Monday, February 28, 2011

Blog yang direview part 2 (Blog menarik)

kindergartenlibrary | 11:01:00 PM | 26Comments |
السلام عليكم


Tiba yang kedua pula ! Hehehe . .

1. Ika


1. Blogger yang comel !
2. Nelly pernah pakai template ini . Comel . . 
3. Kurangkan widget animasi bagi tak berat blog .
4. Letak followers atas sikit .
5. Digalakkan letak shoutbox .



1. Nelly nak terjah dia . Dia dah terjah Nelly dulu . Terima kasih .
2. Letak shoutbox atas sikit .
3. Blog yang kemas . I like . . 
4. Loading tak berat .

3. Din


1. Masuk blog dia ! Haru sekejap . Haha .
2. Blog yang boleh kira expert sebab semua tersusun .
3. Cuma letak shoutbox atas sikit ya .



1. Blog lawa .
2. Letak my post bawah followers dan shoutbox .
3. Entri banyak menarik .



1. Blogger yang comel .
2. Banyak resipi . Kalau masuk blog dia , memang lapar . Haha .
3. Blog sangat kemas . Macam expert saja . Hehe .. 



1. Blogger yang comel .
2. Header nampak manja . Hehe .
3. Letak shoutbox dan followers atas sikit ya . Bagi jelas .



1. Blogger yang peramah !
2. Widget yang kemas .
3. Blogger yang comel .
4. Entri blog yang menarik !



1. Kurangkan gambar disidebar . Boleh menyebabkan blog jadi berat .
2. Entri menarik .
3. Header yang lawa dan kemas . 



1. Letak shouutbox di tempat atas sedikit .
2. Followers boleh letak di sidebar .
3. Letak bloglist di satu tempat supaya nampak lebih kemas . 



1. Header yang lawa !
2. Blogger yang friendly .
3. Letak shoutbox atas sikit ya .
4. Blog yang putih . Hehe . .

Yang lain tunggu pukul 4.30 pula ya !






Blog yang direview part 1 (Blog comel)

kindergartenlibrary | 10:02:00 PM | 18Comments |
السلام عليكم
Tiba masa untuk post ! Hehe . .
Top blog 10 yang pertama dahulu ya .

 1. Novelgurl


1. Blog yang mendamaikan ! I like . . 
2. Disebabkan blog dia tak panjang berjela-jela , boleh meletakkan followers di bawah .
3. Letak shoutbox di sidebar . Boleh guna yang buka tutup . Jimat ruang .



1. Blog yang simple tapi sangat menarik ! 
2. Mempunyai header yang comel ! 
3. Blog yang kemas !



1. Blog yang comel .
2. Header yang lawa .
3 . Susunan blog sangat kemas .
4. Loading tak berat ya !



1. Header blog lawa .
2. Loading tak lama .
3. Blogger yang friendly !! . . .



1. Shoutbox letak atas sikit .
2. Header yang mesra alam . Hehehe ..
3. Bagi Nelly , jimat ruang kalau letak label dari blog archieve . Taklah panjang sangat . Bagi Nelly , ok .. 



1. Header lawa ! Sukanya ! !
2. Letak shoutbox ya . Boleh tinggal jejak . . 
3. Guna label untuk jimat ruang .
4. Suka emily itu ! Fanatik jap . . 



1. Masuk blog dia , lawa dan kemas !
2. Tak boleh nak cakap apa , nampak expert !
3. Loading blog tak berat pun . 




1. Masuk blog dia , sangat comel header . Pingu !
2. Blog dia sangat kemas .
3. Ada tutorial .
4. Muka blogger yang iras-iras Najwa Latif .

9. qi


1. Header smart ! !
2. Letak followers atas sikit . Kasi nampak .
3. Boleh kurangkan gambar-gambar dekat sidebar . Takut berat pula . Ok ?



