Thursday, October 13, 2016

Pembulian siber

Elvy Nellysha | 4:47:00 PM | 0Comments |

Pembulian siber merupakan antara kes yang sentiasa mendapat perhatian umum. Pembulian siber buli berlaku dengan menggunakan teknologi elektronik. Teknologi elektronik seperti telefon bimbit, komputer dan tablet serta alat komunikasi termasuk laman media sosial, mesej teks, berbual, dan laman web. Ia mempunyai tujuan yang tidak baik seperti memalukan atau mengugut seseorang. Contoh pembulian siber termasuk khabar angin dihantar melalui e-mel, video, lama web, akaun atau profil palsu atau apa-apa post yang dipaparkan di laman rangkaian sosial, dan gambar-gambar yang akan memalukan individu yang terlibat. 
Pembulian siber perlu dipandang serius kerana ia merupakan sesuatu yang dipaparkan sepanjang masa dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Contohnya, mesej yang dipaparkan dengan tujuan tidak baik kebiasaannya adalah daripada orang yang sukar untuk dikenalpasti dan menggunakan akaun palsu.  Sekiranya ia sehingga tahap yang terlalu serius, individu yang terlibat boleh mengalami perubahan emosi, lebih suka menyendiri, kemurungan atau lebih teruk akan dikuasai dorongan untuk membunuh diri.
                Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi ancaman buli siber ini. Antaranya ialah membuat kempen kesedaran buli siber. Ia perlu didedahkan kepada semua golongan masyarakat terutamanya golongan pelajar sekolah untuk memberikan kesedaran tentang impak angkara buli siber terhadap individu yang menjadi mangsa.
                Selain itu, peranan ibu bapa juga perlu dilakukan untuk membanteras gejala buli siber. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka sejak kecil. Sikap bertolak ansur antara satu sama lain secara tidak langsung dapat membina hubungan yang harmoni dengan masyarakat sekeliling. Jika diterapkan dari awal, semestinya ia akan mengajar anak-anak mereka supaya dapat menghormati orang lain disekeliling mereka. Ia sesuai dengan pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
                Kesimpulannya, perkara ini tidak boleh dipandang remeh walaupun ia tidak melibatkan fizikal seseorang, namun ia boleh memberikan impak yang besar dalam emosi dan kehidupan individu yang menjadi mangsa. Peranan ibu bapa perlu ditekankan untuk memantau anak-anak mereka yang berjinak-jinak dengan dunia teknologi. Pemantauan tidak hanya sekadar teknologi, namun ibu bapa juga perlu memantau rakan-rakan anak mereka supaya sosial dalam kalangan anak mereka tidak menjadi lebih teruk dan membawa impak yang negatif.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...