Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Musim 'Kawan MAKAN Kawan'

kindergartenlibrary | 6:09:00 AM | 11Comments |
Why ? Sebab kadang-kadang kawan yang rapat dengan kita , kamcengg nak mampus dengan kita tu laa yang buat hal . Kawan yang rapat tu laa yang mengutuk , menjaja cerita sana sini , mencari kesalahan kita tanpa kita sedar tentang dia ! 

Kan bagus kalau korang rasa korang tak suka dengan kawan korang tu , korang bagitau je . Bukan hanya berbisik dengan kawan yang lain . Itu salah !

Maaf , sekarang memang tengah musim istilah yang dipanggil KAWAN MAKAN KAWAN ! Ini Fakta bila ramai cerita kat Nelly pasal kawan mereka , bila ramai yang update status pasal kawan mereka . Kenapa ? Sebab mereka dah tak tahan dengan sikap kawan sendiri . 


Ke mana pergi , bersama .Belajar bersama , Makan di kantin bersama , Keluar mana-mana bersama ,Rahsia dikongsi bersama .

Tup . Tup . Kawan yang dipercayai 100% tu la yang membongkarkan segala rahsia . What the fish ?

Nelly memang syukur gila bila ada kawan yang tak macam tu . Kalau Nelly tak suka perangai dia , selamba badak je Nelly cakap :






Dan , kawan Nelly akan jawab :


Bunyi macam kasar tapi , kitorang boleh lagi gelak sesama even kekadang hati ni panass je ! Haha ! 

Nelly akui Nelly bukan jenis yang kawan terus dan terus kamcengg gila . Sebab tu kawan Nelly memang ciput tapi kami happy ! Nelly ada tahap dalam kenal kawan sendiri . . 

Kalau Nelly rasa dia tak ngam , Nelly tak laa baik sebaik dengan kawan-kawan yang lain . Lagi-lagi kalau tau dia penipu habis , hipokrit habis . Hello , nak berkawan tak payah nak buat muka-muka sangat . Orang macam ni la yang susah nak kawan baik sangat . Sebab ?

Depan cakap lain , belakang cakap lain . . Tu yang payahnya ! 


Nelly kawan dengan dia dari darjah 2 ! Sampai sekarang rapat . Dia dah macam akak Nelly sebab lahir awal even sebaya . =p

Gambar masa Form 5 . Nelly kawan dengan dia dari Form3 !

Dorang ni kalau tak ada kat dalam hidup , mati kutu sikit laa . Sebab tak de kawan nak pangkah-memangkah dengan ayat-ayat pedas .


Ini kawan Blogger Nelly pulak . Yang ni dah 2 tahun lebih dah kawan . Masih malu-malu kucing sikit . Hahaha



Yang ni pulak pakwe Nelly dari London . Ni kalau tak ada sama masa tidur , sakit pulak badan rasanya . Hahaha . Sebab tak ada kawan nak buat bantal . =p


Memang kawan Nelly sikit , tapi Nelly kenal mereka dan ada aku kisah ?

 K , thanks !

Sunday, October 21, 2012

Apa jadi jika pelajar dibenarkan bawa telefon ke sekolah ?

kindergartenlibrary | 5:07:00 AM | 30Comments |

Semestinya , Nelly sekeras-kerasnya BANTAH sekiranya pelajar dibenarkan bawa telefon ke sekolah ! Sebab ? Eh , mana aci tau ! Nelly dulu nak bawak pergi sekolah , kemain sorok even tak terkantoi ! Tup , tup boleh bawak ! Eh , tak aci , tak aci ~

Even telefon Nelly paling cikai pun , berharga untuk hantar mesej kau tau ! Hahahaha . Actually , bukan tu sebabnya . Banyak kesan yang negatif , bukan positif ok . Lain la kalau tau guna untuk kol mak bapak atas alasan malas pergi public . . *Boleh pakai kan alasan ni ? >.<*

Kesan negatif :

Situasi A : Guru mengajar kat depan . .

A (taip mesej) : Tayunk ngah wat pe tu ? Eish , musann laaa cikgu mengajar kat depan ni . Msej tayunk lg bgus kan ?
Guru : Ok A , sila selesaikan masalah matematik yang saya baru ajar tadi .
A : Huh ? Apa yang dia ajar tadi ?

