Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

kindergartenlibrary | 6:49:00 AM | 6Comments |
Rasanya belum terlewat lagi Nelly nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam . . Alhamdulillah , masih hidup lagi dan diberi peluang untuk kita berpuasa selama sebulan pada tahun ini , InsyaAllah . .









Ustazah Nelly kata masa dekat perhimpunan "Siapa yang lapar , dia berjaya untuk berpuasa pada hari itu . Semua manusia akan rasa lapar . Bila lapar , baru kita tau macam mana rasanya orang yang tak dapat makan . Tapi kalau relaks je ,maknanya dia tak berjaya berpuasa pada hari itu . Tak sampai apa yang sepatutnya disampaikan . ."

*Lebih kurang macam ni lah ayatnya . .*


Sila manfaatkan entri ini sebaik mungkin . .

Saturday, January 14, 2012

Ada lagi ke lelaki seperti ini ?

kindergartenlibrary | 5:00:00 AM | 80Comments |
Bf : Selamat hari jadi awak ! (Sambil menghulurkan sebungkus hadiah yang berbalut warna keemasan)
Gf : Terima kasih  . Wah ! Besarnya hadiah ni . Aada apa dalam ni ? Siap berbalut dengan warna emas lagi .
Bf : Bukalah . Harap awak suka . . .

Gf pun membuka balutan hadiah dengan kemas . Di dalam fikirannya , berbagai-bagai rupa bentuk hadiah di sebalik bungkusan itu . . Bf menunggu dengan tenang ~

Alangkah terkejutnya gf itu kerana ia bukan hadiah yang MAHAL , hanya al-Qur'an yang berada di sebalik balutan itu dan telekung yang bersulam bunga berwarna merah . Dia merasa sangat kecewa . .

Gf : Kenapa awak bagi saya al-Qur'an ni . Kat rumah saya pun ada banyak dekat dalam rak bilik saya . . Telekung ni pula ? Kenapa awak bagi saya ? Saya tak sukalah . Bagilah saya cincin ke , teddy bear ke macam orang lain bagi kat gf dorang . .

Bf hanya tersenyum memandang gf yang sedang merungut . . Dia tau gf nya itu takkan merasa senang dengan hadiah seperti itu . Lalu , dia menjawab .

Bf : Saya tau dekat rumah awak ada banyak . Tapi , ada awak baca ?

Gf hanya diam . Lalu , bf menyambung . .

Bf : Telekung tu . . Ada awak sembahyang ?

Gf menggeleng . Dia tertunduk .

Bf : Bukan saya tak mampu nak bagi awak hadiah yang mahal . Saya mampu . Lebih dari teddy bear , bunga , buku . . Tapi , semua tu ada makna ke ? Saya nak hadiahkan sesuatu yang awak baca , awak dapat kebaikan dengan melakukannya . . Kalau awak sembahyang , mesti awak tutup aurat awak kan ? Walaupun saya bf awak , saya bukan suami awak . Awak kena faham istilah 'SUAMI' dan istilah 'ISTERI' . Sejahat-jahat lelaki , yang baik juga dipandangnya . . Yang baik tu juga yang nak dijadikan isteri . . Bukan hanya setakat gf semata-mata tanpa sebarang ikatan yang sah . . Tutuplah rambut awak tu . Sembahyang jangan tinggal . Segan saya nak bawa jumpa mak saya . .

Bf berlalu meninggalkan gf nya yang terpinga-pinga . .Gf memandang bf nya . Dia tersentak . Malu . . Terasa dirinya itu seperti diperlekehkan oleh orang yang sangat disayangi . .

'Tak guna !' , bisik hatinya gf . .

Beberapa tahun kemudian . . . .

Gf  : Assalamualaikum . .

Bf : Waalaikummussalam .

Bf tersenyum . Perempuan yang berada di depannya bukan lagi yang dikenali dulu . Baju kurung dan tudung yang dikenakan sangat cantik di matanya . . Tanpa secalit mekap pun , masih tetap cantik . Ada 'Nur' di wajahnya .

Bf : Apa yang awak berubah ?

Gf : Saya minta maaf . Sepatutnya , saya hargai pemberian awak . . Maafkan saya . Bila awak pergi , saya hanya mampu memandang awak . Mulanya , saya marah . Saya terasa saya diperlekehkan . Tapi , setelah saya pandang pemberian awak , baru saya tau awak nak saya jadi yang terbaik untuk jadi teman hidup awak . . Saya nak ucapkan terima kasih kerana mengubah saya dengan kata-kata awak tu . . Selama ni , saya tak sedar . .

