So, Nelly nak bagi idea untuk mereka yang nak dapatkan duit sepanjang dalam universiti.
1) Part-time
Bila cakap tentang part-time, ada je kedai/restoran yang nakkan student untuk bekerja dengan mereka. Tapi, Nelly faham kadang masa student sangat padat. Lagi-lagi bila bab nanti ada kuiz, perjumpaan kumpulan, assignment yang takkan berhenti sampai final. Well, korang boleh je bekerja ikut masa korang. Tengok kelas korang habis pukul berapa. Set la masa sikit 2-3 jam untuk bekerja. Kadang ada kedai bagi sejam RM 5/ RM 3 bergantung pada kedai tersebut nak bayar berapa. Pandai-pandai discuss dengan bos korang awal-awal nak bekerja dulu.
2) Jual makanan-delivery
Benda ni Nelly perhati banyak student yang akan jual makanan. Tak dinafikan, untuk student pemalas macam aku ni, memang akan cari siapa yang boleh jual makanan + delivery terus ke tempat penginapan. Kadang ada student jual coklat, jual makanan berlauk, jual keropok, jual nasi lemak, aiskrim dari bilik ke bilik untuk student. Yes, untuk aku yang memang kategori bila malas nak keluar, memang aku akan beli apa saja student jual. Hahaha
3) Letak makanan di setiap blok penginapan
Biasa akan ada student yang letak makanan dalam satu bekas (cth: jajan, maggi, cocktail dan etc) yang berkaitan. So, student akan beli dan letak duit dalam bekas yang disediakan. Risikonya, bila dapat student yang tak bayar dan ambil je makanan kita sesuka hati. Rugi kat kita balik bila kena macam ni. Kadang lagi buruk, ada yang ambil je duit yang orang bayar. So, decide la macam mana. :)
4) Print
Yang ini pun popular juga dalam kalangan student. Kadang ada student yang tak ada printer, akan print di kedai. Tapi, disebabkan ada khidmat print dekat bilik student, so, dorang akan menggunakan kemudahan yang ada dengan pergi kat bilik student yang ada khidmat ni. Sekurang-kurangnya dapat juga duit sikit-sikit buat makan. Kadang Nelly yang ada printer pun, ada juga menggunakan khidmat student ni, sebab habis ink. Hahahaha!
5) Topup
Ini memang akan laku juga sebenarnya. Sebab ada je macam aku ni, bila line slow tak boleh buat bank in online, aku akan cari kawan yang jual topup. Ramai yang jual topup cuma aku tak pasti untung kira macam mana.
6) Dropship
Ini juga popular untuk student yang nak jual barang, tak nak keluarkan modal. Kita cuma promote barang yang dijual dan mark up harga RM 5-10 untuk satu barang. Barang biasanya akan dipos oleh oleh pihak yang jual barang tu. Kerja kita cuma promote harga dan markup harga barang kedai tu berdasarkan harga yang dia bagi. Ada yang jual barang kecantikan, kesihatan, handbag, kosmetik dan macam-macam lagi. Risiko, kalau dapat supplier yang menipu. Memang masak juga la.Try jual satu barang, dah okay baru jual 2-3 barang... Kalau dapat yang jujur, seronok la kita jana income lebih. Tak tahu macam mana nak dropship? Just contact me!
Ini hanya cadangan Nelly je berdasarkan pemerhatian duduk universiti dulu. Kalau ada yang lain untuk jana pendapatan, maybe tu dari cara lain student untuk jana pendapatan. Yes, memandangkan ekonomi pun tak berapa okay, cari la benda lain untuk jana pendapatan. Nak minta kat mak ayah selalu pun, segan jugak. Hahaha..
Okay, sekadar perkongsian idea. bye! :)
No comments:
Post a Comment