Tuesday, March 19, 2013

STPM : Result Nelly !

Elvy Nellysha | 6:05:00 AM | 15Comments |
18/3 semalam , jam menunjukkan hampir pukul 12 , bermakna hampir untuk ambil keputusan STPM ! Perasaan ? Tak payah nak cakap la . Cikgu suruh duduk dulu , dah rasa tak boleh nak duduk , rasa dah nak pengsan ! Haha ! Bila fikir balik , kelakar pun ada . Gelagat Dila dengan Nita pun lebih kurang je dengan Nelly . Tak senang duduk . .

So , ada la sorang pelajar India ni , namanya Khiruthiga , dia memula masuk , dah melompat-lompat , nangis-nangis . Yang kitorang semua yang nak amik result dah la beratur , mula la cuak . Masa memula dapat slip keputusan tu , kan tak boleh bukak dulu sebelum tandatangan , Nelly dengan Nita sibuk la angkat slip hadap lampu nak tengok kot-kot nampak ! Masa tengok , mula la tengok macam ada D , F ! Hati dah cuak gila . . Masa tu dah fikir "Ni kalau gagal ni , mati aku . ."

So , lepas siap tandatangan , Nelly bagi kat cikgu untuk dibuka dan diphotostat ! Cuak punya pasal , Nelly tak bagi cikgu-cikgu tengok .  . Lepas siap fotostat , Nelly berundur ke belakang pergi kat Dila dengan Nita . Yang bagusnya , Nelly tak tengok result PA yang wajib lulus , terus tengok dari bawah . Disebabkan pointer bawah tu 3.00 iaitu subjek Pengajian Perniagaan , Nelly mula la menjerit sampai Nita tutup mulut Nelly pun , Nelly still gak tak boleh diam . Lupa nak tengok PA lulus ke tak . Hahahahaha . . Masa tu dah tak peduli dah orang lain yang tengah sesak nak amik result ! Kelakar pun ada bila ingat balik . Hahahahahahaha . . .

So , it's time cikgu kira pointer Nelly . Alhamdulillah ! Mana Nelly tak terkejut dengan result yang tak terjangka ! Selama ni nak dapat 2.5 pun terkedek-kedek . Masa tu perasaan ni tak dapat nak digambarkan . 1 subjek Nelly dapat A- iaitu Sejarah . . Disebabkan ada tu la dapat tarik pointer jadi 3.00 sebab Pengajian Am dah hampir nyawa-nyawa ikan tapi masih boleh diselamatkan ya . Hehehehe . .

N saat paling kelakar , bila Nelly terus turun dari tingkat 3 bilik guru tingkatan 6 sebab nak pergi jumpa mak Nelly , Nelly terlupa Dila nan Nita walaupun sempat tanya result dorang . Yang bagusnya , semua barang Nelly kat dorang . Nelly suruh dorang turun . Hahahahaha . . Boleh pulak tertinggal member . . =D

Ambil slip keputusan STPM is the best moment yang Nelly takkan dapat ulang lagi . Pengalaman kat Form 6 terlalu banyak .  Tahniah juga pada mereka yang berjaya . Bagi yang gagal , mungkin rezeki bukan disini . All the best ! ^_^'


Pilihan : Tahfiz atau U ? Kalau ikut mak Nelly , masuk U dan dalam masa yang sama menghafal dan nanti bila cuti semester masuk tahfiz balik . . Tengah dalam perancangan . . . >.<
Susahnya nak buat keputusan . . . . Doakan dapat masuk U ya ! Hehehehe . 

Now , tengah pening nak pilih kos apa . >.<


TENSION !






Gambar sebelum ambik result STPM . Tu ceria je . . . 

15 comments:

Aku Penghibur said...

apa pon tahniah :)

cpfiqa said...

Tahniah kak nelly :) Semoga akak berjaya didunia dan diakhirat XD

nini said...

tahniah nelly...insyaAllah, dapat masuk u...dont worry k...=D

kusyi said...

tahniah!!

mrs kayrul said...

tahniah nelly...lama betul tak singgah blog nelly..last singgah dulu masa nelly baru masuk tingkatan 6 tau2 sekarang dah ambik result pun...imej nelly pun dah lain...

Salma Tayo said...

tahniah! semoga dapat masuk U!

najwa nano said...

nelly!!!result kita sama!!!hahahahaha.tahniah nelly!

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

tahniah nelly...gud girl...perubahan yg besh adik akak ni....tumpang hepiii

umishahirah. said...

nelly, alhamdulillah. kita sama-sama berjaya. insyaAllah, c u d ipt :)

Eza Boom Boom :) said...

sweetnya nelly... wah, tahniah tau. hebat dah tu, dpt 3 pointer. tahniahhh :)

cik nAdyYa ツ said...

wahhh!!! tahniahh ehh :D

Sya_Merpati Putih 88 said...

tahniah nelly..smoga segala impian n cita2 nelly tercapai...
dan semoga urusan utk sambung pelajaran akan dipermudahkan...:)
good luck...:)

E'in said...

tahniah nelly!

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...