Monday, December 16, 2013

Grand Dinner UUM 2013 !

kindergartenlibrary | 1:59:00 AM | 26Comments |
NAMA BLOG SUDAH DITUKAR KEPADA ELVY NELLYSHA 
Harap maklum . .


Pakai kamera handphone je gambar atas ni . . Jangan batak okay Nelly oi ~
13.12.2013

Malam ni penuh dengan malam yang dikenali sebagai malam GRAND DINNER dekat Universiti Utara Malaysia a.k.a MALAM MELARAM bagi siswi di sini . Hahahaha . . Tema : Gold and Glamorous . .

Okay , yang penting sekali adalah bila tengok kawan-kawan sibuk ke pekan untuk beli baju semata-mata untuk malam tu . Sanggup ! Dan , Nelly pula ? Tolong teman je la . . Tapi , dalam teman tu , wa beli shawl ! 

Eceh , kemain kau Nelly . Dah pandai da belit-belit macam hantu pocong . >.<

Eh , teman ke shopping sama ni ?

Yang paling tak boleh bla adalah di mana hari yang nak pergi dinner ni , petang tu dah test-test nak pakai shawl gaya apa . Siap duduk depan lappy buka tutorial shawl , test-test shawl tu . The problem is , wa nak pakai shawl tu besauu ! Jadi , tak biasa la nak pakai besaubesau . .  Tubuh kecik + pendek . . Hehehe . 
Tak payah imagine ~

 Err , sejak bila dah pandai duduk depan youtube sambil test shawl ni ? >.<

Okay , ringkasan untuk malam tu, semua melaram kalah mak datin . Maklum la , buat dekat HOTEL EDC UUM la kan . Grand kauu ! Macam-macam pesta baju la ada kat situ dan ada cabutan bertuah . 

Malangnya , Nelly ni malam tu tak berapa nak bertuah . Jadi , nak rasa KEBERKATAN , Nelly pinjam hadiah buat amik gambar dari kawan-kawan yang dapat hadiah bertuah tuu !

Sila lihat mak datin yang berada di bawah-bawah ni . . Tak termasuk saya ! =D


Kami berdua suka makan kuih ni . Cedapp nyeewww !




 Ini antara mak datin yang dah siap nak pergi ! Okay , kami antara yang terlambat la dalam terlambat . Hahaha . . Maklum la , perempuan . 
Eceh , cover . >.<



 

Dengan roomate Nelly !

 
Nama dia ni RoZiana ! Nelly panggil Zana je . =)
Bahagia betul kembor tak sekandung ni . Hehehe . . Dorang berdua dari kiri ni dari Kelantan , roomate Nelly je dari Terengganu . =)

 Tengok ! Ni antara yang bertuah malam tu laaa . . Jadi , bergambar bersama mereka !! Amek berkat . Hahaha . .

 Nampak bear tu ? Disebabkan tak berapa nak bertuah , pinjam japp hadiah orang bertuah . Jelesnyeww ! HAHA . . ^__^



Masa nak balik sementara tunggu bas . Terlepas bas . Hahaha . . Datang lambat , balik pun lambat . Maklum la , perempuan . >.<

Cover lagi ~

TAMAT EDISI GRAND DINNER !

Setel ! Banyak bergamborr je kan dari acara dalam tu ? Huwaaa ! Selalu pakai kamera NIKON , bila duduk kat sini , pakai kamera HANDPHONE . Tu yang rasa nak hentak-hentak kaki je . T_______T

Friday, November 29, 2013

Macam mana kalau kita dah jadi jenazah ??

kindergartenlibrary | 2:02:00 AM | 13Comments |
Opppss , sebelum tu nama Nelly The Strange telah ditukar ke nama :

Elvy Nellysha .

My real name ! =)

Url still sama ...



Pernah tak terfikir bila kita jadi jenazah satu hari nanti ?
Agak-agak macam mana la kan bila orang kapankan kita ?
Senang ke tak , susah ke tak ya ?

Huwaa , itu la yang Nelly selalu fikir tapi bila dah join pengurusan jenazah dekat UUM ni , sangat bermanfaat  untuk kita yang tak berapa nak ambil tau ni kan . Baru la tau bila kita meninggal , orang yang hidup la yang bertungkus lumus nak kebumikan kita . So , MAKE SURE tak ada istilah :

"Kubur kan lain-lain . Masing-masing punya pasal la !"
>.<






(AKTIVITI YANG KITORANG BUAT bersama MODEL JENAZAH...)

Masa jaga dekat booth untuk program ni , bila ajak orang join program ni , ada yang gelak bila diajak . Terasa pelik .

Apa yang pelik dengan program ni ? Tak nak pergi sudah , tapi tak perlu gelak rasanya .

