Tuesday, July 30, 2013

Keluar dari tahfiz : Sebak !

Elvy Nellysha | 6:40:00 AM | 8Comments |

Hari ini , 29.7.2013 dengan rasminya Nelly sudah keluar dari tahfiz . Nelly keluar awal sebab dapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah dalam course Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian . Berat rasanya nak tinggalkan adik-adik yang Nelly sayang . Masa ambik barang , tak tertahan tengok muka mereka yang Nelly kenal dalam 7 bulan .

Masa salam , peluk , terasa berat sangat ! Dan dengan tak sedar , airmata ni menitik juga setelah tahan untuk jangka masa yang lama ! Huwaa ! Nelly rindu dorang . Bila dah pisah macam ni , rasa rindu dan tak nak tinggalkan dorang . . Tapi , atas sebab tertentu , Nelly kena keluar . . 

Paling sedih , bila tengok balik video yang Naja , Anis , Zakiah dan Aini buat . Bila tengok , terus nangis . Naja nangis ! Yup , dia nangis dan Nelly pun nangis . Sebak nak tinggalkan dia . Tapi , Nelly memang akan tengok dorang kalau ada masa . 

Lama juga kat tahfiz sebab nak ambil barang dan tup tup ! Buat biodata . Hampir 10 buku . Lenguh tangan . Masa nak tulis pun , rasa macam lemah tapi kuatkan jugakkk . . . Banyak kenangan kat sana . . Banyak sangat sampai tak terkata even dalam tempoh 7 bulan ! 7 bulan je ! Tapi , rasa macam dah 7 tahun !

Sedar tak sedar , menangis juga la nak tinggalkan tahfiz . . =(
I will miss u all , my dear ! <3






Gambar ramai-ramai tak boleh letak atas sebab tertentu . . huhu . . .

With my mum n ustazah Ain ! =)

SEMOGA MEREKA SEMUA MENJADI HAFIZAH 1 HARI NANTI . AMIN !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...