Thursday, December 8, 2016

Final Year Project + Dinner MOT

kindergartenlibrary | 7:44:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum,

                                     

Seminar: 7/12/2016

Rasa hari ni nak update blog. Nak cakap semua beban satu semester dah setel! Nak melalui hari-hari menyiapkan FYP ni, serius rasa macam nak meletup! Jumpa supervisor, masa nak present, hmm... 

Disebabkan nervous punya pasal + penat tunggu giliran.... kemain laaaaaaaa aku merapu jawab soalan examiner. Actually, Nelly boleh fikir dengan baik, tapi bila menggelabah tu mengusai diri, tak payah cakap la. Merapu banyak. Nasib baik examiner kata aku present dengan baik!!! Yabedabedu!!!

































Sebelum present : 7/12/2016

Muka lepas present!! Masa ni rasa nak melompat, nak guling-guling pun ada bila examiner kata: 
"'Okay Elvy, boleh balik tidur!" Yes, yes, yes!!!!

Aku tak pedulik laaa masa tu orang dah siap ke, tak ke, yang aku tahu lepas habis:
"Jom pergi makan!"

Yes, makanan! Sorry, sebab aku suka makan. hahaha. Sebab takut punya pasal nak present, sampai rasa nak makan pun tak lalu. Tunggu giliran pun rasa sampai lupa dah nak bentang apa! Akhirnya, dapat juga aku bentang tanpa tengok nota even nota kat tangan! Soalan examiner? Hmmm.... Boleeeee laa~

So, nak dijadikan cerita, malam tu Nelly ada dinner. Dinner under kos Nelly. MOT (Management of Technology). Meriah, sebab kebanyakan semester 7... Ramai datang memandangkan lepas ni dah habis dah, praktikal, konvo dan  bawa haluan masing-masing.



Semester 7 sahaja! Penuh pentas!! Teka mana satu aku? Hahaha

So, Nelly deicde nak pakai baju ala-ala puteri! Sebab tema hitam putih. Nelly jarang atau boleh dikatakan susah sikit nak pakai baju putih. Tapi, memandangkan kali ni kali akhir, Nelly sanggup cari baju dinner + kasut dinner + crown. Saja nak rasa macam princess. Tak peduli la orang kata apa, tapi nak pakai macam Nelly nak juga! Hahahaha!! Over kan? Maybe excited kot. Krik krik~







                                 













Bersama DR. Azita. Pernah ajar subjek Teknologi Pembinaan. Rasa Nelly dapat B kot. hahahahahhahahahaha!

Selepas dinner, kami sambut birthday Ikin. Selamat Hari Jadi, Ikin! Thank you sudi jadi kawan kita. hehehehe



Done! Kang upload banyak-banyak, korang muak nak tengok! Hahahahahaha!
Saje update nak buat kenangan! Thank you sudi singgah!

Thursday, October 13, 2016

Penderaan

kindergartenlibrary | 4:51:00 PM | 0Comments |



Baru-baru ini hangat diperkatakan isu penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Tidak kira usia, tidak kira golongan mana sekalipun, isu penderaan semakin menjadi-jadi. Ia lebih menjadi teruk apabila penderaan sehingga menyebabkan kematian.  Penderaan ini mempunyai dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal mahupun mental. Penderaan merupakan perbuatan yang berniat untuk mencederakan kanak-kanak tersebut.  Jenis penderaan yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut:

FIZIKAL
Fizikal berlaku apabila terdapat kecederaan pada tubuh badan kanak-kanak tersebut seperti lebam, parut. Ia boleh dilihat dari mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak yang telah menjadi mangsa dera.  Ia terjadi apabila berlaku kekerasan yang telah disengajakan dengan niat untuk mencederakan kanak-kanak tersebut. Perbuatan yang kebiasaannya dilakukan oleh individu yang mendera adalah seperti menendang, menampar dan mencekik sehingga menyebabkan kesan kepada tubuh badan kanak-kanak tersebut. Sekiranya menjadi lebih serius, ia boleh mendorong kanak-kanak tersebut untuk membunuh diri dan mengalami penyakit jiwa yang serius.

