Sunday, March 6, 2016

Tadom hill Banting

Elvy Nellysha | 12:48:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum semua, hari ni Nelly nak cerita tempat kat TADOM HILL!



Yeah, entri lama masa cuti-cuti sejenak bersama midsem! Hahaha...

Actually, Nelly plan dengan kawan Nelly nak pergi sana. Ada la kawan Nelly ni excited sangat-sangat. Kami bangun awal. Goreng nugget, kentang, hotdog. Lepas siap semuanya, kami gerak awal la sebab pernah baca review blog orang lain kena beratur. So, dalam pukul 7 lebih kami sampai kat Tadom Hill!!!

Tapi, spoil mood Nelly sebab kawan Nelly tup-tup kata "Masuk pukul 10 weh!"

Pergh! Terkejut gila la kan? Cool beb, haha! So, menunggu masa kol 10 tu lama lagi kan? Apa kami buat? Sambung tidur semula. Rupanya ramai je yang menunggu macam kami ni. Bila masuk sana, ada bagi suruh lekat kat tangan kita sebab kita kena bayar RM 20 untuk masuk. 

So, yang lain tu, nak sewa khemah, lokar, tikar tu dah harga lain. Kami hanya mandi-manda je kat sana. Tempat memang cantik. Sebelum mandi kena pakai LIFE JACKET dan serius, Nelly ni jenis tak pandai berenang, Bila dalam air, OMG!! Dalamnya air. hahahaha. So, semua yang datang nak mandi mesti pakai life jacket even tahu berenang untuk keselamatan masing-masing ya.

Bawah ni Nelly update gambar yang Nelly amik masa kat sana! In shaa Allah, ada rezeki, Nelly jalan dan update lagi. Hahahaha!



Makanan bawak la sendiri. Senang bawak makanan sendiri melayan angin sepoi-sepoi bahasa,Opps..










Tadom hill di Banting. Boleh datang sana bawak family. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...