Friday, December 28, 2012

Cerita masa kecikkk kenenott ~

kindergartenlibrary | 8:07:00 PM | 26Comments |

Kisah masa kecikkkk kenenott . Tak laaa kenenott sangat masa tu . Hahahaha . . 


KASUT

Tau tak , masa mengemas satu beg , tiba-tiba ada nampak 1 plastik besar penuh dengan kasut ! Kasut ! ! Kasut sapa ? Kasut nelly masa kecikk ! Kemain kembanggg ati ni . hahahaha . . so , dengan bangganya wa amek kamera dan susun kasut dari yang tecikk sampai besauu sikitt ! Haha . .

Mak Nelly kata kasut merah ni kasut pertama Nelly pakai . Kecikk cenenottt !













Dah macam bole jual kat pasar . Hahaha

Gambar masa pakai salah 1 kasut di atas . Hehehe


PERMAINAN MASA KECIK

Getah

"Nah , duit ni nanti buat belanja ."
Tapi , malang sungguh bila duit tu Nelly buat beli getah masa pergi sekolah agama . Haha . Maklumlaaa , getah 20sen da dapat banyak gila . Masa ustazah tak masuk , semua yang tukang-tukang nak main sama , tolong cantumkan getah-getah tu . Tu yang dapat JAID je masa exam ! Fikir nak main je ! >.<'

Longkang

Tak cukup tu , main kat longkang pulak . Banyak laa mamat dan minah longkang dok melompat-lompat lawan sapa paling terer ~ =p

Gasing

Saat main gasing laa , the best ! Setiap kali balik sekolah rendah , mesti singgah kedai beli gasing bawak pi sekolah agama . Rehat je , lawan gasing . Yang bagus sangat , main gasing dengan budak-budak lelaki . Sapa menang , amek gasing orang yang dilawan tu . Nasib baik laa dulu main kira not bad gak laaa . Tu yang excited habis . Yang perempuan baik-baik pula bersidai tepi pagar . Hahaha . .

Polis entry , one two jaga . Polis mati , pencuri jaga 

Main kejar-kejar memang best la kan . Siap cop tempat lagi . Sampai berpeluh-peluh ! Haha . . Dari hujung pagar ke hujung pagar main kejar-kejar , main sorok-sorok . Syokk giloo . Dan yang bagusnya , aktiviti tu cuma main masa sekolah agama je ! Hahaha .

Sekolah rendah ? Ala , memandangkan banyak tiang , mainlaa tiang kat tengah-tengah laluan orang ramai-ramai . Kekadang sampai lupa nak makan masa rehat . =p

Tangkap belalang



Tangkap belalang ? Selalu sangat sebab padang yang kecik terasa luas dengan kitorang yang kecik-kecik masa tu . Cuma masa sekolah rendah je . 

Siap cabut kepak dia . Masukkan dia dalam bekas pensel dan letak daun dan bekas kecik isi air . Tapi , esoknya dia mati . Rupanya sebab tak ada udara ! Tapi , stop benda tu bila cikgu  sekolah rendah kata nak ambik dan goreng bagi kitorang makan ~

Congkak dan Ting-ting

Congkak ni jarang main kat sekolah . Main kat rumah sebab masa tu duduk kat rumah kampung . Selalu korek tanah dengan Najwa ! Kononnya , jiwa meneroka la . Nak tengok tv tu , jarang sangat melainkan cerita Dragon Ball , Sailormoon dan Doraemon !

Ting-ting pula , cuma main kat rumah je . Kawan Nelly , sapa lagi kalau bukan Najwa jugak . Sampai boringgg je main dengan dia sebab dia nak menang je . Hahahaha

Layang-layang

Disebabkan pandai sangat masa tu , segala kertas A4 kat rumah mesti sepah sebab Nelly dengan Najwa buat roket dan terbangkan kat luar . Walaupun ada yang tak terbang , kitorang buat lagi yang baru dan tak kutip pun yang banyak-banyak terbang kat luar sampai laa kena marah suruh kutip . =p

Guli

Masa sekolah agama , guli ni dorang buat main kat longkang atau buat bulatan dan jentikk ! Hahaha . . Tapi , Nelly tak main sangat sebab suka kumpul guli yang comel-comel . Cam apa jekk !!