MENTAL
Penderaan secara mental terbahagi kepada 5 kategori, iaitu berlaku penolakan, pengasingan, menakutkan, tidak mengambil peduli, dan merasuah fikiran kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tersebut terganggu.  Kesannya, ia akan menyebabkan kanak-kanak yang didera mempunyai masalah emosi, kemurungan yang berpanjangan, suka menyendiri dan mempunyai perkembangan yang lambat berbanding kanak-kanak yang lain. Adalah tidak mustahil ia akan menjadi pendera yang serius apabila meningkat dewasa akibat gangguan emosi yang sering berubah-ubah.

SEKSUAL
Penderaan seksual pula melibatkan kanak-kanak yang dipaksa, dipujuk untuk memuaskan nafsu seksual seseorang individu sehingga mendorongnya melakukan hubungan seksual. Ia boleh merangkumi seperti meliwat, mencium atau melakukan beberapa seks oral.
Terdapat pelbagai punca penderaan yang telah dikenalpasti oleh individu yang telah melakukan penderaan kepada kanak-kanak. Antaranya adalah seperti berikut:
·         Pihak atau individu yang mendera kurang mendapat sokongan daripada orang sekeliling dan mempunyai nilai moral yang rendah.
·         Tekanan di tempat kerja sehingga menyebabkan individu tersebut seperti ibu bapa mula melepaskan tekanan yang dihadapi kepada anak-anak mereka.
·         Faktor ekonomi yang memaksa ibu bapa melakukan penderaan kerana telah hilang pertimbangan apabila menghadapi krisis ekonomi dalam keluarga.
·         Kurangnya didikan ilmu agama tentang pentingnya membina hubungan kekeluargaan yang lebih harmoni.
Langkah-langkah pencegahan untuk membanteras penderaan kanak-kanak perlu diambil untuk mengelakkan peningkatan penderaan kanak-kanak. Antaranya perlu diberi bimbingan dan kaunseling terhadap individu yang terlibat. Ini adalah kerana ia perlu sedar tentang cara-cara mendidik anak-anak dengan baik dan membina hubungan keluarga dengan lebih harmoni. Individu tersebut perlu sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul untuk menjaga amanah Allah ini adalah sangat besar. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Seterusnya, masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk membanteras isu ini. Masyarakat perlu mengambil tahu jika terdapat jiran mereka yang mula melakukan penderaan kepada anak-anak mereka. Jika terdapat penderaan yang semakin serius, masyarakat perlu membuat laporan polis berkaitan penderaan tersebut.  Ini adalah antara langkah awal untuk mencegah isu ini menjadi semakin meningkat sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak yang tidak berdosa tersebut.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak perlu dipandang dengan lebih serius. Ini adalah kerana kanak-kanak yang lahir merupakan aset penting yang perlu dijaga.  Sekiranya berlaku penderaan, ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut boleh menjadi ganas apabila semakin meningkat dewasa. Ia akan merosakkan pemikiran kanak-kanak tersebut dan tidak mempercayai orang dewasa. Oleh itu, sikap kasih sayang perlu diterapkan kepada kanak-kanak tersebut untuk melahirkan insan yang berguna pada masa hadapan kepada masyarakat dan negara.




