Sunday, August 27, 2017

Pengalaman terakhir sebagai pelajar praktikal

Elvy Nellysha | 9:40:00 PM | 0Comments |
25 OGOS 2017: Tarikh keramat habis praktikal dengan jayanya di SMK RAJA MUDA MUSA


Pengalaman terakhir di SMK Raja Muda Musa sebagai pelajar praktikal. Kebetulan, sekolah ni tengah buat Sambutan Hari Kemerdekaan. So, kira kita merdeka sama pada hari yang sama. Masa ni la pergi berarak dengan cikgu-cikgu. Ofcourse la, kita carik mak kita nak ikut berarak sama sebab segan. Hahahaha! Poyo je la kan, sedangkan hati tu macam nak berarak sama tapi tu la, malu punya pasal. Dan, tak bawak kain batik. Maaf, dah spoilkan perarakan. Hahahaha!!



Btw, sambutan kat sekolah ni, sambut la apa pun, semuanya meriah. Dari awal tahun sampai akhir tahun, meriah jeee kalau sambut pape pun. Huhuhu..












Persembahan yang hebat dari pelajar SMK RAJA MUDA MUSA. Berbakat!!

Dalam pukul 10-10.30 macam tu, Nelly ke bilik yang ada orang buat makan-makan. So surprise sebab ada kek khas untuk kita. Touching pun ada. Sweet pun ada. Ada kek dari Unit ICT. Mak kita cakap ada kek dari pihak pentadbir tapi Nelly tak sempat nak tengok. Thanks! Kita terharu sangat. Dalam terharu, sedih juga. Sebab ni la sekolah kita dari Form1-Form6 sampai masuk UUM by STPM dan praktikal sekali kat sekolah. Kita bukan cikgu okayy, kita bahagian pengurusan sahaja. 

Kerja kita? Erm... Nelly buat blog surau, montaj, fail kat makmal. aset kat pejabat. Yang aset ni, satu sekolah kau tahu! Memang berjalan ke hulu hilir bawak kertas. Hukhuk~ Sangat bertabah siapkan benda ni. Hahaha~ Nak sangat kerja kan, sekali dapat kerja, dahsyat oo. hahaha

Cerita pasal montaj, pernah juga montaj tak jadi. Sedih masa tu, Sebab sound tak dengar kat dalam dewan. But, Kak Linda kata, Tak pe, Itu la pengalaman. Next kita buat lagi baik! Montaj next untuk sukan, untuk pengetua, rasa macam AWESOME! Ceh, terperasan sendiri tapi seronok bila tengok macam gempak pulak buat... Hahahaha!! Thanks Kak Linda!





With Cikgu Siti Khatijah Binti Sapan

Posing satu!

With cikgu yang ajar Bahasa Melayu masa Form 6 (Pn. Suhaida)

Cikgu yang ajar masa Form 3 (Pn. Norlela)

Ni la Kak Linda. Selalu jadi penasihat utama bab cinta, kerja yang selalu tak berapa nak jadi kita buat. Hahahahaha!!!


 Unit ICT (Pn. Siti Khatijah Sapan, Nelly, Pn, Nurhazlinda a.k.a Kak Linda, Pn. Suraini)

Adik-adik yang akan SPM tahun ni. GOODLUCK!

Khamis, 24 OGOS 2017:

Hadiah daripada Kak Lin

Staff di pejabat. Terima kasih semua


Sambutan hari Jumaat. So, hari Khamis ada majlis untuk Nelly juga dari pejabat. Dapat hadiah dari Kak Lin. So, sorang dapat 1 nasi ambeng. Memang banyak leee.. Kongsi dengan kak Linda sebab takut tak habis kalau makan sorang~~~ Nasi ambeng ni boleh makan 3-4 orang, bayangkan kitorang makan berdua. Tak tahu la makan ke melantak ni. =P

Hahahaha! Terima kasih ye! Terharu sangat kita. Kerja kita ni dah macam boleh jadi macam-macam. Kejap kat pejabat, kejap kat makmal. kejap jalan sana sini (Eh!) Huhuhu~



Nak tulis pun, rasa macam "Ni mesti banyakk ni nak tulis. Orang baca tak? Hehehe" Lantak lee... kalau baca balik, ni la memori kita sebagai budak praktikal. Kita syukur sangat sebab Allah letakkan kita kat tempat yang lebih baik dari tempat sebelumnya. Memang la sedih, tapi ada hikmah setiap yang berlaku. Tempat sebelum ni, stress, balik je sedih. Balik je rasa macam tak cukup masa. Tak happy la senang cerita, Hahaha. Tapi, bila slip disc dan dapat pindah ke sekolah, memori yang best j aku rasa dari tempat sebelumnya. Tak de la nak tertekan sangat. Ikut Kak Linda jeeee hari hari. Ada masa, sempat la siapkan laporan praktikal kita sikit-sikit.

Team Surau. Ada lagi dari team ICT. Tak sempat nak ambil gambar. 


Terima kasih kepada semua! 

Road to Konvo. In shaa Allah. Moga dipermudahkan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...