1 day jadi jenazah juga . Cuma , tak tau bila , tempat dan cara nak mati tu . Banyak-banyak berdoa ya . =)

Program yang ini dikenali sebagai "Offline to Duniawi , Online to Akhirat"
Thank you pada mereka yang menjayakan program ni . Nelly cuma AJK je . Hehehehe . . .

Pagi sampai tengah hari , sibuk dengan program ni .
Malam pula , pergi ke ekspresi emosi , ada Sham Kamikaze dan Dyna Ahmad .

Memang best . Even banyak assignment lagi , join program macam ni mana yang sempat je . Banyak program dah join cuma baru lee nak update ! Hahahaha . .



*MUHASABAH DIRI*

Tuesday, November 12, 2013

Hek eleh , nama je pakai tudung labuh !

kindergartenlibrary | 3:50:00 AM | 16Comments |

Tudung labuh, berjubah dan berstokin itu tak bermakna seseorang itu perlu digelar ustazah. 

Hey, come on la . .

Semua orang kena pakai tudung yang labuh . Bukan la bermaksud labuh gila . Depends kat orang tu la nak labuh macam mana pun . Nak labuh sampai kaki ke , nak labuh sampai nampak macam pakai selimut ke , itu keselesaan dia . But ,labuh yang dimaksudkan ialah tudung yang melepasi dada . Itu dah cukup ikut syariat Islam .

Selalu orang yang mesej Nelly  , lebih kurang gini dialognya . .

“Assalamualaikum , ya ustazah “
“Salam ukhwah, orang alim .”

Erk ??

Cuma , kat sini , Nelly nak kata bahawasanya bertudung labuh dan berjubah tidak semestinya dikategorikan alim dan belum layak lagi nak jadi ustazah . Alim ke tak ke , Allah yang tau . Cuma , bila orang kata macam tu , Nelly amin kan je . >.<

Cuma , bila orang yang bertudung labuh dan berjubah buat kesilapan kecil , itu nampak besar di mata orang lain . Dan terdengar laa suara sumbang :

“He’eleh . Nama je pakai tudung labuh .”

Nobody perfect . Yes , nobody prfect . Kita tak layak nak menilai seseorang berdasarkan kesilapan yang dia buat . Tak salah nak tegur , cuma tak perlu la sampai nak menjatuhkan seseorang itu .
Semua makhluk Allah buat kesilapan , tapi hanya dia dan Allah yang tahu sejauh mana kesilapan yang dia buat .

Notakaki : Jangan memandang atau menilai perempuan yang teruk nak mampus itu tak boleh berubah. Siapa tau dia berubah nanti jauh lebih baik dari diri kita dan tak mustahil kan pengakhiran hidupnya mungkin lebih INDAH dan LEBIH BAIK dari kita .

Tak tahu laa kenapa nak buat entri ni . Sekadar peringatan untuk kita semua .
Sekian terima kasih .


Saturday, October 26, 2013

Situasi exam !!!

kindergartenlibrary | 12:43:00 AM | 16Comments |
Sejak masuk UUM ni , dah tak sedar dah masa berlalu cepat . Sampai tarikh pun kekadang dah lupa .

Aiseyman , busy betul !

Masa exam Asas Keusahawanan , paling benci ABC a.k.a borang OMR !! Kenapa ?
Sebab ada penyakit dengan kertas jawapan macam ni . Penyakitnya ialah :

Ha , nampak ? Nampak ? Inilah penyakit aku ! Lepas tanda A , bawah mesti nak tanda B !
Psikologi betul !



Now , dalam kepala ni asyik nak balik ! Yeay , homesick ! (Tu pun nak tulis ~)
Tapi , yang merunsingkan kepala tak ni adalah . . .

ASSIGNMENT + EXAM !

Dan , setelah diisytiharkan secara rasminya bahawa saya ELVY NELLYSHA BINTI BAHAMAN nak jawab exam , maka kesan-kesan yang terpenting berlaku adalah :

KUAT MAKAN ! STRESS !

Tiap kali telefon my mum , dia kata :


Atas faktor-faktor ni la , kekadang Nelly dok menung jauh laa sangat kan ~
Acamaner orang belajar ni ? Nelly dah kelam kabut dah . Eh , bukan , dah tenggelam kat laut daa ni ~

Alat lepas tension please ! !
HAHAHAHAHAHAHA . . . 

Muka sebelum exam , ceria je . Lepas exam ?
Yabedabedu !!!! Macam kartun buat peace tu lepas exam !

Nelly : Semoga berbahagia dengan paper exam anda ya !

Friday, September 20, 2013

Pengalaman di Universiti Utara Malaysia !

kindergartenlibrary | 6:02:00 AM | 12Comments |
Masa nak pergi kelas !!

Huwaa ! Lama rasanya tak update sejak keluar dari tahfiz dan bergelar student UUM ! Ni update cz mak Nelly tanya bila nak update . Hahahahaha . . Jadual padat sampai kadang-kadang nak buka laptop pun malas . So ? Buat apa ? Tido memanjang dekat bilik !