Pembulian siber

kindergartenlibrary | 4:47:00 PM | 0Comments |

Pembulian siber merupakan antara kes yang sentiasa mendapat perhatian umum. Pembulian siber buli berlaku dengan menggunakan teknologi elektronik. Teknologi elektronik seperti telefon bimbit, komputer dan tablet serta alat komunikasi termasuk laman media sosial, mesej teks, berbual, dan laman web. Ia mempunyai tujuan yang tidak baik seperti memalukan atau mengugut seseorang. Contoh pembulian siber termasuk khabar angin dihantar melalui e-mel, video, lama web, akaun atau profil palsu atau apa-apa post yang dipaparkan di laman rangkaian sosial, dan gambar-gambar yang akan memalukan individu yang terlibat. 
Pembulian siber perlu dipandang serius kerana ia merupakan sesuatu yang dipaparkan sepanjang masa dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Contohnya, mesej yang dipaparkan dengan tujuan tidak baik kebiasaannya adalah daripada orang yang sukar untuk dikenalpasti dan menggunakan akaun palsu.  Sekiranya ia sehingga tahap yang terlalu serius, individu yang terlibat boleh mengalami perubahan emosi, lebih suka menyendiri, kemurungan atau lebih teruk akan dikuasai dorongan untuk membunuh diri.
                Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi ancaman buli siber ini. Antaranya ialah membuat kempen kesedaran buli siber. Ia perlu didedahkan kepada semua golongan masyarakat terutamanya golongan pelajar sekolah untuk memberikan kesedaran tentang impak angkara buli siber terhadap individu yang menjadi mangsa.
                Selain itu, peranan ibu bapa juga perlu dilakukan untuk membanteras gejala buli siber. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka sejak kecil. Sikap bertolak ansur antara satu sama lain secara tidak langsung dapat membina hubungan yang harmoni dengan masyarakat sekeliling. Jika diterapkan dari awal, semestinya ia akan mengajar anak-anak mereka supaya dapat menghormati orang lain disekeliling mereka. Ia sesuai dengan pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
                Kesimpulannya, perkara ini tidak boleh dipandang remeh walaupun ia tidak melibatkan fizikal seseorang, namun ia boleh memberikan impak yang besar dalam emosi dan kehidupan individu yang menjadi mangsa. Peranan ibu bapa perlu ditekankan untuk memantau anak-anak mereka yang berjinak-jinak dengan dunia teknologi. Pemantauan tidak hanya sekadar teknologi, namun ibu bapa juga perlu memantau rakan-rakan anak mereka supaya sosial dalam kalangan anak mereka tidak menjadi lebih teruk dan membawa impak yang negatif.




Tuesday, October 11, 2016

Hadiah Allah untuk aku

kindergartenlibrary | 6:05:00 PM | 0Comments |



Masa awal September, aku balik ke UUM, aku rasa sakit-sakit badan. Paling sakit dekat bahagian tulang belakang dan urat saraf. Bila suruh orang urut, mesti sakit sangat-sangat. Bukan makin elok, makin sakit. Elok sikit, besok pagi sakit sangat. Yeah, Nelly mula-mula rasa sakit biasa-biasa je.

Then, kebetulan tak balik rumah masa Raya Haji dekat Kedah, dok kalut cari orang yang pandai mengurut, Memang sedap dia urut, Malam tu tidur selena-lenanya. Esok pagi, Nelly bangun, then tiba-tiba tak boleh bangun, So, Nelly kena support nak bangun dekat tepi-tepi katil. Masa tu still rasa apa laaa, aku pergi mengurut sama lagi, bukan makin baik, makin sakit, Aku membebel juga la sorang-sorang.

But, Nelly dapat rasa makin lama, makin teruk. Bila nak duduk, tak boleh duduk lama, nak berdiri tak boleh berdiri lama. Baring nak mengiring sana sini, tak boleh juga. Duduk kat kelas trauma sikit nak duduk lama-lama. Okay, fine! Pergi hospital Aku cakap la kan, aku sakit belakang dan doktor pun maybe malas nak layan aku, dia bagi ubat tahan sakit dan cakap sebab otot je. Aku punya darah tinggi masa tu cecah 150 dan 157 sebab nurse cakap mesin rosak. Huhu.

Makan ubat tahan sakit. Boleh tahan 1 jam je. Contohnya, sebelum kelas makan ubat tahan sakit, seronok la dapat gerak macam biasa. Habis kelas, nak bangun, dia punya sakit tak payah cakap. Terpaksa duduk dan set dalam mind yang aku nak bangun. Tapi, takkan nak amik lagi ubat tahan sakit kan? So, aku tahan je sebab takut la overdose.

