Monday, December 3, 2012

Keputusan muktamad Nelly selepas STPM !

Elvy Nellysha | 3:58:00 AM | 14Comments |
Masa mula-mula sampai dah dengar dah budak-budak baca Quran . Nelly tengok tempatnya senyap je . Sesuai laa untuk budak-budak hafal Quran . . Tak silap itu untuk program cuti sekolah punya . Yang betul lebih kurang je laa kot . Tapi , dalam pukul 12-1 tengahari dorang akan tidur untuk kuatkan minda dorang . Katanya , sunnah Nabi . .

Ceritanya di sini . . . . . . . . .

Pada suatu hari . . . Mak Nelly kata . . .

"Aqil ni ibu nak masukkan tahfiz . Biar dia belajar kat sana . ."

Nelly terdiam . Tahfiz ? Er , bunyi macam best je . Nak jugak la . . Hati ni tetiba rasa nak sangat pergi even bab Islam ni kekadang je laa aku amalkan . . Kekadang sedar gak sembahyang kemain tak cukup . Tapi kat situ tu mana laa tau boleh disiplinkan diri aku ni . Lagi-II bab bangun pagi . . Memang liat sikit . =p

"Ibu , along rasa kan nak masuk tahfiz jugak la . Yela , keputusan STPM pun lama . Kalau dapat tawaran pun hampir setahun gak . Fikir-fikir , tak nak la keje . Malas ."

Memang pemalas pun bab kerja . Sebab tak pernah kerja pun dan jiwa aku bukan jiwa nak pergi kerja pun macam kawan-kawan yang lain ~

"Along nak juga ke ? Boleh jugak . Nanti ibu carikkan tempat untuk tahfiz perempuan ."

Carik punya carik , hmm . Terjumpa laa kat Perak . Aqil pulak nak dihantar ke Sungai Besar , Selangor .
Fine . Terima je laa ~

Tapi , tetiba tak lama tu mak Nelly kata ada tempat lain kat area Selangor juga . Nama tempatnya Maahad Tahfiz At-Taqwa . Mak Nelly dah tanya untuk perempuan punya . Ahh , belasah je laa . Janji boleh habiskan masa dekat sana setahun pun jadi la . .

Dan , ustaz kat tempat tahfiz tu temuduga Nelly tadi . Nelly bawak laa barang pape yang patut . . Alhamdulillah , Nelly dapat jawab even berterabur jawab soalan dia . Bukan tak tau , gelabahlaa katakan atau terlebih excited ni ? Tak tau , tak tau ~

1.1.2013 ni Nelly akan mula masuk dan habiskan masa dekat sana . Handphone tak boleh bawak . Memula tu terasa gak berat ati . Yela , mana pernah lekang dengan tepon . Dan hanya keluar sebulan sekali . Tapi , fikir balik . Nak tuntut ilmu Allah ni kenala terima dan berkorban sikitttt ~

Even tak pasti boleh hafal ke tak . Kena gak yakin boleh . Nelly nak cuba sesuatu yang baru . Penampilan yang baru . Kenapa ?? Sebab Nelly memang suka tengok orang pakai jubah . Nak juga pakai , tapi tu la .

Terasa 'boleh ke aku ni ? Ya2 je lebih .' Dan , akhirnya membatalkan niat . .

Masa ustaz tu tengok keputusan aku PSRA , JAID je woi ! Senyum je la bila ustaz tu cakap "70%" then ustaz tu angguk-angguk . . Yela , mana laa Nelly tau masa pergi sekolah agama tu kena belajar sungguh-sungguh gak . . Ingatkan masa tu kelas tambahan je . hahaha . .

Dan , bila dia dah kata 1.1.2013 dah kena datang , terasa happynya tak boleh nak kata . Terasa nak buat sujud syukur laaa kat situ ! Hahahahaha ! Tapi , muka kena cover la dan banyak la soklan aku apa benda boleh bawak dan tak bawak . . Bila ustaz tu kata bab jubah , kemain kembanggg hati aku ni .

'Jubah ? Wah , apalah rupa aku kalau pakai jubah kann . .' Dalam hati dah berkata-kata . .

Bila ustaz tu kata "Nanti pakai tudung labuh sikit ." Nelly angguk-angguk je even tudung sebelum ni tak laa selabuh mana pun . .

Dalam hati dah kata 'Bestnya ! Tak sabar nak tengok rupa baru aku nanti . .'

