah Nelly masak ni ! Korang pula ?

kindergartenlibrary | 2:29:00 AM | 65Comments |
السلام عليكم

Korang tahu makanan ? Haha . Soalan sengal ~
Jangan ingat Nelly tak betul . Hahaha . . .
Mestilah tahu . Salah satu keperluan ! Itu juga yang korang fikir nak makan apa kalau perut dah menyanyi kan ?

Nelly suka mak Nelly masak rasam ~
La . . Tak tahu ? Ada campur telur ~
Boleh gemuk kalau hari-hari masak makanan ni. Hahahaha. .
Nasib mak Nelly masak kadang-kadang. . . .
Hahaha . . .




Bahan A
Lada hitam - 10 biji
jintan putih - 2 sudu teh
Bawang putih - 10 ulas
Daun Kari
Air asam jawa sedikit
Garam secukup rasa
Kunyit 2 sudu teh
Air 1 liter 



Bahan B
Minyak utk tumis
Halba Campuran - 1 sudu teh
Bawang Besar dipotong
Tomato - 1 biji



Cara:


Tumbuk lada hitam, jintan putih dan bawang putih. Kemudian masukkan ke dalam air. Masukkan juga daun kari, air asam jawa, garam dan kunyit. Kemudian panaskan periuk dan tuang minyak untuk tumis. Masukkan halba campuran kemudian bawang besar. Masukkan Tomato. Kacau. Kemudian tuangkan bahan A. Biarkan masak. Jangan bagi masak sangat.



Kredit dekat : Resipi

Korang tahu ayam masak kicap atau ikan masak kicap ?
Korang makan ? Nelly teramat suka ! Selalu ayah Nelly masak ~
Hahaha . . Confirm Nelly tambah-tambah sebab sedap ~




Imej ambil dari Google comel ~

Kalau waktu puasa , mesti ada rasam untuk sahur ~
Sedap ! !
Kalau bab hari raya pula , memang tak lepas ada ayam atau ikan masak kicap ~
Tekak Nelly suka . .
Sebab tak makan pedas kan ~
Kenapa Nelly tak makan pedas ? Nak tahu kenapa ?
Sebab nanti Nelly sakit perut . Dah nasib ~

Ada yang terasa lapar ? Hahaha . . . . 
Apa pula makanan korang suka mak ayah korang masak ?

Wednesday, March 30, 2011

Soalan bancian Nelly ! Tolong jawab !

kindergartenlibrary | 8:22:00 PM | 48Comments |
السلام عليكم

Nelly mahu minta pendapat semua ~

1. Segala widget dalam ni mengganggu koraang tak ? Adakah ia kemas?

2. Entri Nelly adakah terlalu membosankan?

3. Apa yang korang harapkan entri dari Nelly?

4. Adakah blog Nelly berat untuk korang masuk ?

5. Adakah Nelly mesra dengan korang ? Atau sombong ? Atau tak pernah membalas segala komen korang ?

6. Gaya penulisan Nelly korang mudah faham tak?

Tolong jawab sebab Nelly mahu jawapan dari korang . Tambahlah apa-apa yang agak tak puas hati ~

Tuesday, March 29, 2011

Andai lelaki tahu . . .

kindergartenlibrary | 10:54:00 PM | 64Comments |
السلام عليكم


Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..


Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 
Andainya lelaki tahu..


Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..
Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 
Naluri keibuannya sangat kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. 
Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Update : BLOGLIST NELLY THE STRANGE !

kindergartenlibrary | 9:23:00 AM | 41Comments |
Bloglist Nelly The Strange :

السلام عليكم

Siap sudah ! Alhamdulillah . . Hehehe .
Kalau ada yang salah , tolong bagitahu awal-awal .
Check betul tak link yang Nelly tulis ~
Kalau tertinggal , bagitahu juga !