Lepas tu, aku selamba lagi pergi satu kelas, ke satu kelas, pergi makan sampai satu tahap nak jalan pun tak boleh langkah laju-laju, aku kena jalan slow-slow, penuh sopan dan terpaksa pegang pinggang dan belakang aku dengan harapan reda sikit. Sampai satu tahap, aku pegang kawan aku nak jalan satu kelas ke satu kelas, Tapi, masih rasa biasa lagi.

Nak dijadikan cerita, aku kebas-kebas tangan dan kaki. Kadang pegang barang boleh jatuh. Mula la aku takut nak pegang benda berat-berat, contohnya dukung anak orang ke, huhu... Sampai la aku rasa makin teruk bila nak bangun, tak boleh berdiri, dah berdiri tak boleh duduk. Bila aku pergi Hospital Alor Setar, aku kena tahan wad dekat 5 hari. So, bermula la kehidupan aku masa dalam wad yang tak pernah aku duduk dalam wad.


Bila doktor MRI, cek aku pagi-pagi, hari ke 5 baru tahu aku kena slipped disc. Yes, slipped disc sebab aku pernah jatuh terduduk dan kira pernah trauma la. Aku bukan pandai sangat. Sakit dia tak payah cakap la. Tapi, aku fikir balik, "Takkan nak extend? Dah nak habis semester dah ni" So, until now, 12/10 aku masih teruskan pergi kelas. Harini aku MC time aku update entri ni sebab baru keluar wad 10/10/2016. So, aku update la dulu entri masa kawan-kawan pergi kelas. Hahaha

Sebelum aku keluar, doktor kata, kalau kaki dah tak berapa nak rasa, kencing tak boleh nak kawal, baru datang semula hospital. Aku ni bukan kisah sangat nak datang hospital, cuma aku tak nak kena tahan wad. Nak keluar, seksa oi. Asyik kena cucuk ubat tahan sakit sampai aku rasa tak ada rasa kesan ubat. hihihi...

Btw, masa aku sakit, kawan-kawan datang melawat sebab mak ayah aku jauh. Kawan-kawan aku juga bawakkan baju, bawakkan Chipsmore feveret aku, layan bosan aku masa waktu melawat. Kurang la sikit tapi bila tahap sakit tu datang, memang aku tak boleh nak gambarkan.

Nak jalan, lambat, nak tidur susah, nak duduk, bila lama-lama mula laaa aku macam cacing kepanasan. Rasa macam nak tercabut pinggang gak masa tu.

Btw, aku masih pergi berubat dekat Jalan Langgar, nama orang tu Haji Hashim. Maybe rezeki aku la lepas keluar wad 10/10, jadi tarikh 11/10 aku pergi tempat orang tu kat area Alor Setar. Masa tu tak ramai orang, Haji Hashim ni macam betul-betulkan sikit belakang aku, memang sakit sikit la. Then, ada ajar buat senaman untuk belakang kita. Memang kurang sikit. Boleh bongkok sikit macam biasa kira improvement la pada aku. Untuk permulaan, aku tak boleh angkat benda berat-berat. 5kg pun dah kira berat tu, Huhuhu..

In shaa Allah, aku boleh tahan lagi ni, Sikit je lagi nak last semester, Hahaha,. Nanti aku baca balik entri ni, mesti tergelak juga bila fikir masa nangis-nangis tahan sakit. Kih kih...

Lebih kurang gini doktor tunjuk dekat aku. Tapi, aku sampai punggung dia tunjuk. Huhu. Maksudnya, memang sampai bawah la jadi gitu~
Sumber: Google image






Sekarang busy untuk fisioterapi dan aku tak drive kereta., Takut kebas kaki tiba-tiba. So, kawan aku yang bawakkan kereta untuk aku ke kelas. Thanks! 