Batu Seremban dan Lawan Pemadam

Batu seremban dan lawan pemadam popular masa ustazah tak masuk . -.-'
Hampir semua orang dalam kelas main permainan ni . Lawan pemadam pulak sampai ramai sangat beli pemadam sebab sapa menang , dapat pemadam pihak lawan . 

Agaknya kan , mesti jutawan orang yang jual pemadam masa tu sebab yang main lawan pemadam ni beli banyak-banyak . . >.<

Banyak sangat laaa main masa kecikk . Sampai dah tak tersenarai da nak tulis lagi . Ingat sikit-sikit je . . 
=P

PS PAKAI KASET

Ingat lagi tak game ni ? Ah , ni pun dah kira popular masa tu . =p

Sumber : Google

Ha , yang pic kat atas ni . Nak dijadikan cerita , dulu ini laa mainan feverettt Nelly masa kecikk . Agaknya sebab pandai kan . . Hahaha . Poyo jek . So , setiap kali balik sekolah , beg dah tercampak entah mana-mana , otak dah semestinya kat game dan baju yang tak sempadd nak buka semata-mata kejar game ni jek .

Dan , game ini disorokkan mak Nelly atas sebab Nelly lupa huruf-huruf dalam Iqra' tu . Ceyt ! Senang punya pun tak lepas . Padan muka kan ~

Hahaha . Tapi , tak apa . Nelly pun main mainan lain sebab dulu mana ada dok ngadapp lappy dengan tenet kan . Tapi , Nelly jumpa balik game ni masa darjah 5 cam tu la dengan Najwa . Sabarrr je masa tu sebab mak Nelly sorokkan atas almari dalam plastik dan yang paling bagusnyaaa dah tak boleh pakai ! Haha

ALIF BA TA

Dulu , Nelly pergi mengaji rumah orang . Dengan bersungguh-sungguh , setiap kali balik sekolah agama , terus pergi rumah orang yang ajar mengaji . Amek Muqaddam , duduk sebelah dia dengan kawan-kawan lain dan baca . Tapi , orang yang ajar ngaji tu cuma tengok gitu-gitu je . 

Hari-hari mak Nelly tanya "Hari ni ngaji apa ?"
Nelly jawab "Alif Ba Ta ."

Bulan-bulan seterusnya , itu laa jugak yang Nelly jawab . Hahahaha ! Last-last mak Nelly berhentikan dan mengaji dengan mak Nelly sampai Qur'an . Senang cite , dari Iqra' sampai laa Qur'an last-lastnya dengan mak Nelly jugak leee . . . . .


Gambar Nelly masa kecikk :



Nelly masa kecikk . . .







Pic dengan Najwa ! =)

Mengupdate panjang lebarr sebab lama pulak rasa tak update ! Haha !

Tuesday, December 25, 2012

Pemenang : Blogger bertuah by Nelly The Strange dan Nabila Medan ?

kindergartenlibrary | 4:24:00 AM | 11Comments |
Ok , set ! Tamat sudah segmen ini . Ni masa yang sesuai untuk Nelly umumkan pemenang untuk Segmen Blogger Bertuah By Nelly dan Nabila . Alhamdulillah , semua berjalan dengan lancar . Dan , yang paling penting , pemilihan semua ini berdasarkan random ok . 

Ini adalah senarai nama pemenang :


Tahniah Nelly ucapkan pada yang menang dan merupakan blogger bertuah bagi hadiah kami yang tak seberapa . Hehehe . . 

Untuk pemenang bagi blogger bertuah bagi pihak Nelly , pemenang dapat hadiah ini :




Bagi pihak Nabila , insyaAllah dia akan bagitau jugak apa yang pemenang dia menang . Hehehe . . .