A bangun dan tak tau apa-apa pasal pembelajaran tadi .

Situasi B : Gaduh

A : Eh , jumpa lu kat luar nanti . Kasi pukul lu . Wa panggil abang besaq wa !
B : Ok , set ! Jaga lu nanti !

A dan B dengan mudahnya tepon abang besaq dan semestinya terjadi pergaduhan besar-besaran selepas waktu sekolah . .

Situasi C : Memandangkan tepon semua canggih-canggih + sekolah ada wirelessssssss !

A : Ah , bosan laa kat dalam kelas yang tah pape ni. . (Online Facebook . .)
Guru : A , apa kamu buat tu ?
A : Online Facebook cikgu ! Maklum laa , wireless sekolah ni tengah laju . .

Cikgu nak marah pun tak boleh kalau pelajar dah dibenarkan bawak tepon . Rampas ? Boleh tak ya ?

Situasi D : Ponteng 

A di belakang bangunan . . Taip mesej kepada B yang berada kat dalam kelas .
A : Nnti tolong ambikkan beg aku . Senyap-senyap tau . Aku kat belakang bangunan ZZZZ ni .
B : Ok , set . Kau tunggu je . Nnti ada budak hntarkan kat kau .

Dan , bermulanya gejala ponteng yang semakin berleluasa . .

Situasi E : Curi

Hp dan barang canggih-canggih A telah hilang . Jadi , A menuduh B mencuri hp dia dan jadi masalah pulak pada cikgu untuk mensetelkan kehilangan hp bebudak-bebudak ni .




See ? Nampak ? Nampak ? Susah sikit nak cari kesan positifnya . .
Ada banyak lagi situasi tapi lu pikirr laa sendiri ! Hahaha . .
Aku dah kata jangan bawak tepon ! Jangan . Faham kan ? Hahaha .


Harap-harap tak dibenarkan ya sampai bila-bila bebudak-bebudak . Ada bantahan ke wey ??

Confirm ada yang tak setuju !

Tuesday, May 1, 2012

Inikah cara menegur yang baik ?

kindergartenlibrary | 5:11:00 AM | 73Comments |

Situasi : Bila orang upload dorang punya COVER dekat Youtube :
  • Woi , suara tak sedap ! Macam Harem !
  • Dari kau sibuk-sibuk nak melalak , apa kata kau tolong mak kau kat dapur cuci pinggan ?
  • Eish , muka dahlah tak hensem , suara pulak tak sedap . Ada hati nak upload kat youtube ! Padamlah wey !
  • Alahai dik , asal suara macam katak panggil hujan ?
  • Eh , ni nyanyi ke berpidato ? Kelakarlah doe !
  • Wah , pakaian kemain seksi ! Fb ada ? Nom tepon ada ?
  • Dik , apa ni ? Muka dah lawa , suara mengalahkan bunyi kuda ..


Dan bla . . bla . . bla . . . Korang masa mengomen kat situ , tak ada rasa sakit hati ke ? Cuba korang pula yang upload dan kitorang semua cakap macam tu ? Mesti 360saat/km kau cari sapa yang tulis perkara buruk-buruk tu kan ? 

Situasi : Bila orang tak tutup aurat dan berpelukan upload kat Facebook dan Twitter :
  • Dik , comelnya . Rambut pun dah lawa dah tu . Geram tengok .
  • Alahai , sweetnya korang peluk-peluk !
  • Cantik badan . Nom telefon ada ?
  • La , kau peluk-peluk je ke ? Lagilah ! Baru best .
Dan bla . bla . bla . Korang tak rasa apa-apa ke ? Pada mereka yang ceramah bagai nak 'rak' tu , memang tak dinafikan itu satu perkara yang bagus tapi tak perlulah melampau-lampau sangat dengan ayat sindir-sindir bagai . Tapi , pada mereka yang bagi sokongan semua tu apa kes ? Menggalakkan ??


Situasi : Bila berita buang bayi :
  • Apa ni ? Mak bapak tak ajar agama ke apa ?
  • Huh ! Tak malu punya budak ! 
  • Tak ada perikemanusiaan betul ! Bodoh !
  • Ha , patut pun ! Perempuan pakai seksi nak mampus . Sampai seksa mata aku !
  • Pakai tudung pun belum tentu baik ! (Bab ni Nelly bengang betul ! Habis semua yang pakai tudung kena sekali ! Jangan nak samakan ya !)