Aku still bsyukur ada family n saudara mara, pakcik makcik yang sentiasa support aku, kawan-kawan yang ada saat susah n senang, yang dah tahu perangai aku, 
Nikmat Allah bagi sakit, tapi Allah hantar orang untuk bahagiakan kita.. :)Thanks all.. 

Semoga sihat macam biasa!! Chayok2!!!

APAKAH SIMPTOM SLIP DISC?

Sakit yang teramat sangat dan tiba-tiba biasanya berlaku. Biasanya di bahagian bawah belakang tapi boleh juga terjadi di bahagian tengkuk atau bahu.

Kalau di bahagian bawah belakang, ia boleh sakit sampai ke kaki dan tapak kaki, terasa seperti menyucuk-nyucuk dan terbakar.

Sumber: Sini

Simptom Slip Disc

1. Kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku. (Macam aku cerita kat atas la)
2. Cetusan rasa seperti renjatan elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis. (Ada masa la aku rasa, That why aku takut nak drive kereta)
3. Lebih teruk, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komplikasi kekal seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki. (Ini yang doktor tu terangkan kat aku)


Sumber: Sini



Sumber: Sini



Sunday, June 5, 2016

Puasa di UUM

kindergartenlibrary | 11:11:00 AM | 0Comments |
Hye, semua...




Tahun ni masuk 2 tahun dah puasa disini. Tak puasa kat rumah, Tapi, study di UUM.. Now dah sem 6!!!

U know what, masa di UUM ni la, masa yang perlu kita nikmati sama-sama kawan pergi terawih, curi masa nak study dengan kawan-kawan, stay up study, sahur sama-sama kawan, buka melantak macam tak makan 3 ari.

Sebab apa? Sebab moment tu takkan ada lagi tahun depan sebab tahun depan Nelly dah habis study. Maybe, study di tempat praktikum la kott lepas ni~ Haha..

Sebak? Sikit la sebab tahun ni la nak rasa moment puasa sebagai pelajar DEGREE PTECHNOLOGY MANAGEMENT. Selepas melalui macam-macam, at the end, Alhamdulillah, dah nak habis dah.

Belum kira bagai nak pecah kepala duduk study. Duduk hafal lagi berapa hari nak final. Nak buat macam mana, Nelly memang suka sudy last minute. Then, menyesal, then buat lagi. Hahaha!!!

Pengalaman di UUM Nelly tak banyak. Sebab banyak keluar, tengok wayang, enjoy the moment as student, buat hal sendiri, balik bilik tidur~ Korang jangan jadi macam Nelly okay. Nelly memang suka tidur. Agaknya betul la kot kuat tidur punca gemuk. Eh, eh! Terkata diri sendiri pulak. hahaha.

Tahun ni, 2 hari sebelum puasa, dok jogging dengan harapan nak kuruisss!! Tapi, tapi... bila fikir balik, gelak pun ada. Yela, mana ada orang nak joging 2 ari sebelum puasa. Selalunya, 2 bulan sebelum puasa. It's okay. Janji ada turun turun sikit itu lemakk 2 tahun punya~

Sekarang musim final, biasalah!! Masa ni la baru nak stay up study lagi 2 hari nak exam. Tidur tak menentu, minum tak kering tekak.. eh, eh!:(

I will miss this moment. Ini antara kawan-kawan sepanjang kat UUM.
 Love you all!!


Sue, mira and me!! Ni masa nak release stres Kuala Perlis. Tak ada buat apa pun, just nak buang masa., hahaha

Otw balik dari Gerik ke Kedah., Jalan jammed masa kat Pulau Pinang.. So, selfiee kejapppp!


With: Kusna. Tukang selalu bebel but it's okay. Aku tadah je la!~



Anis, my junior. With her roomate, Amani. Sorry, tak ada pic dia. Macam SHAE penyanyi roomate dia.. :)

With Miza. My junior. Umur atas kita. Roomate dia., Yana. Budak Law. Takdak pic. hukhuk... Yana tu baik~ Thanks miza teman kita gi mana-mana. sampai pergi rumah makcik nak urut pun miza temankan, hahaa

Belah kiri sekali: 
Fairuz. Roomate dia, Hani., Comel.. Tapi, takdak pic dia...


