Friday, December 9, 2011

Cerita cinta : Sayunya Nelly !

kindergartenlibrary | 5:36:00 AM | 21Comments |
Nelly nak cerita satu kisah . Ia mengenai seorang perempuan . Perempuan ni selalu usha seorang lelaki . Lelaki ni merupakan pemain bola keranjang di luar kolej . Disebabkan terlalu menaruh perasaan , perempuan ini cuba menyiasat nama lelaki ini . Setelah diselidik , akhirnya dia mendapat tahu bahawa nama lelaki itu adalah Naim . . 

Kemudian , perempuan ini ingin mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan lelaki itu . Setelah dia mendapat idea , dia ingin mencuba nasib dengan sengaja melanggar lelaki tersebut semasa di perpustakaan . . Pada waktu yang telah dirancang oleh perempuan ini sendiri , akhirnya dia dapat menunaikan hasratnya . Apabila dia terlanggar lelaki tersebut , buku-buku yang dipegang lelaki tersebut jatuh . Perempuan ini cuba untuk menolong Naim mengangkat buku-bukunya sambil berkata "Maafkan saya , encik ." 

Tetapi , lelaki tersebut hanya membalas dengan seukir senyuman tanpa berkata apa-apa namun ia mampu membuat hati perempuan itu cair . Perempuan itu memulakan langkah pertama dengan bertanya nama , aliran yang diambil lelaki itu . Namun , apakan daya lelaki itu hanya mampu berdiam diri . 

Perempuan itu mula merasa seperti bercakap sendiri dan berkata dengan nada marah "Hei ! Saya hanya mahu kenal dengan awak ! Tapi , awak langsung tak nak bercakap dengan saya ! Sombongnya awak ni !"
Namun , secara tiba-tiba satu suara lain menegur perempuan itu . .
"Maaf cik . Kawan saya ini bisu . Dia tak mampu untuk berkata apa-apa . ."

Perempuan itu benar-benar terkejut . Dia mula melihat sekeliling . Semua orang sedang memerhatikan dia . Dia mula meninggalkan lelaki tersebut dalam keadaan sedih . . 


Setelah beberapa bulan , perempuan ini mengenali lelaki tersebut di laman sosial . Lelaki itu mengajak perempuan itu untuk berjumpa . Dia telah menerangkan keadaannya yang bisu sejak lahir di laman sosial . .

Ketika mereka berjumpa , perempuan itu telah meminta maaf . Dia merasakan dia telah terlalu keterlaluan . Namun , sekali lagi lelaki itu menghadiahkannya seukir senyuman sambil mengangguk tanda memaafkan . . Mereka telah berpelukan dan mengambil keputusan untuk berkahwin . Mereka telah hidup dengan bahagia . .



Apa moral yang korang dapat dari cerita ini ?

21 comments:

Fyqa said...

err.. bgusla.

prmpuan tu ikhlas trima dia

:)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

nice story walaupun pendek jer...

miss Fyqa said...

cinta hadir tanpa diduga :)

starzieti said...

perenggan pertama tuh mcm kisah saye je. bhahaha. :b

btw, cite nih best. kalau saye da suke someone tuh pun, saye rase saye boleh time kekurangan die. :)

Umie Naziera said...

sedihnya citer nie..tapi true love require no words right?!?

Nadia Mashuri said...

urm..
memang menyentuh perasaan..

CintaZulaikha said...

sweeeettttttttt...:)

nabByla said...

cinta itu buta... :)

tapi mmg sweet la. cm tue la.. sggp terima seaadanya pasangan yg ada. :)

نورعيم said...

alahai, terima pasangan kita seadanya :)

kindergartenlibrary said...

fyqa : yup . . . sweet !

kindergartenlibrary said...

syafiqah : maceh !

kindergartenlibrary said...

fyqa : hehehe

kindergartenlibrary said...

star : barulah sweet !

kindergartenlibrary said...

umie : right!

kindergartenlibrary said...

nadia : tq . :)

kindergartenlibrary said...

cz : maceh !!

kindergartenlibrary said...

nabyla : yup . sangat stuju ... :)

kindergartenlibrary said...

noraim : betul2 . :)

deeya said...

ikhlasnya dia mencintai lelaki itu mungkin kerana Allah ..

bak kata stacy :
mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna

hakhakz !

Myra Azraff said...

eh,citer ni macam samela novel grafik gempakstarz..tajuk dia INNOCENT..BEN yang buat..btw,nice love story:)

Unknown said...

Keikhlasan itu penting.
Sekurang-kurangnya, kurang dosa.

Cinta itu tidak pedulikan sesiapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...