1. Aku bukan aku . Ayat sempoi ~
2. Blog lawa .
3. Boleh susun widget lagi bagi nampak kemas . Ok ? Hehe . . 

Yang lain , nantikan pukul 3 nanti ya !













Bila tunggang basikal , nak naik motor dan sebaliknya

kindergartenlibrary | 5:45:00 PM | 28Comments |
Terima kasih semua yang bagi Nelly semangat . Sayang korang semua !
Mereview Nelly sampai pukul 10 pagi sahaja . Then , sudah tutup ok !

10 orang yang pertama akan dipost pukul 2 petang . Hehe


Ok , nak cerita . Haha . 

Petang-petang semalam berjalan dengan mengah ! Haha . . Lama juga tak jalan-jalan naik basikal .
Bukan basikal tak ada , tapi rasa macam tak mahu naik basikal .
Sebab bila naik basikal , masa inilah nak rasa bawa motor . Haha ..

Tipu kalau korang tak pernah macam Nelly kan ? Mesti ada yang pernah .
Letih Nelly berjalan dekat taman perumahan Nelly . Haha .

Tapi , best juga . Bersenam .
Mana taknya , duduk rumah 24 jam online saja . Haha . .
Tak bersenam langsung ! Makan , makan , makan .
Haha . .

Bab makan itu rahsia kita tahu . Haha . . 

Pengumuman kepada semua yang terSAYANG !

kindergartenlibrary | 5:13:00 AM | 33Comments |
Nelly mahu mereview ! Segala komen akan dibalas nanti . Hehe . 
Terima kasih yang merequest review . . 


Kutukan melampau tak mematahkan semangat pun

kindergartenlibrary | 4:11:00 AM | 32Comments |
السلام عليكم


Nelly memang tak tahulah kan hati manusia . . Suka mengkritik . Nelly boleh terima .
Tapi , biar kritikan tidak melampau .

Segala kritikan melampau Nelly memang tak rasa ia akan mematahkan semangat Nelly .
Biasalah kan , blogger . Bukan blogger sahaja , sesiapa pun boleh dikutuk .
I accept . Nelly belum famous dan tak mengejar famous . Statement berani ! Hehe . .
Kalau ada yang rasa ya , terima kasih ya . Nelly masih baru dan akan terus berblogging !

Mungkin korang antara manusia berjuta-juta yang tak puas hati .
Tapi , Nelly tahu blogger lain boleh sokong Nelly .

Thanks all ! ! Sayang korang yang menyokong Nelly . . 


Nak review blog jap .

Nelly pelacur blogger ?

kindergartenlibrary | 2:17:00 AM | 116Comments |
السلام عليكم


Tak habis dengan Yuyu Zulaikha , Nelly pun kena juga ke ?
Apa ni wey ? Main maki hamun sesuka hati kau ? Kau nak sangat femes ke ?
Siapa kau ha ? Kenapa tak letak gambar ?


Tolonglah jangan nak menilai Nelly sesuka hati .
Kalau kau rasa baik sangat , up 2 u lah !
Tapi , cara kau hentam Nelly dengan melabelkan Nelly sebagai pelacur blogger , kenapa ?
Apa yang tak kena ? ?


Sunday, February 27, 2011

Nelly nak review blog lain lagi !

kindergartenlibrary | 6:47:00 PM | 42Comments |
السلام عليكم


Apa pun mamat tu cakap , i don't care .
Nelly suka mereview . Ada masa kenal juga dengan blogger macam korang . Hahaha .

Nelly mahu mereview . Sampai esok ok ? Kalau ramai , Nelly akan bahagikan ke beberapa tempat khas .
Kalau tak ramai , Nelly masukkan semua . Hehe . . Nanti kita terjah sama-sama . .

Bagi url korang dan sebab mahu direview . Sementara ada masa yang terluang kan ? 