Kenapa Nelly tulis entri ni? Sebab siapa tahu, 1 day bila baca balik, Nelly will miss the moment with them... Sebak pula tetiba. Bajet macam sem last.. Tapi, nak buat macam mana., Rajin nak update malam ni~

LAGI 1 SEMESTER KITA LAST SEMESTER!!! Jangan lupa kita. hahahaa
Terbuat entri sedih pulak, Ok, bye!

Tuesday, April 19, 2016

Kau dengan si dia mcam mana?

kindergartenlibrary | 12:48:00 AM | 0Comments |
Haritu adik Nelly balik, so borak la sikit dengan dia. Tup-tup dia tanya:

"Kau dengan dia macam mana?"

Ouch, it's hurt. Deep soalan tu rasanya~
Nak jawab, malas.

Siapa tak sakit putus cinta kan? Bertahun juga la bersama. Tup-tup putus.
Tak salahkan siapa-siapa pun. Mungkin sebab tak ada jodoh. Haha (Ayat cover)

Benda apa pun kalau kait dengan perasaan. luluihhh jiwaaaa ooo~

Kadang, kita tak rindu pada orangnya, cuma kita rindu pada kenangan je pun. Contoh, korang pergi kedai makan, then bila putus singgah kedai makan tu balik. Rasa macam "Ouch, kan best kalau boleh ada balik memori tu."

Statement atas ni contoh je. Bukan nak cakap pasal Nelly.

Kadang, ada baiknya juga putus tak contact terus. Sekurang-kurangnya, bila tak contact terus ni, rasa macam kita tak tahu dah apa dia nak buat. Nak ada orang lain ke, nak tunang ke, nak kahwin ke. At least, tak laa sakit sangat.

Jadi sakit, bila masih contact dan maybe si dia bercerita soal dirinya, masa depannya yang mungkin bersama orang lain. Mula-mula maybe akan kata "It's okay"

Mulut boleh la cakap, hati? Ouch! Deepppp!!

Lagi tak boleh orang sebut nama dia masa nak move on. Tak tahu kenapa rasa nak nangis je. Ni kalau dah tahap sayang sangat la~


So, jalan terbaik, MOVE ON. Susah? Mula-mula memang la.. Lama-lama nanti okay sikit. Be strong la sikit!!

Bila orang tanya? Senyap lebih baik. At least kat belakang nanti baru nangis~ HAHAHAHA!




Senyum gini~~~

Sorry, Nelly cakap berdasarkan pengalaman. So enjoying ur life dan tunggu jodoh baru okay! hahaha!



Tuesday, March 29, 2016

Cyberbullying

kindergartenlibrary | 1:09:00 PM | 0Comments |
Cyberbullying is bullying that takes place using electronic technology. Electronic technology includes devices and equipment such as cell phones, computers, and tablets as well as communication tools including social media sites, text messages, chat, and websites.

Credit : Cyberbullying

Tak faham? Meh sini nak translate.

Pembulian siber buli yang berlaku menggunakan teknologi elektronik. teknologi elektronik termasuk peranti dan peralatan seperti telefon bimbit, komputer dan tablet serta alat komunikasi termasuk laman media sosial, mesej teks, berbual, dan laman web.

Zaman sekarang zaman teknologi. Jadi, banyak sangat orang suka tulis bukan-bukan dengan niat nak malukan, niat nak ugut. Biasanya lebih kepada peribadi seseorang tu.

Sumber: Google image

Zaman sekarang. kalau tak suka, kau nak umpat orang, nobody care! Actually, jadi lebih HOT bila kau asyik nak buka aib orang dengan TWEET, FACEBOOK, WECHAT 24 jam. Memang tak ada kerja ke sampai hidup orang nak ambil tahu semuanya? Jika banyak masa, berzikirlah, Mana tahu pahala tambah juga. :)

Nak mengumpat, mengumpat je la. Habis situ je. Tak payah canang-canang aib orang sampai terbukak aib sendiri. Aib sendiri tak nampak, aib sendiri sampai tercicir-cicir.


