Saturday, December 10, 2011

Nelly The Strange Pelacur Blogger ! Sekali lagi . . .

kindergartenlibrary | 4:05:00 AM | 38Comments |
Salam semua !! Sekali lagi , sekali lagi !!
Entri dulu


Nelly dapat gelaran yang sangat hebat . 
Satu tamparan + sedih gila tak terkata . .


Kalau dulu , di Facebook , sekarang secara terbuka ! Wa malu der ! !


Blog ini nampak sangat-sangat baru . Dengan satu entri , cukup buat satu tamparan hebat dalam dunia blogging . . 

Ha , betullah . Ini pic ko kan ? Tolonglah jangan perasan . Ini pic Nelly ! ! 
Sampai hati curi dari Facebook !



Nelly adalah mangsa pertama dia . Kenapa Nelly ? Nama ni mak ayah yang bagi . . Okay , gurau jap . Tension pun tak guna . Mungkin ada yang dia geram + marah sangat kot kat Nelly . .

  • Femes ? Nelly tak reti bab-bab femes ni . Tapi , kalau kau rasa Nelly femes sampai dengki gila-gila dengan Nelly , ko kena usaha lebih , sayang . . Nelly bukan artis yang selalu terpampang kat majalah sampai kata Nelly sombong . . Jangan nilai Nelly kalau tak kenal Nelly ! 
  • Nelly hanyalah seorang student + blogger yang habiskan masa dengan blog !


Cuba ko tanya dekat mak ko , kenal Nelly tak ?
Mesti dia tak kenal kan ? Kan ? Kan ?
Kalau ko lelaki , mesti mak ko tanya "Menantu mak ke ?"
Kalau ko perempuan , mesti mak ko tanya "Kenapa dengan dia ? Siapa dia tu ?"

Tapi , kau lupa ! Sebanyak mana ko anti Nelly , ramai yang bagi semangat kat Nelly . . Nelly terharu habis !

Nelly ucapkan banyak-banyak terima kasih ya pada korang yang sudi add Nelly kat Facebook , sudi menghabiskan masa kejap nak bagi semangat kat Nelly yang memang tengah down gila masa tu ! 


Nelly nak printskrin satu-satu yang bagi semangat susahlah pula . 
Nelly buat penghargaan di status . .

Nelly bukan Pelacur Blogger . . Terima kasih sayang sebab buat entri macam tu untuk Nelly . . Nelly maafkan ko walaupun ko tak nak tunjuk siapa diri ko . .

Sekian , terima kasih . . 

Friday, December 9, 2011

Cerita cinta : Sayunya Nelly !

kindergartenlibrary | 5:36:00 AM | 21Comments |
Nelly nak cerita satu kisah . Ia mengenai seorang perempuan . Perempuan ni selalu usha seorang lelaki . Lelaki ni merupakan pemain bola keranjang di luar kolej . Disebabkan terlalu menaruh perasaan , perempuan ini cuba menyiasat nama lelaki ini . Setelah diselidik , akhirnya dia mendapat tahu bahawa nama lelaki itu adalah Naim . . 

Kemudian , perempuan ini ingin mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan lelaki itu . Setelah dia mendapat idea , dia ingin mencuba nasib dengan sengaja melanggar lelaki tersebut semasa di perpustakaan . . Pada waktu yang telah dirancang oleh perempuan ini sendiri , akhirnya dia dapat menunaikan hasratnya . Apabila dia terlanggar lelaki tersebut , buku-buku yang dipegang lelaki tersebut jatuh . Perempuan ini cuba untuk menolong Naim mengangkat buku-bukunya sambil berkata "Maafkan saya , encik ." 

Tetapi , lelaki tersebut hanya membalas dengan seukir senyuman tanpa berkata apa-apa namun ia mampu membuat hati perempuan itu cair . Perempuan itu memulakan langkah pertama dengan bertanya nama , aliran yang diambil lelaki itu . Namun , apakan daya lelaki itu hanya mampu berdiam diri . 

Perempuan itu mula merasa seperti bercakap sendiri dan berkata dengan nada marah "Hei ! Saya hanya mahu kenal dengan awak ! Tapi , awak langsung tak nak bercakap dengan saya ! Sombongnya awak ni !"
Namun , secara tiba-tiba satu suara lain menegur perempuan itu . .
"Maaf cik . Kawan saya ini bisu . Dia tak mampu untuk berkata apa-apa . ."

Perempuan itu benar-benar terkejut . Dia mula melihat sekeliling . Semua orang sedang memerhatikan dia . Dia mula meninggalkan lelaki tersebut dalam keadaan sedih . . 


Setelah beberapa bulan , perempuan ini mengenali lelaki tersebut di laman sosial . Lelaki itu mengajak perempuan itu untuk berjumpa . Dia telah menerangkan keadaannya yang bisu sejak lahir di laman sosial . .

Ketika mereka berjumpa , perempuan itu telah meminta maaf . Dia merasakan dia telah terlalu keterlaluan . Namun , sekali lagi lelaki itu menghadiahkannya seukir senyuman sambil mengangguk tanda memaafkan . . Mereka telah berpelukan dan mengambil keputusan untuk berkahwin . Mereka telah hidup dengan bahagia . .



Apa moral yang korang dapat dari cerita ini ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...