Ulang balik Nelly !
Dikenali ? Musuh ? Eh , betul ke ni ? ? Kenapa pula ?
Macam-macam soalan ada dalam fikiran korang kan ?
Pada pendapat Nelly kan , makin dikenali , makin ramai musuh . . .
Bukan tertumpu pada dunia blogging , realiti juga macam itu . Pelik kan ?
Kadang-kadang orang itu tak ada salah apa-apa , tapi orang lain yang cari mana salah dia . .
Tambah pelik tak ?
"Habis ? Tak payah dikenali ke ? Macam tu , rasa nak duduk diam-diam . . "
Opps , tak nak ada perubahan ke ? Siapa yang rasa-rasa nak cakap macam itu ?
Meh Nelly cepuk ! !
Bila orang cari salah kita , bermakna kita diperhatikan . .
Mungkin kerana cemburu ? Mungkin kerana dia tak sama macam kita ? Hanya dia yang tau ~
Perlu ke musuh ? Kalau boleh , mahu ada kawan banyak-banyak . Sama-sama buat kerja berfaedah !
Lagi tambah pelik bila orang maki hamun kita tak tentu pasal .
Kadang-kadang salah kita sikit saja , tapi orang maki hamun macam salah kita tak boleh dimaafkan . . .
Dahsyat kan ?
Tapi kena ingat , ramai yang membenci , takkan tak ada yang menyokong kan ?
Fikir positif . Biarlah orang membenci kita kan ? Asalkan kita tak benci orang itu ~