Tuesday, March 29, 2016

Cyberbullying

Elvy Nellysha | 1:09:00 PM | 0Comments |
Cyberbullying is bullying that takes place using electronic technology. Electronic technology includes devices and equipment such as cell phones, computers, and tablets as well as communication tools including social media sites, text messages, chat, and websites.

Credit : Cyberbullying

Tak faham? Meh sini nak translate.

Pembulian siber buli yang berlaku menggunakan teknologi elektronik. teknologi elektronik termasuk peranti dan peralatan seperti telefon bimbit, komputer dan tablet serta alat komunikasi termasuk laman media sosial, mesej teks, berbual, dan laman web.

Zaman sekarang zaman teknologi. Jadi, banyak sangat orang suka tulis bukan-bukan dengan niat nak malukan, niat nak ugut. Biasanya lebih kepada peribadi seseorang tu.

Sumber: Google image

Zaman sekarang. kalau tak suka, kau nak umpat orang, nobody care! Actually, jadi lebih HOT bila kau asyik nak buka aib orang dengan TWEET, FACEBOOK, WECHAT 24 jam. Memang tak ada kerja ke sampai hidup orang nak ambil tahu semuanya? Jika banyak masa, berzikirlah, Mana tahu pahala tambah juga. :)

Nak mengumpat, mengumpat je la. Habis situ je. Tak payah canang-canang aib orang sampai terbukak aib sendiri. Aib sendiri tak nampak, aib sendiri sampai tercicir-cicir.


Benda ni memang kau akan kata "Ala, bukan dia tau kita mention dekat siapa"
Yes, tapi sebenarnya, orang yang kau kata tu bukan BODOH sangat sampai tak faham kau cakap pasal siapa.

Nelly memang tak suka orang yang sibuk update aib orang, update buruk orang sampai rasa diri sendiri mulia. Sampai rasa diri sendiri macam PERFECT sangat. Memang marah sangat benda ni.

Sebab ayat-ayat yang diupdate tu, boleh menyebabkan pergaduhan yang teruk, perbalahan antara satu sama lain. Dan, lagi teruk kalau dah update, padam. Sebab apa? Saja nak bagi orang tu baca, bagi sakit hati, dan kemudian padam. 
Pelik, pelik~

Bila rasa diri tak cukup knowledge, tolong berfikir sebelum POST STATUS, UPDATE, TWEET. Biasanya orang yang buli siber ni perlukan perhatian atau dalam maksud lainnya, KURANG KASIH SAYANG. :)

Jadi, untuk beri hati lebih puas, lebih rasa diberi perhatian, maka dengan menyebabkan orang lain sakit hati, terluka, disisihkan adalah benda yang dirasakan sangat puas hati supaya terasa kasih sayang orang lain. But. its okay, orang macam ni tolong solat banyak-banyak supaya hati tenang dan tak selalu panas hati dengan orang lain. Takut setan banyak. Kihkih...




Sekian semua, selamat membaca! :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...