Bf : Jangan berterima kasih dekat saya . Saya hanya hamba Allah yang dihantar oleh Allah S.W.T untuk membantu awak . . Alhamdulillah , awak dah berubah . . Saya juga tumpang gembira . Jadi , sudikah awak berkahwin dengan saya ?

Gf hanya tersenyum . .

*Rekaan sendiri ok .*
*Ada pengajaran yang korang dapat ? Kongi bersama Nelly !*


Wednesday, December 28, 2011

Bertudung labuh . . . Sangat cantik !

kindergartenlibrary | 4:56:00 AM | 49Comments |
Salam semua !

Sebelum tu Nelly nak printskrin pada mereka-mereka yang beri pendapat tentang pemakaian tudung yang labuh di Facebook . Terima kasih kepada mereka yang memberi pandangan mereka . .


Ok , bila sebut tentang tudung labuh , dalam kepala Nelly terbayang-bayang ustazah-ustazah yang memakai tudung labuh . . Biasanya , mereka yang memakai tudung labuh ini Nelly mesti rasa mereka alim , ilmu agama yang tinggi dan macam-macamlah dalam fikiran Nelly . .

Tapi , bila mereka buat silap sikit , orang akan kata "Bertudung labuh pun bukan baik mana pun . ."
Opss , tercalar sudah imej mereka yang bertudung labuh !


Andai ada yang mahu berhijrah dari tudung biasa kepada tudung labuh , Nelly sokong sangat-sangat !
Nelly suka tengok orang pakai tudung labuh + purdah ! Aiseh ! Tergoda I . . .



Antara artis perempuan yang Nelly suka !

Wardina Safiyyah

Diana Amir

Heliza Helmi


Irma Hasmie

Korang perasan tak , walaupun mereka ni bertudung labuh , tetap cantik ? Nampak gila ayu dia !


Pendapat dari 'someone' yang beri pendapat :


Setiap muslimah diwajibkan menutup aurat kerana ia merupakan amanah dari Allah . Kalau ikutkan , perempuan muslimah mesti menutup aurat dari hujung rambut ke hujung kaki . Pada zaman Nabi , perempuan menutup aurat dengan memakai pakaian yang panjang , tudung labuh untuk menutup dari pusat ke hujung kepala , kain bawah yang panjang sekurang-kurangnya 2 ela melebihi paras tapak kaki . Zaman sekarang dah tak ikut semua tu , sebabnya susah nak gerak dan lain-lain ~

Sekian , terima kasih ~

Hadiah menarik menanti korang : 

Contest baru kat sini !

Sunday, November 20, 2011

Kau ada DARA , Kau KOLOT !

kindergartenlibrary | 7:16:00 PM | 63Comments |
Salam semua Bloggers ! ! Nelly The Strange harap semua sihat ya ?
Topik yang Nelly update agak keterlaluan ke ? Tapi , Nelly kena update juga entri ni !

Sebab banyak perempuan rasa ADA DARA , LU KOLOT !
Seriously , Nelly nak saja sumpah seranah dorang yang kata macam ni . Tapi , hati kata "Sabar . ." 



Rasanya video ni mungkin ramai yang tengok kan ? Ya , ada yang kata dia ni bajet bagus , muka kerek . .
Hey , Nelly peduli apa ? Ada benda yang dia nak sampaikan dan Nelly setuju habis !

Korang cuba jangan duduk nak mengomen yang negatif . Cuba bagi komen positif sikit !
Actually , Nelly banyak kali dapat mesej dari laman sosial tawaran yang agak menjengkelkan . .
Tambah menjengkelkan bila yang hantar itu PEREMPUAN !

Dulu , masa Nelly jawab soalan Agama Islam , jawapan yang tak ketinggalan ialah : 
  • Kurang didikan agama . .
Ha , sesuai sangatlah dekat perempuan itu ! Nak tau Nelly balas apa ? Ha , meh tengok : 


Tersentap beb ! Tapi , Nelly terus tak balas . Mak Nelly selalu kata :


Ustazah Nelly yang dikenali sebagai Ustazah Aminah pernah bacakan dekat kitorang setiap minggu dekat perhimpunan . Dia bacakan buku yang bertajuk :

Dulu , Nelly jahat sikit . Masa ustazah cerita , selalu cakap dekat kawan 
"Ya ke ? Takkan duduk saja pun zina kot . . Memandai je buku tu ."
Now ! Ya , tak dinafikan . Nelly pun bukanlah baik sangat tapi at least Nelly fahamkan juga orang kata apa .

Korang nilailah sendiri entri ni . Nelly hanya mampu sampaikan .