Sila hantarkan nama , alamat , link yang korang menang dan nombor telefon di emel Nelly yang tersenarai di atas bagi pemenang hadiah Nelly ya dan bagi pemenang nabila pula , sila bagi maklumat tersebut kepada emel Nabila yang telah diberi pula ya .

Bagi yang tak menang , inysaAllah cuba pada GA yang lain pula ya ! Chill ! ^_^

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Nelly : Adik kecik Nelly yang TERSAYANG !

kindergartenlibrary | 1:52:00 AM | 10Comments |
Ini semua gambar Muhammad Haziq !













Gambar Haziq masa baby . Haha . . Baru perasan yang dia TEMBAMMMMM ! ! 






Masa Haziq besar sikit . .


Now punya pic ! Hahaha . Kuruss je . .  =)

Nama : Muhammad Haziq Bin Bahaman

Tarikh lahir : 07.04.07

Hobi : Tengok Upin dan Ipin . .

Cita-cita : Ustaz dia kata . . 

Kerja Haziq yang terlebih lapang : Usik Aqil(abangnya) dan Nelly (akaknya)
sampai tak larat nak layan dan buat sepah dengan mainan dia ~


Done update !


Monday, December 3, 2012

Keputusan muktamad Nelly selepas STPM !

kindergartenlibrary | 3:58:00 AM | 14Comments |
Masa mula-mula sampai dah dengar dah budak-budak baca Quran . Nelly tengok tempatnya senyap je . Sesuai laa untuk budak-budak hafal Quran . . Tak silap itu untuk program cuti sekolah punya . Yang betul lebih kurang je laa kot . Tapi , dalam pukul 12-1 tengahari dorang akan tidur untuk kuatkan minda dorang . Katanya , sunnah Nabi . .

Ceritanya di sini . . . . . . . . .

Pada suatu hari . . . Mak Nelly kata . . .

"Aqil ni ibu nak masukkan tahfiz . Biar dia belajar kat sana . ."

Nelly terdiam . Tahfiz ? Er , bunyi macam best je . Nak jugak la . . Hati ni tetiba rasa nak sangat pergi even bab Islam ni kekadang je laa aku amalkan . . Kekadang sedar gak sembahyang kemain tak cukup . Tapi kat situ tu mana laa tau boleh disiplinkan diri aku ni . Lagi-II bab bangun pagi . . Memang liat sikit . =p

"Ibu , along rasa kan nak masuk tahfiz jugak la . Yela , keputusan STPM pun lama . Kalau dapat tawaran pun hampir setahun gak . Fikir-fikir , tak nak la keje . Malas ."

Memang pemalas pun bab kerja . Sebab tak pernah kerja pun dan jiwa aku bukan jiwa nak pergi kerja pun macam kawan-kawan yang lain ~

"Along nak juga ke ? Boleh jugak . Nanti ibu carikkan tempat untuk tahfiz perempuan ."

Carik punya carik , hmm . Terjumpa laa kat Perak . Aqil pulak nak dihantar ke Sungai Besar , Selangor .
Fine . Terima je laa ~

Tapi , tetiba tak lama tu mak Nelly kata ada tempat lain kat area Selangor juga . Nama tempatnya Maahad Tahfiz At-Taqwa . Mak Nelly dah tanya untuk perempuan punya . Ahh , belasah je laa . Janji boleh habiskan masa dekat sana setahun pun jadi la . .

Dan , ustaz kat tempat tahfiz tu temuduga Nelly tadi . Nelly bawak laa barang pape yang patut . . Alhamdulillah , Nelly dapat jawab even berterabur jawab soalan dia . Bukan tak tau , gelabahlaa katakan atau terlebih excited ni ? Tak tau , tak tau ~

1.1.2013 ni Nelly akan mula masuk dan habiskan masa dekat sana . Handphone tak boleh bawak . Memula tu terasa gak berat ati . Yela , mana pernah lekang dengan tepon . Dan hanya keluar sebulan sekali . Tapi , fikir balik . Nak tuntut ilmu Allah ni kenala terima dan berkorban sikitttt ~

Even tak pasti boleh hafal ke tak . Kena gak yakin boleh . Nelly nak cuba sesuatu yang baru . Penampilan yang baru . Kenapa ?? Sebab Nelly memang suka tengok orang pakai jubah . Nak juga pakai , tapi tu la .