Blog Sempoi 
2. Ejulz
8. Fyqa
16. Fyna
17. Shida
22. Zanna
27. Haysaku
35. Chii
36. PakCoh
37. Cik umu
39. Rieffa
42. Nana
44. Eqhazin
47. Manja
50. Ch@wi
51. Q :)
52. q i
54. Fim
55. Syuwai
59. Dekcik
66. Mieya
67. Shikano
68. Jaja
69. Noraim
77. Gadis Gula-gula
79. ...
82. Kk
87. Wany
89. Sophie
91. Ika

Blog Cool
13. Mj
19. HNMZ
20. Syuhada
23. Choki
26. Ashikin
32. Fda
34. Epola
35. Ziela
44. Beaty
45. Ein
47. Eja
54. Fyna
55. Din
56. Kak Nor
59. Filwi
62. Noris
66. Raratan
67. Fiza
68. Myra
71. Diyana
77. Ola
83. Tasha
92. Mawana
97. Prince
99. Mia.Lia
100. Dayana Az
101. Tina
103. Izreen:)
105. NorHafiza
106. Wanna
109. Sana
111. Jaa64
112. Che Ain
113. iL Ya Na

Blog Otai
4. Syasya

Tak bagitahu kategori :

Bloglist Nelly The Strange akan ditutup pukul 12 nanti !

kindergartenlibrary | 6:20:00 AM | 11Comments |
السلام عليكم

Kepada korang yang join bloglist Nelly atau kepada mereka yang masih mahu join , ada masa lagi .
Segala update untuk bloglist akan dipublish selepas tamat !
Jadi , kepada korang yang masih tidak isi mahu kategori apa , sila beri pada komen mahu kategori apa sekarang  ~

InsyaAllah , kepada korang yang join , Nelly akan terjah !
Ada 210 yang join . . Thanks a lot sudi meriahkan !
Sangat-sangat berterima kasih . . .
Lagipun , google reader dan dashboard sangat bermasalah .
Hilang terus segala update korang ~

Btw , tq sudi join !
Tanpa korang , tak meriah tahu !

Bloglist Nelly The Strange

kindergartenlibrary | 12:00:00 AM | 327Comments |
السلام عليكم
Ini sticky post !

Nelly tak ada kerja nak buat . Haha . .  Tiba-tiba terfikir nak buat BLOGLIST
Kalau ok , nanti nak mengada-ngada buat CONTEST . Haha . . 


Syarat-syarat : 

  1. Copy BANNER yang Nelly dah sediakan dan linkkan ke entry ini.
  2. Paste kan kat entry, dan buatlah entry ringkas bertajuk : 
  3. "Saya nak join bloglist Nelly The Strange" 
  4. Yang belum FOLLOW, sila follow ye . .
  5. Korang pilih nak masuk kategori mana : Otai , Sempoi , Cool
  6.  Tinggalkan link anda kat ruangan komen entry ini.
  7. Tarikh tutup: 29 MARCH 2011 
  8. Tag dekat 3 orang ok  . .

Monday, March 28, 2011

Siapa blogger yang penakut ?

kindergartenlibrary | 7:23:00 PM | 61Comments |
Adakah korang penakut ? Tak ?
Fikir balik . .
Fikir , fikir dan fikir !

Apa yang dimaksudkan blogger yang penakut ?
Seorang blogger yang tak berani menerima komen dari anon samada yang negatif atau positif . . .

Korang berani ? Pernah takutkan anon ?
Actually , korang tak perlu ada rasa takut . .
Kenapa ? Kata-kata yang negatif dari anon , ada yang berunsur teguran . .
Kata-kata maki hamun dari anon bermaksud dia membenci entri , blog atau empunya blog sendiri . .

Anon ni pula sebenarnya seorang yang tak ada kerja dan cari kerja untuk 'menyesatkan' korang dengan bagi kata-kata yang ada masanya perangsang bagi korang , tapi ada masanya pula nak bagi korang hot !

Jadi , rilex beb ~
Korang terpilih sebenarnya . . Terpilih macam mana ?
Korang fikir balik . Ramai orang yang ada blog , berjuta-juta atau trillion blogger . . Betul tak ?
Tapi , korang terpilih untuk dimaki hamun atau diberi perangsang untuk terus berblogging !
Betulkan kesilapan korang dari kata-kata dia . Tak payah ambil hati . . .
Dulu , Nelly selalu juga kena tapi malas nak layan ~ Hahaha . . .

Bagi blogger yang baru meningkat naik namanya , lagilah anon suka .
Manusia kan . . Tak lari dari sikap iri hati . Haha . . .
Mulalah tulis macam-macam ~
Terus naikkan nama anda semua . . . Bukan untuk populariti , tapi untuk menilai sejauh mana korang capai dalam menulis . .
Bukan sekadar nama saja hot , tapi entri entah apa-apa . .
Berikan yang terbaik dalam penulisan ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...