Benda ni memang kau akan kata "Ala, bukan dia tau kita mention dekat siapa"
Yes, tapi sebenarnya, orang yang kau kata tu bukan BODOH sangat sampai tak faham kau cakap pasal siapa.

Nelly memang tak suka orang yang sibuk update aib orang, update buruk orang sampai rasa diri sendiri mulia. Sampai rasa diri sendiri macam PERFECT sangat. Memang marah sangat benda ni.

Sebab ayat-ayat yang diupdate tu, boleh menyebabkan pergaduhan yang teruk, perbalahan antara satu sama lain. Dan, lagi teruk kalau dah update, padam. Sebab apa? Saja nak bagi orang tu baca, bagi sakit hati, dan kemudian padam. 
Pelik, pelik~

Bila rasa diri tak cukup knowledge, tolong berfikir sebelum POST STATUS, UPDATE, TWEET. Biasanya orang yang buli siber ni perlukan perhatian atau dalam maksud lainnya, KURANG KASIH SAYANG. :)

Jadi, untuk beri hati lebih puas, lebih rasa diberi perhatian, maka dengan menyebabkan orang lain sakit hati, terluka, disisihkan adalah benda yang dirasakan sangat puas hati supaya terasa kasih sayang orang lain. But. its okay, orang macam ni tolong solat banyak-banyak supaya hati tenang dan tak selalu panas hati dengan orang lain. Takut setan banyak. Kihkih...




Sekian semua, selamat membaca! :)




Saturday, March 19, 2016

Pengalaman nak dapat lesen

kindergartenlibrary | 9:06:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum. hari ni terlebih rajin nak up entri.




Pengalaman nak dapat lesen? Haaa, tak payah cerita la. Lagi-lagi sambil belajar. Bajet-bajet cukup masa nak dapat lesen. 

Asal cuti midsem, niat hati "Nak ambil lesen." Last-last ke sudah laa tak pergi. Sampai la satu saat, rasa yang diri ni terpaksa ada lesen.

Bila lesen L dah dapat, nak ambil lesen P liatnya diri ni~~ Hukhukhuk~~

Yang pertama, sebab tengok orang bawak kereta. Yang ni memang tak bole la rasa. Hahaha! Sebabnya, bibit-bibit CEMBURU timbul bila kawan-kawan kat UUM ni ada lesen dan cakap:

"TADI AKU DRIVE SENDIRI WEY!"

Kau tahu apa aku rasa? Annoyying sebab aku tak ada lesen lagi! Haha. Bukan tak nak ambil dekat UUM ni, tapi kerana waktu cuti adalah waktu yang aku tak nak kena ganggu. Kah kah kah!

So, dengan semangat gigih yang terpaksa Nelly cipta, Nelly ambil juga la lesen. Memandangkan Nelly tak pernah bawak kereta sepanjang tak ada lesen, tak pernah try-try bawa, maka masa kali pertama belajar bawak kereta dan kereta bergerak, Nelly macam teruja kau tau! Senyum tak payah cakap. Tak percaya pun ada. Ceh!

Cikgu yang ajar cuma cakap "Kenapa u senyum? U tak pernah bawak kereta ke?"
Nelly cuma cakap "Sukanya!" Hahahaha. Bila Nelly ingat balik moment tu, kenapa la aku jadi macam tu~

So, bermula la permulaan bawak ke bukit, parking. 3 penjuru, jalan S dan Z. Rasa macam "YA ALLAH, LAMANYA NAK HABIS.!!!"

