Sunday, June 4, 2017

Pemilihan tempat praktikal

Elvy Nellysha | 7:24:00 PM | 0Comments |
Assalamualaikum,

Macam yang kita tahu, tempat praktikal ni memang setiap student akan mencari tempat latihan industri atau tempat praktikal. Dari awal sebelum semester untuk praktikal lagi memang kita akan cari tempat praktikal. Tetapi, pernah tak korang emel company tersebut tapi satu pun tak ada yang balas? Hantar kemain beratus-ratus, satu pun tak ada yang balas. Yes, Nelly pernah. Hampeh sampai rasa stress nak cari tempat praktikal. So, bertabahla semua hantar email sampai ada yang balas. Rajin-rajin google tempat yang amik student untuk intern.

Nak dijadikan cerita, memang student akan cari yang ada elaun untuk support sepanjang praktikal nanti. Yelah, kena bayar rumah sewa, minyak kereta/public transport, duit makan, duit tol dan lain-lain duit la nak guna. So, Nelly dulu pun cari juga tempat yang ada elaun yang banyak. RM 500++.. Haaaa, Masa Siap tanya, "Ada faedah tak yang saya dapat? Contoh mcm elaun ke?" Nelly tak pandai nak buat kias-kias, aku tanya direct je la. hahaha...! Biasanya company yang okay, dia jawab laaa "Ada". Yang jenis tak nak jawab, kau redha je laa jawapan dia.

Nak cerita sikit pengalaman Nelly, Nelly pernah dapat tempat praktikal elaun RM 500. Mula-mula dapat di Shah Alam (Nama company rahsia) tapi atas sebab faktor kesihatan sebelum masuk sana, Nelly berpindah ke satu company ni (Rahsia juga). Sebulan je Nelly bertahan dekat situ. Sebab apa? Sebab Nelly rasa boleh mental juga kalau duduk lama lagi. Yela, Nelly praktikal 6 bulan. Then, lama-lama Nelly baru sedar. Carik la tempat praktikal yang korng boleh selesa. Kalau tak dapat elaun pun tak apa, as long as korang seronok untuk praktikal kat sana. Kita praktikal dalam masa nak belajar dalam masa yang sama kita nak rasa suasana kerja. Tapi, kalau kau asyik nak mental je, better kau angkat kaki je la. Nelly start rasa tak seronok, bila Nelly rasa asyik nak MC je, nak pergi kerja pun malas, masa rasa terlalu lama dan macam-macam la. Hari-hari dok doa, kalau la boleh keluar dari situ.

Maybe Allah dengar apa yang Nelly rasa, akhirnya Nelly dapat praktikal di sekolah. Seronok sebab kita boleh buat kerja kita. Tak ada orang nak kacau. Even tak dapat elaun pun it's okay. Yang penting, kita happy ke tak nak buat kerja? Seronok tak nak pergi kerja? Tepuk dada, tanya sendiri. Semua bergantung pada kita.

Nelly tak kata semua company tak okay, semua okay. Maybe nasib Nelly je yang tak baik cari tempat praktikal. Kalau boleh, cari la yang ada kena mengena dengan kos korang, sebab report nanti mesti nak yang berkaitan apa yang korang belajar. Macam mana korang nak aplikasi pengetahuan korang kat tempat korang praktikal.


Soal report praktikal pula, ambil la tahu tentang company tu, organisasi, visi, misi, SWOT, TOWS dan apa-apa yang berkaitan. Takkan masuk-masuk terus buat-buat blur je kan? Rajin-rajinkanlah diri untuk bertanya dengan supervisor IPTA/IPTS masing-masing tentang laporan korang tu. Takut lain supervisor korang nak, lain yang korang buat. Nak grad takk? Kalau nak, buat betul-betul.. Hahaha!

Sekarang Nelly masih sedang praktikal. Alhamdulillah, di tempat kedua ni, Nelly belajar banyak benda. Photoshop, computer parts, dan lain-lain la. Yang penting, rajin-rajin laaa godek-godek apa yang korang boleh masukkan dalam report korang.

Akhir kata, selamat berpraktikal semua! Semoga menjadi insan berjaya nanti! Jangan lupa doa banyak-banyak yang korang selesa kat tempat praktikal nanti. Love you!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...