Wednesday, December 16, 2015

UNIUTAMA.FM

kindergartenlibrary | 8:51:00 AM | 0Comments |

Pengalaman di UUM adalah menjadi deejay di PBS. Tapi, dapatlah pengalaman di mana sini adalah platform untuk Nelly belajar menjadi deejay!

Kadang Nelly pergi tapi kadang kalau busy, penat sangat, Nelly tak pergi. Melampau kan? :(

Nak dijadikan cerita, pernah 1 sesi, Nelly cakap merapu-rapu. Cakap macam tak ada point. Sebab bayang tak ada orang nak dengar kita cakap pun!!!

Sekali, ditakdirkan photoshoot di pejabat. Ada juga dengar lagu kat pejabat tu. Nelly dah fikir, mana datang lagu-lagu ni?

Sekali, barulah Nelly tahu yang kalau kita cakap, orang kat pejabat mesti dengar kita kata apa!!!
Habis, Nelly merapu selama ni, orang pejabat dok hadap laaaa apa kita cakap. Dah la aku pernah pasang lagu sampai berkali-kali! Hahaha..


So, bila elektif bebas, Nelly kena pilih samada mahu ambil photography ataupun basic broadcasting. Bila fikir semula, basic broadcasting sudah ada asas. Mean, sudah belajar cara di konti. Cuma, mungkin tak mendalam sangat. Photography? Memang minat dari kecik. Selalu bayang boleh ambil wedding orang. Cuma, kamera ni kena mendalam sikit belajar.

So, keputusannya adalah photography. Alhamdulillah, Nelly dapat sijil penghargaan. Mana tahu dah tak ada kerja nanti, Nelly jadik deejay? Hahahaha

Siapa tahu kan masa depan kita? Hahahaha





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...