Throwback cinta?
Korang pernah cinta monyet? Ala, siapa tak pernah kan? Kalau boleh nak bercinta senyap-senyap. Kalau boleh tak nak family tahu siapa. Haha. Yela, cinta monyet. Nelly pun tak faham why kata CINTA MONYET. Berhuhuhuhu..
Actually, sekarang umur sudah 23 tahun. Yes, 23 tahun. Cinta monyet dah banyak. Cinta ala-ala cerita korea, ala-ala hindustan pun pernah, ala-ala sawit la kan? Haha.
Tapi, bila makin besar ni, I mean besar ye, bukan makin gemuk. Huhu. Makin meningkat umur ni, makin serius nak fikir. Tak ada masa nak fikir tentang nak cinta monyet ke, cinta keladi ke, apa ke.
Bila dah besar ni, banyak aspek nak fikir. Bukan setakat nak orang tahan dengan perangai kita, kita juga kena banyak sabar. Even Nelly tahu, tahap kesabaran Nelly kurang sikit. Bak kata orang, ada je tak kena pada mata.
It's not about "KAU MEMILIH" tapi kau kena fikir THE BEST FOR THE REST OF YOUR LIFE. Cewah..
Abaikan kegemukan yang melanda
Bercinta lama-lama kalau tak boleh saling percaya pun payah juga. Boleh bawa ke perang besar. Boleh bawa kepada STRESS!! (Marah ni, marah!)
Mak Nelly selalu kata "Belum kahwin, fikir betul-betul. Nanti bila dah kahwin, tak boleh nak patah balik."
Ini gambar kawan Nelly masa nikah. Yes, sehari sebelum nikah Nelly tanya:
"Macam mana kau yakin dia jodoh kau?"
Kawan Nelly just gelak. Heyy sabar je aku~
Yelah, selalu Nelly fikir. Now, aku tengah belajar. nanti aku dah kerja, belum jumpa orang lain. Belum lagi kalau mengembara entah mana-mana. Belum jumpa orang lain. Persoalan, macam mana boleh yakin dia jodoh kita?
But, now Nelly fokus pada bisnes untuk timba pengalaman, untuk fikir masa depan. I want to have my own asset, my money, car, house and everything. Secara sendiri. Berdikari. Kalau ada rezeki, mana tahu ada bisnes sendiri. Aamiin~
The best quotes Nelly nak tulis sebab selalu jumpa:
"Yang TERBAIK selalu datang LAMBAT. Yang CEPAT, bukan TAK BAIK, mungkin hanya untuk menjadi cerita SEBAHAGIAN hidup kita"
Gambar masa melawat adik-adik kat tahfiz. Tiada kena mengena dengan entri!
Bye! In shaa Allah, next entri akan menyusul~
No comments:
Post a Comment