Baru kena hentam , dah kena puji

kindergartenlibrary | 6:25:00 AM | 23Comments |
السلام عليكم


Kay_are ! Memang respect dekat dia .
Entri panjang-panjang memang syok der ~ Nelly suka singgah blog dia .
Blogger lelaki yang bagi Nelly aktif juga dalam berblogging . . Teruskan !
Dia kata :

Last but not least sorang blogger yang disegani. Follower dah memang cecah 4 angka ++ tiap ari. Tapi die tetap humble dan terus rendah diri. So x heran ramai yang ske, ramai yang menyanjungi. Yang paling best sampai sekarang die masih sedar diri. Even dah femes pun selalu bela nasib newbie kat dunia blog ni. Xde men hentam2 macam sesetengah blogger lame kat muke bumi. So memang respek habis die ni. ++ die rajin komen kat cni. Thanx kat empunye diri..




Untuk Nelly . . Alhamdulillah . . Terima kasih Kay_are . . 
Jom terjah blogger peramah ini . . 

Gua tak perlu direview ! Lu apesal ?

kindergartenlibrary | 3:40:00 AM | 66Comments |
السلام عليكم
Korang baca tajuk tu ? Nelly memang rasa nak mengamuk sekarang .

Masa buka Facebook , ada seorang mamat bagi mesej .
Mesej yang berbunyi :
"Wa rasa wa tak perlu direview oleh blogger macam lu . Lu tak payahlah penat-penat nak review .
Bukan ada faedah . Buang masa lu saja nak cerita tentang blog dia ? Lu femes sangat ke ?
Wa rasa wa tak tertarik pun dengan lu . Macam mana orang boleh cerita pasal lu ?"

Ok , tanpa segan silu meh lu baca komen Nelly khas untuk dia ! !

Lu apasal er ? Wa ada cakap nak review blog lu ka ? Ada gua cakap ka ? Wa tak cari pasal dengan lu der ~
Wa pun tak ingin nak cerita pasal blog lu . Wa tak rasa membuang masa . Tapi , wa rasa cukup untuk eratkan silaturrahim sesama blogger . Lu kenapa ? Lu ada sakit ke ? Tanpa segan silu wa nak bagitahu , lu memang tak tahu malu der ~
Hahaha . . . Femes ke ? wa ada cakap ke ? adoi . . Cian sama lu . . 


Ok . puas hati ! Kepada DIA , jangan nak fikir bagus sangat . Fikir sebelum cakap pa-apa . . 

Bila gila blog , FACEBLOG menjadi pilihan

kindergartenlibrary | 2:27:00 AM | 12Comments |
السلام عليكم


Nelly gila blog . Jadi , Nelly pilih Faceblog . .
Haha . I like . Fanatik !

Edit


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Jom join jom siapa yang belum ..

Saturday, February 26, 2011

Bila orang tag kita , beban ke ?

kindergartenlibrary | 9:12:00 PM | 53Comments |
السلام عليكم


Hey you ! Siapa rasa macam itu ? Melampau ok !
Actually , Nelly tak rasa macam itu .
Bila orang tag kita :
-Maksudnya dia ingat kita sebab banyak lagi blogger lain dia boleh tag !
-Dia sayang kita . Haha .
-Untuk memeriahkan lagi apa yang ditag .
-Mengeratkan silaturrahim .

Banyak Nelly dengar cerita yang ada dorang tag tapi orang yang diTAG itu marah !
Sebab apa ? Sebab dia kata tegur pun tak pernah , komen pun tak mahu !
Apa ni ? ? Masa inilah nak bertegur sapa . .
Apalah blogger ini . . Agak kecewalah kan orang yang mengeTAG dan link ke blog orang itu .
Hancoss !!
Tag itu bukan membebankan . . 

Tagged from zaty . .

kindergartenlibrary | 8:10:00 PM | 22Comments |
السلام عليكم


Nelly ditag oleh Zaty comel . Masa tengok , blur sekejap ! Haha . . .  Terima kasih ya . .

1. Adakah anda rasa anda Hot ?
Hot ke ? Taklah hot mana . Just simple saja ~

2. Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang .



3. Cerita pasal gambar
Actually , ada 3 orang , tapi Nelly crop sebab itu gambar Nelly pakai sekarang . Haha . .
Ada nampak gigi arnab ? Hahaha . . 

4. Bila kali terakhir makan ayam ?
Ini soalan cepumas betullah !~ Bila ? Semalam masa kenduri .Nyum2 . . Lazat ~

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
Aku cinta padamu- Siti Nurhaliza (Alamak ! Jiwang ! Layan ~)

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
Tengah fikir nak tag siapa . . Haha

7. Selain nama sendiri , anda dipanggil apa ?
-Nelly
-Sha
-Elvy
-Ivy

8. Tag 8 orang
1. Kay_are (Tak pernah kena tag !)

9. Siapakah no.1 anda ?
Hanya dikenali sebagai Kay_Are . . .

10. Katakan sesuatu tentang no.5 ?
Friendly , baik ! Hehehe

11. Orang no.3 berhubungan dengan siapa ?
Alamak , . Ini rahsia dia . Haha . . 

12. Bagaimana pula no.4 ?
Ayat dia kira otai beb ! Haha . . 

13. Pesanan buat no.6 ?
Teruskan berblogging sebab Cik Cleo boleh buat yang terbaik ! Hehe .  

14. Kata-kata cinta buat no. 2 ?
Cinta kamu dan blog ! Haha . . 

15. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan ?
Ada . Diorang manusia . . .

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tagged no.1 ?
-Seorang blogger lelaki .
-Entri yang sempoi .
-Peramah .
- Pengomen tegar Nelly .
- Suka blog dia ! Ala-ala rey misterio . 

17. Persamaan antara kambing dan lembu ?
Ada kaki . Hahaha . .

18. Perasaan ketika jawab tag ini ?
Blur sekejap ~

19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal ?
Siapa itu ? ?

20. Gay or les ?
Adoi , janganlah tanya . . Dua-dua bukan !

Siap ! Pergh ! ! Blur ~
Nak buat yang lain , tapi dia suruh 8 saja . . 
Yang kena tag , wajib buat .hahaha


Award untuk followers Nelly yang strange !

kindergartenlibrary | 6:57:00 AM | 36Comments |
السلام عليكم


Nelly tak sempat nak blogwalking dan komen entri korang hari ini . Ada kenduri .
Balik tadi , ada 82 komen . Ok . Nak balas . .
Jadi , sementara balas dan menerjah sekejap , sempat siapkan award satu ini .
Mahu ambil ? Ambil saja ok ? ?


Jangan malu-malu . Hehe 

Friday, February 25, 2011

Segmen : Saya dan nama blog

kindergartenlibrary | 4:28:00 PM | 19Comments |
السلام عليكم


Nelly telah ditag ! Oleh Hnmz comel . .
Agaknya Hnmz mahu tahu kenapa Nelly taruk blog yang agak strange kot . .  Ya tak ?
Nelly minta maaf dekat korang yang komen Nelly , belum agi sempat balas . Hari ini Nelly ada kenduri . Kena tolong . Lepas siap , Nelly akan membalas komen manja korang , ok ?


Ok , Seperti yang segelintir blogger tahu yang Nelly sentiasa menamakan Nelly punya blog yang dikenali sebagai Nelly The Strange . Nelly memang suka emo . Dari dulu . Tapi taklah tunjuk .
Jadi , oleh kerana terlalu fanatik , Nelly mencari kartun emo yang bernama EMILY . . .
Agak DEVIL tapi itu bukan diri Nelly yang devil .
Nelly tukar Emily The Strange kepada Nelly The Strange . . 
Seorang gadis yang pelik . . Yup . Ramai yang cakap Nelly macam itu .
Ada orang kata Nelly banyak persamaan dengan Emily . Nelly suka kucing warna hitam . . 
Hehe . . Sama tak ? ?

Jom join ya !

