Tuesday, January 9, 2018

Master di UM

kindergartenlibrary | 12:02:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum,

Actually, Nelly nak kongsi berita baik ni. Memandangkan lama sangat menganggur di rumah sejak habis praktikal, Nelly dapat tawaran belajar di Universiti Malaya. Dulu Degree ambil Universiti Utara Malaysia (UUM). Ni buang satu 'U' jadi la UM. Huhu.

Kenapa pilih UM?
Yela, sebut je nama UM biasanya orang akan kata "Tu U orang pandai-pandai tu."
Actually, tak pandai sangat Nelly ni, Nelly testing la dapat ke tidak. Hahahaha!

Sekali dapat, rasa macam gembira yang teramat sangat. Satu langkah sebelum ke PHD. Bila tengok, surat tawaran ada dua. Sebab Nelly mohon dua masa awal-awal. Tengok-tengok dua dua lepas dan telah diluluskan dengan jayanya! Tapi, kita kena pilih satu je... 

Image result for sad






Nampak tak? Satu Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat. Satu lagi Sarjana Pengurusan.

Tapi, sebab Nelly lemah sikitttt bab kira-kira. Ada alergik, jadi Nelly pilih la yang membaca je. Hahahaha! Sebelum drop pointer sebab kira-kira, haruslah bijak tahu kekurangan diri, Huhu.

Nelly pilih Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat. Saja nak cuba bidang lain. Sebelum ni ambil Pengurusan Teknologi di UUM. Lepas ni makin busy la Nelly dengan kelas + tesis + bengkel yang boleh dihadiri.

26.1.2018 nak daftar dah. Seram ada. happy ada. Bermula semula perjalanan seorang pelajar. Habis je Master, in shaa Allah sambung PHD pula. Aamiin..

Berangan nak letak nama Dr. Elvy Nellysha binti Bahaman. Ok, berangan kena datang dengan usaha. Jadi, kena la usaha lebih lagi. Doakan yang terbaik untuk saya! Love u all! Tq membaca.

Image result for love


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...