Wednesday, November 22, 2017

My Convocation Day 20 November 2017

kindergartenlibrary | 4:35:00 AM | 0Comments |


Bulatan merah: Elvy Nellysha binti Bahaman. Nelly laaa~


Assalamualaikum,


Hari ni Nelly nak update hari bersejarah dalam hidup selama 4 tahun belajar.

Dulu, masa Nelly pilih untuk masuk Form 6, ramai kurang yakin dengan pilihan Nelly:


  • "Eh, kau buat apa masuk Form 6? Pakai baju sekolah, pergi sekolah balik."
  • "Kalau kau GAGAL kan, kau tak dapat masuk U tau. Lepas tu kau kena la amik Diploma. Bazir masa."
  • "STPM? Uish,susah exam dia. Baik kau amik Diploma"
  • "Banyak lagi tawaran Diploma, STPM juga kau pilih."


Kenapa Nelly pilih STPM?

  • Jimat duit
  • Jimat masa- 1 setengah tahun @ 2tahun
  • Rasa suasana sekolah yang orang amik Diploma tak dapat rasa
  • Semangat tinggi sebab nak rasa masuk U
  • Exam susah? Kalau rajin.tak susah la sangat
Kepada adik-adik nak amik STPM, pilih la subjek yang korang rasa boleh bawak dan lulus nak masuk U. Jangan pilih subjek susah-susah. Kalau suka mengira, amik la subjek mengira.Kalau suka menulis dan membaca, amik la Sejarah dan Bahasa Melayu macam akak Nelly ni. STPM ni la yang nak bantu masuk U. Simpan azam nak masuk U. Jangan malas-malas okayy!

20 November 2017. 

Tarikh keramat tahun 2017,Nelly bergelar graduan di Universiti Utara Malaysia. Rasa bangga sebab di Universiti Utara Malaysia (UUM) ni la aku belajar banyak benda dalam kehidupan aku. Jatuh bangun, masa sakit, masa sihat, masa ada kawan, masa tak ada kawan, haaaaa semua kat sini la. Bila kenang balik, sayuuuu jeeee rasa.

Masa mula-mula ayah Nelly hantar masuk UUM ni, ayah kata "Ayah datang masa hantar kau je. Ayah datang balik masa Along konvo. Jauh sangat"

Akhirnya, makbul juga apa yang ayah cakap. Rasa menanti hari nak konvo tu memang satu penantian yang menyeksakan la. Bukan seksa apa, tak sabar nak tunggu hari bersejarah. Hari pakai jubah konvo. Dari semester 1 kalau nampak orang pakai jubah konvo jalan-jalan dalam UUM, ambil gambar, rasa macam "Lamanya turn aku. Bila nak dapat pakai ni......"

Akhirnya dapat juga sarung jubah UUM untuk majlis bersejarah dalam hidup..

Nak naik pentas tu, Nelly rasa macam tak pijak lantai bila dia sebut nama. Tak boleh nak fikir apa, gemuruh punya pasal. Nasib la tak buat muka entah apa-apa atas tu. Hahaha

2013-2017.

4 tahun Nelly belajar kat sini. Macam-macam masalah/dugaan/nikmat suka duka Allah bagi. Laptop pernah kena curi pun kenangan juga tu. Huhuhu~~~ 



Pernah pakai tongkat pergi kelas sebab ligament lutut koyak. Pernah slip disc semester akhir, masuk hospital sampai MC 10 hari, tetap juga teruskan sampai habis semester dengan jayanya. Alhamdulillah.

Tak sanggup nak tangguh semester, that why semangat juga nak teruskan siap present FYP lagi dengan jayanya! Terima kasih kepada supervisor UUM Nelly masa FYP, Dr. Fadhilah binti Azhari.

Sehari sebelum konvo. Beli bunga siap-siap nak posing awal.

Muka bahagia lepas naik pentas. 



ILMU, BUDI,BAKTI






Junior di UUM. Thank for the flowers.

Adik comel, Muhammad Haziq

My Parents

Terima kasih kepada ibu ayah, guru, pensyarah yang beri semangat selama ni.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang membantu Nelly selama Nelly belajar. Lagi-lagi masa exam. Huhuhu...
Nelly takkan lupa jasa korang selama kita belajar. Kipidap!

Tahniah pada diri sendiri!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...