Saturday, September 17, 2011

Kita lupa bila kita sibuk memFITNAH orang ~

kindergartenlibrary | 9:50:00 PM | 25Comments |
Nelly tertarik dengan 1 entry dari seorang blogger kakak yang comel , Cik Wanie Lovela (CWL)
Kadang-kadang , kita lupa apa yang kita dah buat dekat orang .
Sebab ? Kita tak tahu kita dah lukakan hati orang lain .
Pernah dengar Fitnah itu sama dengan MEMBUNUH !

MEMBUNUH ! 
(Dari penat-penat reka fitnah , baik bunuh orang . . )

Bahaya fitnah:
a. Dosanya lebih besar dari pembunuhan. Kalau dari mulut seorang pemimpin akan dapat memusnahkan beribu bahkan berjuta nyawa yg terjangkit hatinya sampai tidak terkendalikan.
b. Terjadinya ketidakharmonian antara manusia.
c. Menyebabkan menderita siksa dunia dan akhirat.
d. Menyebabkan tertutup pintu masuk surga.
e. Fitnah sama dengan zalim. Orang yang di fitnah sama saja dengan di aniaya. Dan orang yang dianiaya do’anya pasti makbul.

Nampak ayat akhir ?
Orang yang di fitnah sama saja dengan di aniaya. Dan orang yang dianiaya do’anya pasti makbul.

MAKBUL ! ! !  
(Bukan main-main tau !)

  • Kadang-kadang kita rasa seronok fitnah orang sebab tak ada siapa yang tau kebenaran di sebalik peristiwa . Tapi , Allah kan tau . Biasalah , manusia mudah lupa .
  • Tak apa , kita boleh tambah ilmu lagi . Ilmu dekat atas bumi ni kan banyak . Jangan nampakkan diri kita terlalu cetek agama . Kan menunjukkan diri kita sendiri yang jahil tentang agama ?
  • Kenapa perlu membuang masa dengan rekaan yang dicipta sendiri ? Yang hanya dibayangkan sendiri ? Tak nampak ke banyak masa yang dah dibazirkan dengan satu perkara yang tak berfaedah dan tambah dosa?
  • Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:

"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."

Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:

"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Sumber : Sini

Orang akan tanya "Banyak masa kau ya Nelly nak baca entri panjang gila ?"
Nelly akan jawab "Tak salah kita baca asalkan kita tau semua itu ada manfaat untuk diri kita di masa akan datang . ."

Bila baca blog akak Wanie ni , takut juga kalau jadi dekat diri sendiri . . Maklumlah , bagi perempuan mesti tak nak jadi macam situasi Abu dan Meah . Mesti tak nak ada perpecahan dalam keluarga yang umpama menegakkan benang yang basah . . Tapi , endingnya , mesti kita akan rasa kita yang paling bahagia tanpa dia yang menyusahkan hidup kita ! Ya , menyusahkan hidup ! 


Banyak sangat konflik hidup sampai lupa untuk memerdekakan diri kita pada zaman yang memang sudah merdeka ni . . 
Yang penting , jangan cepat melatah bila sesuatu menimpa kita ! Chayok2 ! ! !

Sumber ulasan Nelly dari :
Blog Cik Wanie

Renung-renungkan apa yang Nelly tulis ini untuk pengajaraan semua . . .

Sunday, July 31, 2011

Kebesaranmu Ya Allah ~

kindergartenlibrary | 5:36:00 AM | 29Comments |
السلام عليكم
Alhamdulillah , kita berjumpa lagi ! Nelly masih boleh untuk tulis entri di blog yang semakin lama menyepi !

Korang pernah dengar lagu Pintu Taubat by Zivilla ?
Sila dengar bagi yang belum .
Sangat baik untuk menghayati lagu tu di saat-saat macam ni ~

tersadar ku dari khilafku
bersujud memohon ampunan
atas segala dosa-dosaku
yang telah khilafkan hatiku

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu

dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku menyesal
Astaghfirullohu bukalah
pintu taubatmu

ntah kapan ajal menjemputku

mungkin esok hanya kau yang tahu
mungkin usiaku tak cukup lagi
untuk hapus segala dosaku

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu

dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku menyesal
Astaghfirulloh bukalah
Pintu taubatmu

Aku hina dan tak pantas memohon ampunan

tapi hanya engkau tempat ku untuk meminta
ooo..oooooo........

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu

dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku menyesal
Astafgfirulloh bukalah
Pintu taubatmu
 
Nelly tak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua !

Tuesday, April 26, 2011

Cerita Islamik dan Cerita Cinta : Siapa setuju ?

kindergartenlibrary | 6:10:00 AM | 79Comments |
 السلام عليكم


Apa perbandingannya ? Cerita Islamik kurang mendapat perhatian . Sebab ?
Bagi kajian Nelly , kalau ada blogger yang tulis entri tentang cinta Islamik , tak ramai yang letak komen .
Tetapi , tentang cinta pula sebaliknya .

Kenapa ?
Kenapa ?
Kenapa ?

Adakah kerana cerita Islamik sudah selalu dengar dan sudah lali bagi korang ? ?
Tentang cinta ? Kapel clash ?
Tak lali ke pada korang ? ?


Sebab ? ?
Cinta kapel clash semua orang melaluinya ! ! ! !
Cinta Islamik ? Ada ke orang melaluinya ? Ada ke orang putus cinta dengan Allah dan cerita siapa yang minta clash ?
Fikir balik . .


Semua mampu bercerita pengalaman putus cinta .
Nelly juga mampu ! !
Adakah semua mampu cerita tentang Islam dan menghuraikannya ? ?
Pasti ramai yang terdiam ! ! ! Nelly juga tak terkecuali . . 

Setuju dengan statement ini ? ? Boleh bangkang campur huraian kalau rasa perlu dan salah . . .

Sunday, April 24, 2011

Cinta saya bukan yang terbaik ke ? ?

kindergartenlibrary | 9:29:00 PM | 108Comments |
 السلام عليكم

Seorang insan pernah cerita dekat Nelly dulu dia teramat suka dengan seorang perempuan ni .
Dia mula suka bila dia tengok gambar perempuan tu dekat Facebook . .
Nelly dah minta kebenaran dia untuk salin ya . .
Tapi , ke mana dia menghilang sekarang Nelly dah tak dapat kesan . . Kalau baca , contact Nelly . .

Nelly pun tengok gambar dia . . Sangat lawa + sopan ~
Tak hairan kalau dia suka . Perempuan itu pula masih sambung belajar . .
Lelaki itu ? Sambung belajar juga . .


Jadi , dia fikir mahu perempuan itu menjadi temannya .
Bermulalah strategi dia . . Nelly cuma mampu tengok saja . .
Bab jodohkan orang ni memang tak reti . .
Tapi , tak lama itu lelaki itu kata :

"Nelly , saya masih berasa gembira walaupun dia tak terima saya . . "

Nelly dah pelik . Aik ? Tak diterima pun masih gembira ke ? ?
Jadi , dia hantar mesej dia dengan perempuan itu dekat private message . .

L : Assalamualaikum awak , sejujurnya saya mula suka awak . . Awak tak kenal saya , saya juga begitu . Tapi , adakah saya boleh mendapat tempat dalam hati awak ? Bukan kerana rupa saya lihat , tapi cara awak , peribadi awak mula menarik hati saya untuk dekat dengan awak . Saya tau awak mampu jadikan saya yang terbaik , mendorong saya . . Apakah saya mampu untuk menjadi sebahagian dalam hidup awak ?

P : Waalaikummussalam awak . Sejujurnya saya katakan , buat masa ini saya tak mahu menerima sesiapa pun dalam hidup saya . Bukan kerana saya pernah kecewa 1 masa dulu . Awak jangan salah anggap dengan kata-kata saya . Cuma , saya takut saya jauh dengan Allah S.W.T . Saya takut mencintai awak lebih dari mencintai Allah S.W.T . . Saya takut menyayangi awak lebih dari menyayangi Rasulullah S.A.W . . Terima kasih kerana sedar akan diri saya , tetapi saya masih belum cukup untuk mencintai awak seperti dalam landasan agama . . Cinta yang benar adalah selepas kahwin . . Halal disisi agama . . Saya juga bebas dari zina hati . Kalau awak mahu yang membimbing , bukanlah saya yang terbaik . Saya takut saya merosakkan awak . Kalau mahu saling membimbing , kawan-kawan awak sama sejenis juga mampu untuk membimbing awak . Dengan syarat dia juga berada di landasan yang betul . .

L : Baiklah awak . Saya terima . InsyaAllah . . Terima kasih mengingatkan saya mengenai ini .

P : Andai ada jodoh , bertemu juga . . Maaf .

L : Tak apa . Saya masih boleh tersenyum dengan kata-kata awak . .

See ? Korang mampu buat macam ni ? ? Terus terang , Nelly masih mencuba . Hehe . .
Tapi , kita hanya merancang , Allah yang tentukan . .

Terharu Nelly dengan jawapan perempuan tu . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...