Monday, March 26, 2012

Tingkatan 6 pilihan UTAMA !

kindergartenlibrary | 5:39:00 AM | 25Comments |
Adik-adik comel yang baru lepas SPM tu bolehlah baca apa yang akak Nelly nak terangkan mengenai Tingkatan 6 ! Ramai yang dah tanya Nelly . So , Nelly buat entri berkaitan Tingkatan 6 !

Tingkatan 6 ni salah satu cara paling mudah nak masuk U dan terus dapatkan ijazah . Ia juga mengambil masa selama 1 tahun setengah . So , kena study gila-II jugalah !

Tingkatan 6 tak boleh hanya berharap pada kawan-II saja , kena banyak bertanya dari sekolah lain . =)
So , itu gunanya Facebook ya . Hehehehe . .

Mata pelajaran yang Nelly ambil Sejarah , Pengajian Am , Bahasa Melayu , Pengajian Perniagaan dan Muet . Pengajian Am WAJIB LULUS ! Kalau GAGAL , tak ke mana ya !
Actually , nak kata payah , agaklah . Tapi , kenalah rajin . Jangan malas macam saya ! Haha . . Study last minit !

Apa yang Nelly tau , nak masuk tingkatan 6 ini kena dapat 4 kredit termasuk lulus Bahasa Melayu . Pilihan ada di tangan korang sendiri . Korang boleh pilih untuk masuk Matrik (Bagi aliran mereka yang terpilih sahaja) , tingkatan 6 atau Universiti bertaraf Diploma ... Tingkatan 6 juga dikira standard Diploma juga ..

Cuma , tingkatan 6 ini berada disekolah ! So , kena pakai baju sekolah balik . Ala , buat tak tau je ! haha ..
Untuk tingkatan 6 bawah akan datang akan mengikut semester . So , pointer korang kena selalu 'up' !!
Ala , kira ok la tu . Belajar , exam dan belajar baru pulak . Tak macam Nelly dulu ! Belajar gila-gila . Hafal semua untuk 1 exam yang tentukan O.K atau K.O ! Sekali exam besar sampai , semua nak keluarkan ! Haish ! Pening ooo masa tu .

 

Fakta Tingkatan 6 !

Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil untuk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.

Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.

So ? Dah faham ? Semoga buat pilihan yang tepat ! ^_^
Tak faham boleh tanya Nelly di Facebook !


Memang form 6 susah , tak nafikan tapi banyak manfaatnya ! Kalau dapat , apa salahnya pergi . Tak rugi . Nanti masuk ijazah , benda yang sama juga korang belajar masa kat form6 . . Chill ^_^

25 comments:

Umie Naziera said...

org selalu pndang lekeh dkt budak form6 sb xdpt masuk u,padahal tidak kan kan...untong lagii masuk form6,kalau struggle betul2 terus amik ijazah dkt u..but seriusly form6 kena work harder n smarter ;)

iAmCekbolat said...

thun 2012, stpm lebih mudah XD

Cik RoSs said...

orang cakap,form 6 ni susah.baik ambik diploma aje!! Ye ke??

najihahfara said...

form 6 mmg kene struggle habis la kalau nk dpat U yg kite nak kan.

Falling . said...

gugu amek dip sbb ta mnat pakai bj sek -.-''

nGiau said...

btl! tingkatan 6 skejap tp ssh tahap dewa! mau belajar rajin2 saja :)

kay_are said...

ape pun.. pilihan di tangan sendiri kan.. kite menentukan mase depan so kne pilih betul2.. tapi.. thanx nelly.. tak pernah tau pun info2 pasal ni.. time kasih sudi share.. tapi habis blaja dah pun ^^

Shiema Sufian said...

Goodluck dalam memilih (:

Anonymous said...

tingkatan 6 ke matrik atau asasi semuanya ada pro and contra, tu semua bergantung pd kita.

nak berjaya usaha lebih =D

Cik Farhana said...

Nice sharing (: done folloe u dear~

Sarah Mohd Saleh said...

form 6 adelah plg susua.diantara exam yg tsusah di duniaaa.tp kalau rjin why not.take dat as challenge.matrix oke laaa kott

Nik said...

rezeki ada kat mana2 kalau kita rajin usaha kan.maybe tak cemerlang masa spm.mana tahu ambik stpm, blh jadi pelajar cemerlang negara kan,

YattAkasah said...

cik yatt dulu amik asasi setahun..hee

Zaza said...

saya sgr stpm tu susah. fuuh ! nsib baik saya tak amik spm. saya amik GCSE. hrhrhrhrhr

nabByla said...

akk dulu pun ada masuk tgkatan 6 kejap b4 masuk U. akk dulu takut nk teruskan tgkatan 6 sbb takut x leh buat. apapn, good luck utk nelly !

kaizen said...

f6 = matrik not diploma ok...

*diploma boleh transfers kredit time dgree f6 & matrix cannot.... most of the U...

Sya_Merpati Putih 88 said...

good luck ye nelly...akak doakn semoga nelly berjaya masa stpm nanti..buat yg terbaik, insyaAllah pasti peluang utk sambung study amik degree terbentang luas...cuma form 6 nie kena struggle lebih sikit, masa pun singkat kn..

-Incek Fik- said...

Tidak kisah walau apa jua pon jalan yang kita pilih untuk berjaya, pastikan kita berusaha bersungguh-sungguh serta jangan lupa untuk menyelit sekalung doa tanda tawakkal kita kepada Allah :)

Anonymous said...

jemput singgah http://iraimikieyto.blogspot.com/2012/04/bisnes-infinity-downline.html

kekwa said...

betul kata saya bukan samdol. mcm w, awal2 lagi w dah tolak form 6, sbb w tau, form 6 bukan level w. w lagi selesa dgn diploma, tambah2 dgn jurusan yg w amik skrg. sbb sekolah w tkda jurusan yg w nak. SPM w pun tak memuaskan as expected, tapi bila kt poli ni, w perform well. Mana pun kita pergi boleh berjaya, asal kita usaha. chaiyokk! ;D

say to easy=) said...

wow entri yg bagus nelly untuk lepasan spm :)

SHAZRIZAL SHAHMY said...

Tingkatan 6 kene struggle gila2?? apsal nampak diorg selalu main-main jerk...apa2 pun thanks sebb share the info..

Masmira Masri said...

org yg masuk form 6 ni mmg kena pulun habis tp mmg bagus tau masuk form 6..yer lah smua pun kita kena pulun kn tp kalau nk dikira masa form 6 ni lg cepat hehehe...apa2 pun jgn pk form 6 ni mudah sbb pakai bju sekolah balik..... =)

jemput singgah
http://myaleo.blogspot.com/2013/04/wordless-wednesday.html

Hafiz Hafizol said...

sy pun masuk u lepas ambek form 6.. adik-adik yang x boleh p mana-mana lepas spm tu saya sarankan ambek stpm.. korg struggle betul-betul utk stpm... then bila result elok, boleh sambung ijazah terus :) macam saya.. majoriti kawan2 saya masa di universiti pun dari stpm jugak... :)

Ammelia said...

all the best ye nanti. dulu saya masuk asasi. mane2 pon sama ke padahal :) baru follow sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...