Yeayy ! Saya dah bergelar student UUM pada 2.9.2013 ! Paling syok , ditemuramah oleh wartawan masa datang . So , ada pulak yang cam muka Nelly kat paper ! So , ramai laa yang menanya samada betul ke itu Nelly atau tak ! YeS , with my mum ! Yang dah cam 100% , terus tag dekat facebook ! Hehehe . .


Nampak tu ? Memang tak boleh lupa masa wartawan datang . Nasib baik bilik Nelly dah kemas ! So , tak laaa malu sangat kann ! >.<

Perjalanan yang terasa lama gilaaa . . Kematu badan ni . Err , salah ayat ni ! Hahaha . . Ayah Nelly kata "Ayah hantar kat sini je . Nak datang lagi , tengok leee . ."
Jawabnya , Nelly balik sendiri la nanti kan . Ayat tersiratnya . . Faham sendiri la kann . . .

Sepanjang orientasi , serius penat ! Tapi , tak ada la macam kena dera sebab ada juga masa kitorang boleh rehat dan waktu macam tu digunakan dengan baik untuk Nelly tidur ! Hahaha !

Kat sini , banyak kawan ! Syokk maaa ! Paling tak tahan , kena kejut orang masa orientasi , tapi nasib baik masuk tahfiz dulu . So , kalau takat nak bangun awal , boleh bangun lagi . . Hehehehe ...

Paling kelam kabut , masa cari kelas . . Memang kelam kabut . Lagi-lagi bila jadual penuh . Macam ayam keluar dari reban dah . Kelam kabut sangat ! Tapi lama-lama okayy even ada juga kelam kabut dan assignment yang dah start nak bertimbun ~

Untuk kokay @ kokurikulum , Nelly ambik kerohanian . Lebih kepada Islamik sikit . Maklum laa , duu masuk tahfiz sekejap dan paling melegakan hati , ada kerja yang akan dibagi ustaz iaitu , menghafal surah sajdah 15 ayat untuk sem 1 dan 15 lagi sem 2 berserta tajwid serta ada penilaian dan memang lega sangat sebab kat tahfiz dah hafal surah tu dan ustazah sangat menitikberatkan tajwid. Tak sia-sia masuk tahfiz belajar muqaddam balik dan betulkan sebutan . . Ada hikmah la kenapa nak masuk tahfiz dulu . Lega gilaaa ~~~









Antara gambar sepanjang orientasi . Meriah !




Malam Hari Malaysia



Ini bilik Nelly kat universiti !!!


Ini roomate Nelly , Fadhilah binti Jusoh from Terengganu . .



Fauziah from Perak , Nelly dan Wani from Selangor !!

Harap boleh bawak semua subjek dengan baik sebab masa form 6 dan masa kat universiti lain giloo ... Amin !!!

Settle dan akan update lagi nanti bila ada masa free!

Tuesday, July 30, 2013

Keluar dari tahfiz : Sebak !

kindergartenlibrary | 6:40:00 AM | 8Comments |

Hari ini , 29.7.2013 dengan rasminya Nelly sudah keluar dari tahfiz . Nelly keluar awal sebab dapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah dalam course Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian . Berat rasanya nak tinggalkan adik-adik yang Nelly sayang . Masa ambik barang , tak tertahan tengok muka mereka yang Nelly kenal dalam 7 bulan .

Masa salam , peluk , terasa berat sangat ! Dan dengan tak sedar , airmata ni menitik juga setelah tahan untuk jangka masa yang lama ! Huwaa ! Nelly rindu dorang . Bila dah pisah macam ni , rasa rindu dan tak nak tinggalkan dorang . . Tapi , atas sebab tertentu , Nelly kena keluar . . 

Paling sedih , bila tengok balik video yang Naja , Anis , Zakiah dan Aini buat . Bila tengok , terus nangis . Naja nangis ! Yup , dia nangis dan Nelly pun nangis . Sebak nak tinggalkan dia . Tapi , Nelly memang akan tengok dorang kalau ada masa . 

Lama juga kat tahfiz sebab nak ambil barang dan tup tup ! Buat biodata . Hampir 10 buku . Lenguh tangan . Masa nak tulis pun , rasa macam lemah tapi kuatkan jugakkk . . . Banyak kenangan kat sana . . Banyak sangat sampai tak terkata even dalam tempoh 7 bulan ! 7 bulan je ! Tapi , rasa macam dah 7 tahun !

Sedar tak sedar , menangis juga la nak tinggalkan tahfiz . . =(
I will miss u all , my dear ! <3






Gambar ramai-ramai tak boleh letak atas sebab tertentu . . huhu . . .

With my mum n ustazah Ain ! =)

SEMOGA MEREKA SEMUA MENJADI HAFIZAH 1 HARI NANTI . AMIN !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...