Terasa 'boleh ke aku ni ? Ya2 je lebih .' Dan , akhirnya membatalkan niat . .

Masa ustaz tu tengok keputusan aku PSRA , JAID je woi ! Senyum je la bila ustaz tu cakap "70%" then ustaz tu angguk-angguk . . Yela , mana laa Nelly tau masa pergi sekolah agama tu kena belajar sungguh-sungguh gak . . Ingatkan masa tu kelas tambahan je . hahaha . .

Dan , bila dia dah kata 1.1.2013 dah kena datang , terasa happynya tak boleh nak kata . Terasa nak buat sujud syukur laaa kat situ ! Hahahahaha ! Tapi , muka kena cover la dan banyak la soklan aku apa benda boleh bawak dan tak bawak . . Bila ustaz tu kata bab jubah , kemain kembanggg hati aku ni .

'Jubah ? Wah , apalah rupa aku kalau pakai jubah kann . .' Dalam hati dah berkata-kata . .

Bila ustaz tu kata "Nanti pakai tudung labuh sikit ." Nelly angguk-angguk je even tudung sebelum ni tak laa selabuh mana pun . .

Dalam hati dah kata 'Bestnya ! Tak sabar nak tengok rupa baru aku nanti . .'

Dan , saat paling Nelly suka , bila ustaz tu kata "Nanti jubah beli jubah warna hitam dan merah hati . ."

Dalam hati 'merah hati ? Lebih kurang warna feveret aku . Ah , ngam sangat laaa dengan aku yang memang suka kaler-II macam tu . .'

Nelly dah bagitau mak Nelly , nak sediakan stok jajan banyak-banyak cukup sebulan punya . Bulan seterusnya tunggu mak Nelly datang lagi bawak kuar ! Hahahaha . .


Orang pertama yang dapat berita Nelly diterima kat sana , sapa lagi kalau bukan Dila . . Pot pet pot pet laa dia dok tambah sikit ceramah dia . Katanya kalau dia dapat hidayah nanti , dia belajar laaa . Bila laa dia nak dapat hidayah ya ? Meh aku buat solah hajat bebanyak bagi dia masuk sama ! Hahahaha . . Ni kalau dia tau ni , membebel lagi laa dia . . =p

Nelly dah janji dengan dila nak amek result sesama . Ni kalau dia tak mek result sesama aku , aku pelangkungg dia . . =D

Selesai temuduga , Nelly pergi tempat tinggal perempuan punya . Sebab tempat lelaki dan perempuan asing-asing . . Aqil tempat lain , Nelly tempat lain . . Nelly tengok , ok je la . Janji ada tempat nak tidur sendiri . Hahahaha . . Bab basuh baju ke , apa ke , no problem sebab dah biasa pun buat kerja-kerja rumah . .
Masuk tahfiz dan baca/hafal mana yang sempat keputusan muktamad untuk masuk sana dengan segera ! :D

Semoga Aqil dapat Hafiz kat sana dengan jayanya ! =)

Najwa ? Dapat kerja kat Hospital . Tempat bagi orang makanan . Boleh laa dia makan sekali kat sana . Dan , tahniah . Sempat gak dia temuduga tadi dan dapat . . Isnin (10.12.2012) dah masuk . . Seronok laaa dia . .



Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)


4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedua : Ganjaran di akhirat


1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)


2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

 Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Sumber : :)


Nelly akan habis keputusan STPM 12.12.2012 . . Paper last Bahasa Melayu 1 . . Btw , lepas tu busy dan blog akan ditinggalkan . . Sedih ! Tapi , untuk masa depan gak . Ini je masa yang panjang yang Nelly ada buat masa ni . .

Btw , doakan Nelly boleh buat yang terbaik kat sana dan yang terbaik untuk STPM !


 Untuk contest punya , pemenang akan diumumkan pada 12.12.2012 !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...