   

Dan bla . bla . bla . Eceh , kalau bab mengomen yang pedas-pedas , korang memang nombor 1 !
Jom patah balik , siapa pula 'gelaran' yang mengomen menggalakkan semua tu ? Adakah korang ? Atau orang lain ? Nelly nak menaip entri lebih-lebih pun , takut nanti pandai cakap je ! Tapi 240darjah , Nelly ambil dari pelbagai sudut sama ada negatif atau positif dan apa yang Nelly tulis semua ni adalah apa yang Nelly pernah baca .

Untuk tulis entri macam ini , mesti ada yang nak hentam Nelly 180kali kan ? Dari asyik fikir sudut yang negatif memanjang , apa kata korang fikir yang positif untuk jangka masa panjang ? Sebelum memberi sebarang komen , TOLONGlah letak diri korang kat situasi tu . Rasa pula sakit tak hati korang kalau korang yang dapat ayat tu ?

(Fikir sebelum komen)

Ya , korang akan kata :

A: Kalau tak tegur macam tu , mana dia nak sedar beb ? 

B: Banyak caranya beb ! Tegur dengan baik . Mana tau satu hari nanti dia berubah . Kalau kasar-kasar , ada ke yang nak ikut ? Kau pun belum tentu nak buat kalau aku suruh kasar-kasar  + sinis + minisan + pedas 100x cili nak masak sambal ! Hehehe

Korang rasa nak BANGKANG , sila BANGKANG ! Kalau rasa nak SOKONG , sila SOKONG !




Sekian , tq ! Like if suka .. 

Monday, March 26, 2012

Tingkatan 6 pilihan UTAMA !

kindergartenlibrary | 5:39:00 AM | 25Comments |
Adik-adik comel yang baru lepas SPM tu bolehlah baca apa yang akak Nelly nak terangkan mengenai Tingkatan 6 ! Ramai yang dah tanya Nelly . So , Nelly buat entri berkaitan Tingkatan 6 !

Tingkatan 6 ni salah satu cara paling mudah nak masuk U dan terus dapatkan ijazah . Ia juga mengambil masa selama 1 tahun setengah . So , kena study gila-II jugalah !

Tingkatan 6 tak boleh hanya berharap pada kawan-II saja , kena banyak bertanya dari sekolah lain . =)
So , itu gunanya Facebook ya . Hehehehe . .

Mata pelajaran yang Nelly ambil Sejarah , Pengajian Am , Bahasa Melayu , Pengajian Perniagaan dan Muet . Pengajian Am WAJIB LULUS ! Kalau GAGAL , tak ke mana ya !
Actually , nak kata payah , agaklah . Tapi , kenalah rajin . Jangan malas macam saya ! Haha . . Study last minit !

Apa yang Nelly tau , nak masuk tingkatan 6 ini kena dapat 4 kredit termasuk lulus Bahasa Melayu . Pilihan ada di tangan korang sendiri . Korang boleh pilih untuk masuk Matrik (Bagi aliran mereka yang terpilih sahaja) , tingkatan 6 atau Universiti bertaraf Diploma ... Tingkatan 6 juga dikira standard Diploma juga ..

Cuma , tingkatan 6 ini berada disekolah ! So , kena pakai baju sekolah balik . Ala , buat tak tau je ! haha ..
Untuk tingkatan 6 bawah akan datang akan mengikut semester . So , pointer korang kena selalu 'up' !!
Ala , kira ok la tu . Belajar , exam dan belajar baru pulak . Tak macam Nelly dulu ! Belajar gila-gila . Hafal semua untuk 1 exam yang tentukan O.K atau K.O ! Sekali exam besar sampai , semua nak keluarkan ! Haish ! Pening ooo masa tu .

 

Fakta Tingkatan 6 !

Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil untuk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.

Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.

So ? Dah faham ? Semoga buat pilihan yang tepat ! ^_^
Tak faham boleh tanya Nelly di Facebook !


