Tuesday, September 20, 2011

Kadang-kadang kita tak bersedia untuk berpisah dan kecewa . . . .

kindergartenlibrary | 8:59:00 AM | 67Comments |
Pernah tak korang putus cinta atas dasar TERPAKSA ?
Maksudnya , bukan korang pun yang tinggalkan bf/gf korang . Tapi , dia yang tinggalkan korang .

Apa nak buat ? 
Sedangkan korang tak bersedia lagi untuk BERPISAH ?
  • Merayu-rayu jangan tinggalkan korang ?
  • Buat muka cool tahap COMEL gila ?
  • Kol dan nangis-nangis ?
  • Melutut depan dia nak tunjuk korang tak nak berpisah ?
  • Kol member korang dan keluar jalan-jalan . . .
  • Mesej lelaki/ perempuan lain ?
  • Bunuh diri ! (cara ni paling BODOH !)

Actually , cara paling senang nak nampak korang ada maruah diri yang tak ternilai itu adalah dengan :


MENERIMANYA DENGAN HATI YANG TERBUKA !

Cakap saja "Terima kasih pernah bersama saya dan terima kasih sebab melukakan hati saya . Semoga awak bahagia dengan cara hidup awak ."

Bila dia bagi mesej , kuatkan hati , jangan balas !
Memanglah susah tapi kalau dah nekad , tak salah .
Istighfar banyak-banyak . .
Senang cerita , jangan baca . 

Padam terus !


“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. 
Kembali pada kamu.”


Bagi Nelly , barulah nampak yang korang ni berpisah secara bermaruah . . . 

Saturday, September 17, 2011

Kita lupa bila kita sibuk memFITNAH orang ~

kindergartenlibrary | 9:50:00 PM | 25Comments |
Nelly tertarik dengan 1 entry dari seorang blogger kakak yang comel , Cik Wanie Lovela (CWL)
Kadang-kadang , kita lupa apa yang kita dah buat dekat orang .
Sebab ? Kita tak tahu kita dah lukakan hati orang lain .
Pernah dengar Fitnah itu sama dengan MEMBUNUH !

MEMBUNUH ! 
(Dari penat-penat reka fitnah , baik bunuh orang . . )

Bahaya fitnah:
a. Dosanya lebih besar dari pembunuhan. Kalau dari mulut seorang pemimpin akan dapat memusnahkan beribu bahkan berjuta nyawa yg terjangkit hatinya sampai tidak terkendalikan.
b. Terjadinya ketidakharmonian antara manusia.
c. Menyebabkan menderita siksa dunia dan akhirat.
d. Menyebabkan tertutup pintu masuk surga.
e. Fitnah sama dengan zalim. Orang yang di fitnah sama saja dengan di aniaya. Dan orang yang dianiaya do’anya pasti makbul.

Nampak ayat akhir ?
Orang yang di fitnah sama saja dengan di aniaya. Dan orang yang dianiaya do’anya pasti makbul.

MAKBUL ! ! !  
(Bukan main-main tau !)

  • Kadang-kadang kita rasa seronok fitnah orang sebab tak ada siapa yang tau kebenaran di sebalik peristiwa . Tapi , Allah kan tau . Biasalah , manusia mudah lupa .
  • Tak apa , kita boleh tambah ilmu lagi . Ilmu dekat atas bumi ni kan banyak . Jangan nampakkan diri kita terlalu cetek agama . Kan menunjukkan diri kita sendiri yang jahil tentang agama ?
  • Kenapa perlu membuang masa dengan rekaan yang dicipta sendiri ? Yang hanya dibayangkan sendiri ? Tak nampak ke banyak masa yang dah dibazirkan dengan satu perkara yang tak berfaedah dan tambah dosa?
  • Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:

"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."

Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:

"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Sumber : Sini

Orang akan tanya "Banyak masa kau ya Nelly nak baca entri panjang gila ?"
Nelly akan jawab "Tak salah kita baca asalkan kita tau semua itu ada manfaat untuk diri kita di masa akan datang . ."

Bila baca blog akak Wanie ni , takut juga kalau jadi dekat diri sendiri . . Maklumlah , bagi perempuan mesti tak nak jadi macam situasi Abu dan Meah . Mesti tak nak ada perpecahan dalam keluarga yang umpama menegakkan benang yang basah . . Tapi , endingnya , mesti kita akan rasa kita yang paling bahagia tanpa dia yang menyusahkan hidup kita ! Ya , menyusahkan hidup ! 


Banyak sangat konflik hidup sampai lupa untuk memerdekakan diri kita pada zaman yang memang sudah merdeka ni . . 
Yang penting , jangan cepat melatah bila sesuatu menimpa kita ! Chayok2 ! ! !

Sumber ulasan Nelly dari :
Blog Cik Wanie

Renung-renungkan apa yang Nelly tulis ini untuk pengajaraan semua . . .

Friday, September 16, 2011

Abadikan kenangan bersama-sama Nelly The Strange ~

kindergartenlibrary | 5:47:00 AM | 29Comments |
Jom lah kita sama-sama mengabadikan kenangan bersama Nelly The Strange . .
Eh ? Nelly nak pergi mana ? Nak tinggalkan korang ! Hahaha . .
Mesti ramai sedih . Silap-silap kena sound 'comel' saja dengan korang kan ?
Haha . . Tipu saja lah ~
Terima kasih kepada mereka yang prihatin ~





Hasil daripada : Cikgu Keyri !

 
 Hasil daripada : Mas Ahmad Safwan macho !


Hasil daripada : Intan Izzaty


 Hasil daripada : Sheda comel !



Apa semua ni ? Inilah header Nelly . .
Header yang terkumpul ! Haha . .
Hasil sentuhan blogger lain dan diri Nelly sendiri ~
Yang buruk , Nelly yang buat sendiri ! Hahahaha . . .

Terima kasih kepada mereka yang bertungkus-lumus siapkan header untuk Nelly .
Saja nak bagi korang kerja tapi Nelly hargainya ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...