Terima kasih sudi buat entri setelah direview

kindergartenlibrary | 8:18:00 AM | 20Comments |
السلام عليكم

Jutaan terima kasih ya ! Terharu juga .
Ada juga yang menghargai setelah Nelly mereview korang semua . .
Korang memang the best lah . Masing-masing ada gaya penulisan sendiri  . .

The Strange Post By Nelly By Padle

First time blog kena review by Cik Aish

Arigato Missy Nelly by Mohd. Hafiz

Terima kasih Cik Nelly by Tira

Aku telah direview By Shah Kayrul

Hari Sabtu Hari mereview blog by Nurul Atika

Apabila blog Mirul direview by Mirul

Petak Nota Etika reviewed by Nelly The Strange!!! Wahhh..... By Petak Nota Etika

Thanks Nelly by Cik Ten10

Review blog Nelly The Strange by Khalis

Yeah aku direview by Nonoy

Blog Amy telah direview By Amy

Blog umi saya direview kakak Nelly by Mya

Terima kasih sebab review blog saya by Fae

Nelly akan cuba bagi yang terbaik dalam berblogging ini ya . InsyaAllah . Hehehe . .

Segmen Nelly : Eh , jangan jadi pemalas !

kindergartenlibrary | 2:53:00 AM | 34Comments |
السلام عليكم


Haha . . Nelly terOVER lapang pulak . . Ni yang kali kedua Nelly buat segmen . Ok .
Now , mahu buat segmen ! Nak join tak ? Jom lah !

Buat entri ok . Tulis semangat yang korang mahu bagi kepada orang yang malas especially untuk blogger yang malas mahu update entri .

Haha . . Nak juga tengok korang MENASIHATKAN orang . Haha . .
Berapa hari ? Sampai Nelly kata sudah tutup !
Tajuk macam tajuk Nelly ok . .  Yang belum follow , Sila FOLLOW !
Letak link url dekat sini . . . Tag 3 orang ok . . Siapa buat , Nelly mahu review korang ! Untuk apa ?

Untuk bagitahu dekat semua orang betapa prihatinnya korang kepada orang pemalas !

Giveaway Edy: Kata kau

kindergartenlibrary | 1:52:00 AM | 7Comments |
السلام عليكم

Setelah diTag oleh Cik Cleo comel , Nelly perah otak jap . . 


Makan itu Nelly . Nelly itu makan . Nelly suka makan . 

Ha , lazat tak ? Nyum2 . .  
Laparlah pula . Padanlah muka Nelly . Haha . .

Jom join bersama .. 

Thursday, February 24, 2011

Sori tak dapat tengok update entri korang

kindergartenlibrary | 8:36:00 PM | 36Comments |
السلام عليكم


Disebabkan DASHBOARD kosong , Nelly pakai GOOGLE READER . .
Tapi , malang sangat hari ini kot . .



Nelly tak dapat tengok blog yang Nelly dah follow . Menanti dengan penuh sabar disini . .
Dan akan tengok entri korang balik bila sudak ok . .
Jangan kecewa ya . . 

Pengalaman pertama Nelly tulis di shoutbox !

kindergartenlibrary | 6:18:00 PM | 21Comments |
السلام عليكم


Masa mula-mula nak aktif , agak blurr . . Nelly dapatkan macam-macam info nak faham APA ITU SHOUTBOX !

Nelly berblogwalking ke blog orang lain . Nampak shoutbox dia . .
Dengan selamba Nelly tulis "I follow u , follow me back ok . . " (Malu bila fikir balik)
Kemudian , masa untuk tulis website kita . . Nelly dah tulis . .
Tersergam indahlah Nelly punya website . .

Tapi , bila tekan enter . . Nelly bengang . Tak keluar pun website Nelly . .
Dalam hati : "Penat tulis panjang-panjang . Tak keluar pun ! !"

