Saturday, October 29, 2011

Jangan ajak adik Nelly pergi RUMAH HANTU atau jadi tempat GUSTI !

Elvy Nellysha | 7:52:00 PM | 16Comments |
Selamat pagi semua ! Chak ! Kita bertemu lagi dengan Nelly The Strange !
Nelly update awal sebab takut malam tak sempat . Esok sekolah ~

Korang tau RUMAH HANTU ? Eh , bukan kubur tau .
Rumah hantu yang selalu dibuat untuk menakut-nakutkan orang . Tau kan ?


Adik Nelly , Najwa Farha tak boleh masuk rumah hantu ! Jangan bagi masuk .
Sebab ?

Dulu masa kecil , adik Nelly ni degil nak masuk rumah hantu yang dianjurkan kat sekolah Nelly yang sekarang oleh pelajar-pelajar lelaki India .
Nelly tak nak ikut . Jadi , dia pergi masuk dengan kawan dia . . .

Tak lama dia masuk , korang tau apa jadi ?
Dia boleh masuk rumah hantu tu adalah dalam beberapa minit .
Tiba-tiba dia keluar .


Korang tau apa jadi ?

Baru mula bunyi , 'hantu-hantu' tu ada yang dah kena pukul dengan dia . Hahaha .
Siap hancur barang-barang di dalam tu . Ada patut dia suruh pelajar tu buka balik pintu ! !
Yang lawaknya . dia siap suruh 'hantu' tu bawa dia keluar lagi !!!!
Takut punya pasal , dorang bawa dia keluar sebab tak nak kena pukul . Hahaha ~

Kalau Nelly jadi hantunya , dah lama bengang . . Ada juga manusia macam ni .
Beriya-iya nak masuk ! Dah masuk , pukul orang . Ingat tempat GUSTI ke ?
Kesian dorang ~

Nelly memang tak bawa dia masuk rumah hantu lagi lepas tu ! Hahaha ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...