Mana tak nya, pagi-pagi kena bangun pergi berlatih bawak kereta. Bila naik tengah hari, mula la Nelly bebel dalam kereta sorang-sorang "Hitam la muka aku. Adoi, tak ada aircond ke. Aish, kenapa kereta depan ni lembab sangat ni? Cepat la woi" Okay, fine. Bila bawak manual ni, kesabaran sangat tipis~ hahahaahha

Hari nak test dengan JPJ, jangan cerita la, berdegup kencang jantung ni. Dan, kebetulan waktu Nelly test adalah waktu petang. Jantung ni tak payah nak cakap la sebab tengok orang mengundur, parking tak masuk kotak. Tangan pun dah beku-beku sebab rasa berdebar sangat-sangat~

So, bila waktu petang, kereta dah susun berderet untuk test bukit. Nelly test clutch dia sebab kereta tak sama macam Nelly selalu bawak. Haaa, clutch jangan cerita. Kalau salah lepas clutch atau kereta tiba-tiba mati, confirm-confrm aku akan turun bukit dengan jayanya!!!

So, adalah lebih kurang 6 atau 7 kereta depan Nelly. Yang buat Nelly menggigil, bila kereta-kereta depan semua mengundur. Dah dengar dah orang membebel "Baru petang, banyak dah fail" Gulp~

So, turn Nelly, terus la ku tekan minyak macam cikgu sekolah memandu ajar dan berhenti hampir tak kena garisan kuning. Free gear, tarik handbrake. Intai kat luar, ceh, tayar sipi-sipi je lagi nak fail tak masuk garisan kuning. Bila JPJ suruh jalan, kau tahu apa aku rasa? Rasa macam nak turun dari kereta dan cakap tak jadi nak teruskan. hahahaha.

Tapi, fikir balik penat dah aku membebel selama ni, ni je la caranya supaya aku lulus dengan jayanya dan tak fikir lagi pasal lesen..

So, slow-slow Nelly masuk gear 1, tekan minyak dan clutch macam cikgu ajar. Bila turun handbrake, lepas clutch terus tekan minyak. Masa tu dah bunyik transformers ada, bunyi kereta nak meletup pun aku rasa ada sebab tak lepas-lepas takut berundur dengan jaya~






Yes!!!!! Lulus bukit!! Then, ke parking, alhamdulillah hampir-hampir tak masuk kotak bila JPJ kat luar tegur "Hei, tak masuk kotak tu!" Dengan sepantas buat semula dan lulus.. Termasuk la jalan S dan Z serta jalan raya lulus dengan jayanya. 2 minggu macam tu, dapat la lesen yang kad tu.

Lepas tu, jangan ingat boleh terus ambil kereta mak ayah terus bole bawak. Test mak ayah pulak. No no no, jangan harap selagi mak ayah pulak tak tengok Nelly bawak.

Memandangkan Nelly tak pernah bawak kereta, Nelly ada masalah sebab tak tahu samada kereta masuk garisan putih ke tak atau dah keluar garis putih kat jalan raya. So, mak Nelly yang ajar termasuk parking. Sebab parking tempat latihan dengan real bila bawak sorang-sorang tu lain. Hampir semua keluarga Nelly tak percaya Nelly bawak. Hahahahahahahaahahaha! I dont care la janji dahada lesen~ Yabedabeduuuu~~~

Tapi, bila kita bawak kat UUM, hmmm.. Tak payah cerita. Punya panik bila sampai bukit. Sebab cikgu kita ajar tarik handbrake dulu. Rupanya boleh je seimbangkan minyak dan clutch (Selepas kawan ajar). Kalau tak. selama ni kawan sebelah la kena tolong jaga handrake. Actually, tak panik cuma akan panik bila ada bukit then ada kereta kat belakang. Rasa time tu tak jadi nak bawak kereta. Huhu~




Alhamdulillah, sekarang dah ada lesen dan Nelly boleh bawa la sikit-sikit. Nak sewa kereta auto kat UUM ni, susah nak dapat. Banyak manual. So, hentam la. Sekarang dah pandai sikit je la. Hahaha

Korang yang tak ada lesen, pergi ambil. Jangan guna LESEN AGUNG. HAHAHAHAHA!




Baru muka ada happy maaa~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...