Sunday, February 5, 2012

Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta

kindergartenlibrary | 9:51:00 PM | 22Comments |
Salam semua ! Nelly telah di invite oleh Tuan punya contest ini . Jarang Nelly nak masuk contest kan ?
Pertama dalam tahun 2012 !

Nelly dah tak aktif ! Memandangkan contest ini boleh pilih Sahabat atau Cinta . Jadi , Nelly pilih SAHABAT sebab mereka orang yang terpenting pada Nelly . ^__^
Terlalu ramai nak masukkan sebagai sahabat Nely , tapi Nelly ambil mana yang rapat dengan Nelly . . 
Yang lain ? Still my friends !

Tekan banner 

1. Cari satu gambar yg bersesuaian menggambarkan quote yg anda buat.

Sahabat itu umpama bintang . Kita takkan nampak mana sinarnya , tapi kita tahu mereka bersama kita .
Siapa pun mereka , mereka akan sentiasa bersinar dan sentiasa bermakna dalam hidup seseorang .


2. Kenapa anda pilih Quote tu ?


Nelly reka ayat ni sebab bagi Nelly semua orang adalah bintang baru yang ada sinar atau kelebihan tersendiri . Ayatnya mungkin simple . Tapi , maknanya sangat banyak . 'Bintang' yang Nelly maksudkan adalah kawan baik Nelly . 'Bintang' ni juga mungkin takkan bermakna dalam hidup sesiapa , tapi bermakna dalam hidup Nelly . 

3. Utk siapa Quote tu ditujukan?

Semestinya untuk mereka yang bergelar sahabat Nelly . Untuk pengetahuan tuan punya contest , ada yang kami tak pernah jumpa . Nelly baru jumpa sorang . Mereka adalah kawan dari alam maya . Kami semua adalah blogger . Tapi , tak mustahil kan boleh menjadi kawan baik ? Di sini , dah terbukti , kalau dah namanya kawan , jauh mana pun tetap kawan !

Mereka yang selalu menemani Nelly . Mereka yang selalu mendengar kisah hidup Nelly sama ada pahit dan manis . Mereka pendengar setia Nelly . Mereka kawan gelak , kawan sedih , kawan nangis , kawan sama-sama memberi semangat . Nelly sayang dorang !

4. Apa pandangan anda tentang Cinta Sejati atau Sahabat Sejati (ikut tema yg anda pilih.)

Nelly tak pandai nak berbicara mengenai sahabat . Tapi , apa yang Nelly tau sahabat sejati itu adalah mereka yang menghargai sahabat mereka . Jarak yang jauh bukan pemisah pada kami ~


Sahabat juga sentiasa ingat tentang diri kita di saat tak ada siapa yang mengingati diri kita ~
Di saat kita sedih , mereka tak akan bertanya kenapa kita sedih , tetapi akan cuba buat kita tersenyum . .

Nelly janji , apa pun berlaku , apabila mereka memerlukan seseorang , Nelly sentiasa berada bersama mereka sama macam Nelly perlukan mereka sewaktu memerlukan seseorang . . 


Siap ! Nelly pula yang rasa nak nangis buat entri ni !
Menang atau kalah , mereka tetap berada di entri ini dan seterusnya ^_^



Saturday, February 4, 2012

Blogger tidak akan berjaya jadi penulis sekiranya tidak menjadi pembaca terlebih dahulu !

kindergartenlibrary | 4:20:00 AM | 59Comments |
Assalamualaikum semua ! Nelly nak update ni ! Boleh kan ? kan ? kan ? hehe

Tajuk Nelly : Blogger tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya tidak menjadi pembaca terlebih dahulu . .
Ia diadaptasi oleh Nelly pada kata-kata hikmah yang Nelly terjumpa :

"Anda tidak akan berjaya jadi penulis sekiranya tidak menjadi pembaca terlebih dahulu ."

Kenapa Nelly menukarkan perkataan "ANDA" itu kepada "BLOGGER"?
Sebab blogger banyak memainkan peranan sebagai penulis blog . Blogger juga mampu menjadi penulis terkenal melalui penulisan blog . .

Sebagai blogger juga , tak semua yang kita tulis akan diterima oleh orang lain yang menjadi pembaca blog kita . Ada masa mereka membantah , ada masa mereka menerima . Begitu juga dengan penulis buku , cerpen dan novel .

Tapi , sebagai blogger yang ingin memberi ilmu pengetahuan secara tak langsung , melalui pembacaan itu sangat PENTING ! Nelly ulang lagi sekali "PENTING !"



Kenapa penting ?
Semua yang kita nak buat memerlukan ilmu pengetahuan . Andai kata pembaca bertanyakan soalan yang agak sukar dijawab oleh orang lain , semestinya blogger yang menulis entri itu perlu MENJAWAB persoalan yang ditimbulkan oleh pembaca .

Orang yang membaca itu BUKAN kategori NERD !
Orang akan kata orang yang membaca buku itu kategori Nerd atau secara ringkasnya SKEMA !
Dorang bukan nerd macam korang fikir . 

Apa itu SKEMA ?

Skema itu bukan orang macam BETTY yang pakai cermin mata besar ,dan pendakap gigi , pakaian yang agak kemas sangat-sangat , gelabah apabila bercakap dan memegang buku sepanjang hari !


Kalau korang rasa mereka yang membaca itu  Nerd , korang SILAP !
So blogger , tak payah nak malu sangatlah bila baca buku tu ~

P/s : Nelly pun pernah dikategorikan SKEMA ! Chill beb !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...