Pembulian siber
merupakan antara kes yang sentiasa mendapat perhatian umum. Pembulian siber
buli berlaku dengan menggunakan teknologi elektronik. Teknologi elektronik
seperti telefon bimbit, komputer dan tablet serta alat komunikasi termasuk
laman media sosial, mesej teks, berbual, dan laman web. Ia mempunyai tujuan
yang tidak baik seperti memalukan atau mengugut seseorang. Contoh pembulian
siber termasuk khabar angin dihantar melalui e-mel, video, lama web, akaun atau
profil palsu atau apa-apa post yang dipaparkan di laman rangkaian sosial, dan
gambar-gambar yang akan memalukan individu yang terlibat.
Pembulian siber
perlu dipandang serius kerana ia merupakan sesuatu yang dipaparkan sepanjang
masa dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Contohnya, mesej
yang dipaparkan dengan tujuan tidak baik kebiasaannya adalah daripada orang
yang sukar untuk dikenalpasti dan menggunakan akaun palsu. Sekiranya ia sehingga tahap yang terlalu
serius, individu yang terlibat boleh mengalami perubahan emosi, lebih suka
menyendiri, kemurungan atau lebih teruk akan dikuasai dorongan untuk membunuh
diri.
Terdapat
pelbagai langkah untuk mengatasi ancaman buli siber ini. Antaranya ialah membuat
kempen kesedaran buli siber. Ia perlu didedahkan kepada semua golongan
masyarakat terutamanya golongan pelajar sekolah untuk memberikan kesedaran
tentang impak angkara buli siber terhadap individu yang menjadi mangsa.
Selain
itu, peranan ibu bapa juga perlu dilakukan untuk membanteras gejala buli siber.
Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka sejak
kecil. Sikap bertolak ansur antara satu sama lain secara tidak langsung dapat
membina hubungan yang harmoni dengan masyarakat sekeliling. Jika diterapkan
dari awal, semestinya ia akan mengajar anak-anak mereka supaya dapat
menghormati orang lain disekeliling mereka. Ia sesuai dengan pepatah melayu
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Kesimpulannya,
perkara ini tidak boleh dipandang remeh walaupun ia tidak melibatkan fizikal
seseorang, namun ia boleh memberikan impak yang besar dalam emosi dan kehidupan
individu yang menjadi mangsa. Peranan ibu bapa perlu ditekankan untuk memantau
anak-anak mereka yang berjinak-jinak dengan dunia teknologi. Pemantauan tidak
hanya sekadar teknologi, namun ibu bapa juga perlu memantau rakan-rakan anak
mereka supaya sosial dalam kalangan anak mereka tidak menjadi lebih teruk dan
membawa impak yang negatif.
No comments:
Post a Comment