Saturday, March 19, 2016

Pengalaman nak dapat lesen

kindergartenlibrary | 9:06:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum. hari ni terlebih rajin nak up entri.




Pengalaman nak dapat lesen? Haaa, tak payah cerita la. Lagi-lagi sambil belajar. Bajet-bajet cukup masa nak dapat lesen. 

Asal cuti midsem, niat hati "Nak ambil lesen." Last-last ke sudah laa tak pergi. Sampai la satu saat, rasa yang diri ni terpaksa ada lesen.

Bila lesen L dah dapat, nak ambil lesen P liatnya diri ni~~ Hukhukhuk~~

Yang pertama, sebab tengok orang bawak kereta. Yang ni memang tak bole la rasa. Hahaha! Sebabnya, bibit-bibit CEMBURU timbul bila kawan-kawan kat UUM ni ada lesen dan cakap:

"TADI AKU DRIVE SENDIRI WEY!"

Kau tahu apa aku rasa? Annoyying sebab aku tak ada lesen lagi! Haha. Bukan tak nak ambil dekat UUM ni, tapi kerana waktu cuti adalah waktu yang aku tak nak kena ganggu. Kah kah kah!

So, dengan semangat gigih yang terpaksa Nelly cipta, Nelly ambil juga la lesen. Memandangkan Nelly tak pernah bawak kereta sepanjang tak ada lesen, tak pernah try-try bawa, maka masa kali pertama belajar bawak kereta dan kereta bergerak, Nelly macam teruja kau tau! Senyum tak payah cakap. Tak percaya pun ada. Ceh!

Cikgu yang ajar cuma cakap "Kenapa u senyum? U tak pernah bawak kereta ke?"
Nelly cuma cakap "Sukanya!" Hahahaha. Bila Nelly ingat balik moment tu, kenapa la aku jadi macam tu~

So, bermula la permulaan bawak ke bukit, parking. 3 penjuru, jalan S dan Z. Rasa macam "YA ALLAH, LAMANYA NAK HABIS.!!!"

Mana tak nya, pagi-pagi kena bangun pergi berlatih bawak kereta. Bila naik tengah hari, mula la Nelly bebel dalam kereta sorang-sorang "Hitam la muka aku. Adoi, tak ada aircond ke. Aish, kenapa kereta depan ni lembab sangat ni? Cepat la woi" Okay, fine. Bila bawak manual ni, kesabaran sangat tipis~ hahahaahha

Hari nak test dengan JPJ, jangan cerita la, berdegup kencang jantung ni. Dan, kebetulan waktu Nelly test adalah waktu petang. Jantung ni tak payah nak cakap la sebab tengok orang mengundur, parking tak masuk kotak. Tangan pun dah beku-beku sebab rasa berdebar sangat-sangat~

So, bila waktu petang, kereta dah susun berderet untuk test bukit. Nelly test clutch dia sebab kereta tak sama macam Nelly selalu bawak. Haaa, clutch jangan cerita. Kalau salah lepas clutch atau kereta tiba-tiba mati, confirm-confrm aku akan turun bukit dengan jayanya!!!

So, adalah lebih kurang 6 atau 7 kereta depan Nelly. Yang buat Nelly menggigil, bila kereta-kereta depan semua mengundur. Dah dengar dah orang membebel "Baru petang, banyak dah fail" Gulp~

So, turn Nelly, terus la ku tekan minyak macam cikgu sekolah memandu ajar dan berhenti hampir tak kena garisan kuning. Free gear, tarik handbrake. Intai kat luar, ceh, tayar sipi-sipi je lagi nak fail tak masuk garisan kuning. Bila JPJ suruh jalan, kau tahu apa aku rasa? Rasa macam nak turun dari kereta dan cakap tak jadi nak teruskan. hahahaha.

Tapi, fikir balik penat dah aku membebel selama ni, ni je la caranya supaya aku lulus dengan jayanya dan tak fikir lagi pasal lesen..

So, slow-slow Nelly masuk gear 1, tekan minyak dan clutch macam cikgu ajar. Bila turun handbrake, lepas clutch terus tekan minyak. Masa tu dah bunyik transformers ada, bunyi kereta nak meletup pun aku rasa ada sebab tak lepas-lepas takut berundur dengan jaya~






Yes!!!!! Lulus bukit!! Then, ke parking, alhamdulillah hampir-hampir tak masuk kotak bila JPJ kat luar tegur "Hei, tak masuk kotak tu!" Dengan sepantas buat semula dan lulus.. Termasuk la jalan S dan Z serta jalan raya lulus dengan jayanya. 2 minggu macam tu, dapat la lesen yang kad tu.

Lepas tu, jangan ingat boleh terus ambil kereta mak ayah terus bole bawak. Test mak ayah pulak. No no no, jangan harap selagi mak ayah pulak tak tengok Nelly bawak.

Memandangkan Nelly tak pernah bawak kereta, Nelly ada masalah sebab tak tahu samada kereta masuk garisan putih ke tak atau dah keluar garis putih kat jalan raya. So, mak Nelly yang ajar termasuk parking. Sebab parking tempat latihan dengan real bila bawak sorang-sorang tu lain. Hampir semua keluarga Nelly tak percaya Nelly bawak. Hahahahahahahaahahaha! I dont care la janji dahada lesen~ Yabedabeduuuu~~~

Tapi, bila kita bawak kat UUM, hmmm.. Tak payah cerita. Punya panik bila sampai bukit. Sebab cikgu kita ajar tarik handbrake dulu. Rupanya boleh je seimbangkan minyak dan clutch (Selepas kawan ajar). Kalau tak. selama ni kawan sebelah la kena tolong jaga handrake. Actually, tak panik cuma akan panik bila ada bukit then ada kereta kat belakang. Rasa time tu tak jadi nak bawak kereta. Huhu~




Alhamdulillah, sekarang dah ada lesen dan Nelly boleh bawa la sikit-sikit. Nak sewa kereta auto kat UUM ni, susah nak dapat. Banyak manual. So, hentam la. Sekarang dah pandai sikit je la. Hahaha

Korang yang tak ada lesen, pergi ambil. Jangan guna LESEN AGUNG. HAHAHAHAHA!




Baru muka ada happy maaa~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...