Memang form 6 susah , tak nafikan tapi banyak manfaatnya ! Kalau dapat , apa salahnya pergi . Tak rugi . Nanti masuk ijazah , benda yang sama juga korang belajar masa kat form6 . . Chill ^_^

Saturday, January 7, 2012

Buang semua gambar yang FULL dari akaun laman sosial !

kindergartenlibrary | 5:06:00 AM | 45Comments |
Salam semua ! Ini peringatan untuk semua perempuan . .
Nelly dapat info ni masa mak Nelly tunjuk dekat Nelly . Tak sangka makin gila orang sekarang ~


Pada perempuan yang Nelly sayangi , tolong delete gambar full korang !
I mean , gambar dari atas sampai bawah . .  Sebab ? 


Gambar korang akan diedit menjadi BOGEL walaupun menutup aurat !


Contoh : 

Hati-Hati Wanita Gambar Anda Mungkin Dibogelkan

Bagi yang berbaju putih , amatlah senang untuk diedit ! Biasalah , zaman IT sekarang , orang salah guna teknologi yang ada . . Nelly pun dah tak berani nak letak gambar yang full dalam Facebook . .  Tak nak jadi mangsa 'orang gila'. . .


Walaupun PALSU , tapi , pastinya MEMALUKAN !


Cara untuk elak gambar anda kena edit dan bogel
Senang jer, korang jangan pakai baju warna putih sebab baju putih ni akan memudahkan gambar anda diedit dan dibogelkan.

Kredit : Sini

Pesan Nelly : Apa pun warna baju korang , padamlah sementara sempat . . 
Orang zaman sekarang banyak yang gila dari waras . Nampak je normal , dalamannya dah tak betul ~

Wednesday, June 1, 2011

Ini nak cakap kes apa ni ? Bodoh ke bangang ?

kindergartenlibrary | 6:05:00 AM | 104Comments |
السلام عليكم

Ish , geram ! !
Nelly tahu Nelly insan tak minat tengok berita tapi disebabkan Nelly ini tertengok berita masa adik Nelly buka tadi , satu berita yang buat Nelly bengang !

Kenapa ?
Ada patut seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dicampak dari apartment yang dipercayai dari Tingkat 5 .
Sadis + Sedih + Geram . .
Sesuka hati dia saja nak campak-campak . .

Rasa macam nak cakap dia ini bodoh gila . Bukan bodoh lagi dah .
Macam-macam perkataan nak keluar . Ha , kan dah emo . . .
Siapa yang tak emo kan , binatang pun tak sanggup nak buang anak dorang . . .

Kenapa manusia makin kejam , kejam dan kejam !
Tahulah dunia dah akhir zaman , agak-agaklah sikit . . .
Ish , macam-macam kes .
Tapi , kes ini Nelly betul-betul terkilan . . . Manusia tu yang dicampak-campak !

Terasa sayu + emosi jadi tak stabil dah ni ~

Korang , apa korang rasa ? 
Nelly dah tak boleh nak cakap dah ni ~

Thursday, April 7, 2011

Lain tubuh , lain perangai !

kindergartenlibrary | 5:58:00 AM | 72Comments |
 السلام عليكم


Korang di kategori mana ? Melalui tubuh juga , seseorang mampu untuk dikenal pasti . .

Kategori Ectomorph
Individu-induvidu kategori ini dikenali pasti mempunyai saiz tubuh yang kurus dan kecil . Mereka dalam kategori ini lebih suka membuat kerja sendiri , ada pula yang gemar mengasingkan diri , mendiamkan diri , berfikir serta cenderung kepada sikap introvert , iaitu tidak terlalu gemar bersosial dan bercampur dengan orang ramai .

Kategori Mesomorph
Individu-individu dalam kategori ini dikenal pasti mempunyai saiz tubuh sasa dan berotot serta tegap . Mereka dalam kategori ini lebih tegas dan jelas dalam tindakan .

Kategori Endormoph
Individu-induvidu dalam kategori ini dikenal pasti mempunyai saiz tubuh gempal dan berisi . Mereka dalam kategori ini gemar bercampur-gaul , kecenderungan perasaan yang tinggi dan mudah didekati .

Terima kasih dekat buku bertajuk Magnet Cinta !
Nelly pinjam dekat perpustakaan ~

Wednesday, February 2, 2011

Kenapa Malaysia internet lembap ?

kindergartenlibrary | 10:32:00 PM | 39Comments |
السلام عليكم


Korang tahu kenapa ?
Korang tengok bawah ini Malaysia yang keberapa :


Lembap kan ? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...