Blogger ? Famous ? Siapa kata korang jadi BLOGGER tak boleh FAMOUS ?
OF COURSE BOLEH !
Tapi , bukan dengan entri korang yang banyak merepek campur tersepit orang nak baca !UPDATE ENTRI TAK MENJANJIKAN FAMOUS !
Apa STATEMENT tak guna kau bagi ni , Nelly !
Maksud Nelly , update entri yang merepek , merapu , meraban sampai mat rempit baca pun gelakkan korang gila-gila sebab bodoh gila tulis entri !
Eh ? Bodoh macam mana ?
- Tulisan kecik sampai nak baca pun kena fikir berjuta kali !
- Blogger tak tau menghargai pembaca ! What der ? Apa korang buat ni ? Fikir , fikir !
DENGKI PADA BLOGGER YANG FAMOUS AMOS TAK MENJANJIKAN KORANG MAMPU CARI POPULARITI TAPI PUBLISITI MURAHAN !
What ? Bukan ke kalau kita dengki , kita buat entri kutuk habis blogger tu , kita akan popular ?
Nelly , janganlah jadi bodoh . Buat entri baik-baik , belum tentu orang baca !
Eh , fikir rasional sikit ! Korang akan di kenali , tapi bukanlah dari sudut positif , tapi NEGATIF ! Apa ni ?
Kita bukan nak cari publisiti murahan yang kalau jual pun tak laku + tak ada nilai !
SAYA SUDAH UPDATE ENTRI SETIAP HARI , TAPI TAK ADA SATU PUN YANG KENAL SAYA !
Fuyoo ! Statement ni banyak makan dalam dan satu STATEMENT PALING NELLY TAK SUKA !
Kenapa ? Semua orang bermula dari bawah ! Bukan senang-senang nak naikkan nama yang korang reka , yang comel , nama yang hensem tu ! Kita dikenali bukan sebab ENTRI sahaja , tapi KUALITI entri kita untuk pembaca ...
Tapi ingat , kalau kita ikhlas menjadi seorang blogger , mesti akan ada jalan yang mudah untuk kita laluinya . .
Tak perlu kejar populariti , tapi kejar manfaat yang orang akan dapat dengan jejak blog korang dan akan ingat korang sampai bila-bila !