Dan , saat paling Nelly suka , bila ustaz tu kata "Nanti jubah beli jubah warna hitam dan merah hati . ."

Dalam hati 'merah hati ? Lebih kurang warna feveret aku . Ah , ngam sangat laaa dengan aku yang memang suka kaler-II macam tu . .'

Nelly dah bagitau mak Nelly , nak sediakan stok jajan banyak-banyak cukup sebulan punya . Bulan seterusnya tunggu mak Nelly datang lagi bawak kuar ! Hahahaha . .


Orang pertama yang dapat berita Nelly diterima kat sana , sapa lagi kalau bukan Dila . . Pot pet pot pet laa dia dok tambah sikit ceramah dia . Katanya kalau dia dapat hidayah nanti , dia belajar laaa . Bila laa dia nak dapat hidayah ya ? Meh aku buat solah hajat bebanyak bagi dia masuk sama ! Hahahaha . . Ni kalau dia tau ni , membebel lagi laa dia . . =p

Nelly dah janji dengan dila nak amek result sesama . Ni kalau dia tak mek result sesama aku , aku pelangkungg dia . . =D

Selesai temuduga , Nelly pergi tempat tinggal perempuan punya . Sebab tempat lelaki dan perempuan asing-asing . . Aqil tempat lain , Nelly tempat lain . . Nelly tengok , ok je la . Janji ada tempat nak tidur sendiri . Hahahaha . . Bab basuh baju ke , apa ke , no problem sebab dah biasa pun buat kerja-kerja rumah . .
Masuk tahfiz dan baca/hafal mana yang sempat keputusan muktamad untuk masuk sana dengan segera ! :D

Semoga Aqil dapat Hafiz kat sana dengan jayanya ! =)

Najwa ? Dapat kerja kat Hospital . Tempat bagi orang makanan . Boleh laa dia makan sekali kat sana . Dan , tahniah . Sempat gak dia temuduga tadi dan dapat . . Isnin (10.12.2012) dah masuk . . Seronok laaa dia . .



Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)


4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedua : Ganjaran di akhirat


1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)


2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

 Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Sumber : :)


Nelly akan habis keputusan STPM 12.12.2012 . . Paper last Bahasa Melayu 1 . . Btw , lepas tu busy dan blog akan ditinggalkan . . Sedih ! Tapi , untuk masa depan gak . Ini je masa yang panjang yang Nelly ada buat masa ni . .

Btw , doakan Nelly boleh buat yang terbaik kat sana dan yang terbaik untuk STPM !


 Untuk contest punya , pemenang akan diumumkan pada 12.12.2012 !


14 comments:

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

good luck dear untuk ape yang nak dilakukan.. ^^

Aishah Jahirah said...

bagus perancangan Nelly tu...moga segalanya berjalan lancar.gud luck utk next paper...:)

CHE ROSSLI said...

Bukan mudah Allah nak permudahan pilih jalan ke tahfiz. Nelly pilihan Allah tahniah. do the best

PENGIKUT ALQASSAM

Umie Naziera said...

waa Nelly,insyaAllah Allah prmudahlan jalannya..amin ;')

diana said...

bagus la nelly..
tambah ilmu lagi..
semoga berjaya ye..

shazika said...

wohaa...bagosnyer nelly..dpt jugak tmbh ilmu kan smentara xde wat pape lps skolah

MiSz fiFiEyQa said...

alhamdulillah...kagum dgn keputusan yg nelly amik..memang kadang2 p'hijrahan tu memerlukan pengorbanan..ye tak??

insyaallah nelly boleh.. ;))

btw gud luck jugak utk last paper exam..ingatkan dah habis exam..hihi

fiqkbe said...

wah, tahniah nelly sbb berani nk buat perubahan besar. semoga berjaya menjadi anak & isteri yang solehah pas kuar tahfiz tu nnt. fiq doakan nelly dpt result yang terbaik ;D

chemay said...

Allah buka hati nelly untuk berubah jadi lebih baik.
alhamdulillah.
chemay happy untuk nelly.
:)

kay_are said...

waahh.. perancangan yang lain daripada yang lain.. semoga dipermudahkan urusan nelly dekat sane nanti ye.. bagus2.. =)

cerita best said...

wahhhh comel nya heheheh

cerita best said...

wahhh comell nya nk kwan blh hahaha (gurau je )

cik nAdyYa ツ said...

tahfiz?? Bagusla tuu..
good luck tauu , buad yg terbaek :D

Ayie Abas said...

nelly boleh buat yg terbaik..insya Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...