Sampai Nelly copy balik dan paste dan tekan enter . . Menyusahkan ! 
Sampai satu masa , Nelly tertekan nama Nelly . . Terus ke blog Nelly . .
Baru Nelly faham ! Tapi , yang selama itu copy , paste dan tulis mesej lagi . .
Rasa bengkak juga hati ini . . Haha . . .

Ada sesiapa pernah kena macam Nelly ? ?

P/s : Korang boleh cari review blog di bahagian label yang tertulis SEGMEN . . 

Nak topup Rm 50 Percuma ?

kindergartenlibrary | 9:31:00 AM | 21Comments |
السلام عليكم


Ok , Nelly dah janji nak join . Mana boleh mungkir janji kan ? Hehe . .
Cik Pelangi Comel yang buat contest ini . Kira juri bersama . .

Ok , mesti korang pernah dengar tajuk Cinta Tak Bersebab kan ? Yang sedih itu . . Serius Nelly nangis masa baca .
  
Macam atas itu . Buruk kan ? Gediknya Nelly . . 

Nelly nak buat 1 cerita . .
Ada seorang gadis yang mengenali seorang lelaki dari alam maya . .
Sangat membenci lelaki itu pada mulanya . . Hanya kerana lelaki itu seorang mat rempit dan selalu minta COUPLE . . Gadis tersebut tidak pernah berjumpa lelaki tersebut , tetapi dalam diam-diam dia sayang lelaki tersebut . Egonya perempuan itu . .
Setelah lama perkenalan mereka , masing-masing mahu jadi yang terbaik . Masing-masing sudah memahami perasaan antara satu sama lain . Sampailah satu ketik , lelaki tersebut beri 1 mesej yang mengingatkan diri dia sampai bila-bila . .
Mesej yang berbunyi :

'Setiap yang hidup akan mati . . Yang hidup terusknlah hidup . . Saya minta maaf kalau saya banyak sakitkan hati awak . . Saya selalu buat awak marah-marah .. Teruknya saya kan awak ? Saya sayang awak sangat-sangat . .  Tak nak jauh dari awak . Maafkan saya kalau saya ada salah dekat awak . . Kalau awak rasa banyak salah , saya dah lama maafkan awak . Saya nak pesan dekat awak supaya awak jadilah diri sendiri , solat jangan tinggal , amalkan segala kebaikan selagi boleh , hargailah lelaki kerana dia akan menjadi pemimpin keluarga 1 hari nanti . Saya nak sangat jumpa awak . . Tapi mungkin belum masanya lagi . . Kan awak ? Saya tahu saya bukanlah baik sangat untuk awak tapi saya sayang awak . Terpulang pada awak untuk percaya atau tidak . .'


Tanpa mengendahkannya , perempuan tersebut membalasnya :
'Tolonglah jangan berlagak sempurna . Pleaselah . Menyampahlah bila baca . .'

Tiada balasan mesej dari lelaki tersebut . Mungkin marah ? Mungkin kecewa ?
3 hari kemudian , gadis tersebut mendapat panggilan daripada ayah lelaki tersebut mengatakan bahawa lelaki tersebut terlantar koma . Tetapi , dengan selambanya gadis tersebut menganggap ia hanya satu gurauan .
Hari berganti hari . Masa berlalu . 3 hari kemudian gadis tersebut mendapat panggilan yang sama .
Dia menerima berita yang teramat memeranjatkan . Lelaki yang dikenali sudah tiada di muka bumi ini . . Menyesal ? Ya , sangat-sangat menyesal . . 

Tapi , apa menyesal boleh kembalikan lelaki itu ?
Gadis tersebut hanya mampu mengubah dirinya seperti mesej terakhir lelaki tersebut . . 

Pendapat Nelly :

Tolong hargai orang yang selalu menghargai kita . . 
Jangan menyesal kemudian hari seperti gadis tersebut . . 

Nelly tag :


Jomlah yang lain join . Bukan senang . .  Mencabar sikit . Ada berani ?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...