Tuesday, January 4, 2011

Wanita berpurdah

kindergartenlibrary | 5:23:00 PM | 13Comments |
السلام عليكم


Sememangnya kan memang Nelly tak nafikan orang yang berpurdah itu cantik walaupun orang kata kecantikan itu SUBJEKTIF . . . Maksudnya mungkin Nelly kata orang yang pakai purdah ini cantik , mungkin ada pendapat lain kata ''tak pun'' . .
Apa-apa pun Nelly suka tengok orang pakai purdah . . Suka sangat-sangat ! !
Nelly tak tahu kenapa tapi suka . . Hehe . . 
Masa dalam cerita ayat-ayat cinta , dengan jalan cerita yang menarik ,tambah lagi ada dimasukkan perempuan yang berpurdah itu yang namanya dalam cerita itu Aisyah . . Lawa saja tengok . . Walaupun realitinya dia tak pakai . . Kan bagus kalau dia pakai . . Orang kata berpurdah ini taklah wajib tapi perempuan yang pakai purdah ini ingin menutup wajahnya kerana takut difitnah adalah amat digalakkan . . Kat Malaysia jarang jumpa lah . . Tak boleh pakai rasanya . . Maaf kalau salah . .


Wanita yang menutupi auratnya dikasihi sekelian makluk para malaikat,para nabi dan dikasihi lagi oleh Allah Swt. Ia benar dan jelas sekali didalam Surah Al Ahzab Ayat 59

Kelebihan berpurdah 

- Allah akan tingkatkan Nur pada wajah 13x ganda daripada wajah asli. Kecantikan waajah seseorang wanita terletak bila Allah beri Nur wajah ini.

- Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya.

- Di syurga Allah beri 70x ganda kecantikan Laiba (Ketua Bidadari). Inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita ini dapat amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat Allah.

- Siti Fatimah berkata padaRasulullah S.A.W, "Hai Rasulullah jika seseorang dapat menjaga auratnya itu adalah lebih manis daripadaMADU tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus dari seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah amat susah.

- Siti Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga akhirat kelak apabila dia hendak melintasi Titian Sirat, Allah S.W.T memerintahkan semua supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Siti Fatimah r.a. Beliau sungguh pandang berat pada aurat hingga beliau meninggalkan wasiat supaya jika ia meninggal dunia maka kebumikan beliau pada waktu malam supaya tidak siapa dapat melihat samada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau pendek.

Nelly ambil kelebihannya dari Nurusyuhada binti ibrahim


Seindah indah perhiasan adalah wanita solehah, dan seburuk-buruk kejahatan adalah wanita yang fasik. Cubalah kita renungkan betapa besarnya peranan wanita dalam masyarakat, negara dan agama. Kalau tidak takkanlah Nabi Muhammad saw menyebut an-nisa' (wanita-wanita) sebanyak 3x sebelum baginda wafat... kerana wanita itulah sebesar-besar fitnah yang ada di muka bumi ini.

Muka ialah sebesar-besar tempat fitnah, sedangkan pandangan ialah 'rasul Syahwat' (penyampai kpd syahwat), pembawa kepada zina dan kefasikan, panah iblis yang mengandungi racun bagi hati. (al-Jiziriyy, kitabu al-Fiqhi 'ala madhahibial-arba'ah; juz 1, al-Qahirah ; juz 7, al-Banjariyy, sabilu al-Muhtadin ; Juz 1 )

Indah dan mendalam sungguh kata-kata di atas... kalau direnungkan kata-kata itu maka wajiblah wanita itu berpurdah. Masakan tidak...wajah wanita itulah tempat sasaran sebesar-besar fitnah kerana Allah swt itu sendiri menciptakan kaum hawa itu mempunyai wajah yang cantik menawan yang mampu mengganggu gugat keimanan kaum adam. Kalau tidak, takkan le ada lelaki yang angau bila melihat wajah wanita yang cantik jelita bak bidadari yang turun dari syurga. Bila mata terpandang maka terunlah ke hati dimana kerana waita itu, jiwa sang teruna menjadi kacau bilau teringatkan sang bidadari yang cantik bak permata hinggalah datangnya syaitan merasuk diri memujuk hati supaya datang mendekati, bila sudah berkenal-kenalan maka datanglah cinta, sayang dan rindu. Bila diri tak tertahan menanggung rindu maka datanglah syaitan memberi 'petunjuk sesat' hinggalah diri terperangkap dalam duri perzinaan... Akhirnya lahirlah zuriat yang tidak diingini dan wujudlah juga pembuangan bayi dimerata-rata tempat.Begitulah betapa bahayanya wanita itu....kerana itulah wanita itu menjadi salah satu dari pelaburan terbesar bagi iblis, syaitan laknatullah.

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya).......(surah an-nur :31)


Kredit ini dekat : Hamba Allah




13 comments:

Cik Embun said...

CCE slalu bygkan mata org pkai purdah tuh cantek.. hik3~ xpayah pakai lens dah

kindergartenlibrary said...

hehe . . betul . .
lawa !

Ogy said...

salam ziarah :)
comeii blog nii

kindergartenlibrary said...

salam ziarah juga .
trima kasih

=)

f y z a said...

nice entry..
harap suatu hari nanti saya pun pakai purdah jugak..
kalau ikut perancangan lepas kawin nanti.. huhu
(ish!gatal nyer ko fyza)
BTW,blog ni comel la

XOXO
f y z a

kindergartenlibrary said...

hahaha . . .
amin . .=)

terima kasih
=)

alyn shahrom said...

harituu ade terbace, orang yang menutup auratt ni sebenarnya lagi seksi. sebab kaum adam mesti menggunakan imaginasi yang tinggi untuk membayangkan lenggok tubuh gadis tersebut.. jagelahh aurat kite untuk suami kerana Allah sematemate.
<3

kindergartenlibrary said...

wah .bahaya mcm tu ...

Rogayah Hassan said...

kt malaysia actually bole pakai
tp ikut circumstances lah.
kadang2 tu macam kat tmpt keje uh mjikan tak bg
*ni mmg discrimination n against freedom of religion of federal constitution

cehhcehh
ni based on akak pnye lcture kt klas la ye
ngee

kindergartenlibrary said...

memang betul pun .
tapi , suka tengok orang pakai ..
hehehe

Anonymous said...

hai nelly :)
kite pn suke tgok org pkai purda...rase cam suatu ari nanti nk pkai cam 2....heheheh

kindergartenlibrary said...

hehe .
insyaAllah .

Anonymous said...

kite same la,suke sgt tgk perempuan pakai purdah,insyaAllah,1 hari nnti nak pakai purdah jugak,doakan yer,hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...