Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Tolong jangan hina orang OKU !

kindergartenlibrary | 7:19:00 PM | 14Comments |
Salam semua ! Kita baca entri Nelly yang baru ya ~
Korang , pernah jumpa orang yang berlabelkan OKU ?
Dalam bahasa panjangnya , Orang Kurang Upaya . .


    


Sebenarnya , tak kisahlah kalau ada yang dilabelkan dalam kategori macam ini .
Sama ada korang ni cacat pendengaran . cacat penglihatan , lumpuh dan sebagainya . Atau mungkin sedara mara yang tergolong dalam kategori ini . .

Actually , tak lah hina mana pun OKU ni . Kalau korang pernah MENGHINA OKU ni , korang kena sedar dorang pun ada perasaan . Tak perlulah korang nak hina-hina bagai . Terguris hati doe !
Kalau korang buat macam ni , memang korang manusia yang tak berperikemanusiaan !

Dekat sekolah Nelly ada kelas OKU . . Setiap kali perhimpunan , dorang beratur sebelah barisan dengan Nelly . . Tak pernah terlintas dalam kepala dan hati nak ejek dorang . . Malah , Nelly menganggap mereka sangat sangat sangat sangat ISTIMEWA ! !

Jadi , kalau nampak orang OKU , tak perlulah nak ejek-ejek dia . Sekali golongan ISTIMEWA ni sumpah seranah korang sebab teraniaya , baru korang tau langit tinggi ke rendah . Doa orang teraniaya ni selalunya dimakbulkan .

Korang kena sedar , bila kita ejek OKU , kita tak tau masa depan kita apa yang akan jadi . .
Jadi , tak perlu yakin sangat yang kita akan SEMPURNA sampai mati ~

Monday, October 24, 2011

Kita nak yang TERBAIK dalam setiap PERHUBUNGAN tapi tak ada siapa yang MENGERTI !

kindergartenlibrary | 5:30:00 AM | 56Comments |
Salam pembaca blog Nelly The Strange !
Nampak tajuk ? Kenapa Nelly nak buat tajuk macam ini ? Sebab ini berlaku dalam seharian kita . .


Pernah dapat kawan makan kawan ?
Pernah kecewa dalam percintaan ?
Pernah sedih , gembira dalam hidup ? Semestinya !

Sebenarnya , perkara macam itu BIASA !
Kadang-kadang kita nak buat yang TERBAIK tapi tak ada siapa yang nak FAHAM !

Situasi 1 : Korang cakap dekat orang yang korang kapel , jangan buat itu , jangan buat ini .
Tapi , respons dia "Suka fikir bukan-bukan ." Atau "Mengongkonglah . Rimas saya !"
Korang buat macam tu mungkin pernah melalui benda yang sama di masa lalu . . Tapi , dia tak nak faham .

Situasi 2 : Korang cerita dekat kawan korang masalah korang sebab korang percaya dia .
Tapi , dia cerita balik dekat orang lain . Padahal korang percaya dekat dia .
Ada tak korang rasa nak lempang saja dia ? Lex lu !

Cukup 2 contoh di atas . Kenapa orang tak nak dengar dan bagi respons yang tak diharapkan ?
Sebabnya dorang tak tau apa sebalik yang tersirat dari yang tersurat .

Korang nak buat yang terbaik . Tapi , tak ada siapa yang faham .
Jadi , perkara paling utama yang korang nak buat . .

Penyelesaian situasi 1 : Berbincang . Kalau tak nak dengar juga , biar saja dia . Jangan dilayan . .

Penyelesaian situasi 2 : Sabar . Tapi , kadang-kadang sabar ada had . . Fikir rasional .
Tegur atau berdiam diri kalau boleh . Pasti ramai kata tak boleh . Jadi , sebelum cerita apa-apa kenalpasti kawan yang korang cerita tu !

Hanya orang yang kenal korang betul-betul yang akan faham disebalik yang tersurat 

Sunday, July 17, 2011

Dalam hidup perlu timbulkan persoalan ~

kindergartenlibrary | 5:23:00 AM | 34Comments |
السلام عليكم

Hidup ? Siapa yang faham mengenai kehidupan ?
Kalau ditanya dekat 10 orang , belum tentu jawapannya sama . . .

~ Maksud kehidupan bukanlah untuk menang. Maksud kehidupan adalah bertumbuh dan berbagi.
Ketika Anda mengingat-ingat apa yang telah anda perbuat dalam kehidupan ini, Anda akan lebih puas dari kesenangan yang Anda bawakan bagi orang lain daripada dari saat-saat anda mengungguli mereka.
- Rabi Harold Kushner.

Kredit dekat :  sini

  • Pernah tak korang terfikir kenapa dalam hidup jadi macam ini ?
  • Kenapa dalam hidup jadi macam itu ? 
  • Kenapa tak jadi hari ini ? 
  • Kenapa mesti ini ?
  • Kenapa mesti itu ?
Berbagai-bagai persoalan sampai ada ketikanya korang sendiri tak dapat jawapannya !
Pernah rasa macam itu ? 

Kita semua manusia . . Mesti akan ada persoalan macam itu .
Tapi , mana jawapannya ? ? Mana nak dapat jawapan semua persoalan ?

Ada ketikanya , dalam hidup bila timbul persoalan , otak kita ligat berputar cari jawapan .
Ada kalanya kita jumpa kerana kita melalui kematangan .
Ada kalanya kita jumpa kerana kita melalui pengalaman hidup yang membawa kita ke arah untuk mendapat jawapannya . .

Ada kalanya kita tak dapat jawapan dan kita biarkan segala persoalan TERBIAR !
jadi , dalam hidup perlu ada persoalan dan yang paling penting jangan pernah biarkan ia TERBIAR + USANG dalam setiap persoalan ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...