Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha dari Nelly The Strange

Elvy Nellysha | 8:03:00 PM | 26Comments |
Salam Aidiladha dari Nelly . =)


Terasa macam raya aidilfitri sebab ada : 



Rendang

Daging masak kicap (Feveret giloo !)

(Nasi impit . .)

Syokkk kalau makan dengan makanan kegemaran kita ^_^



Korang masak apa raya haji ni ? Mesti ada makanan kegemaran sendiri kan . CeciterII . .

Wednesday, October 24, 2012

Musim 'Kawan MAKAN Kawan'

Elvy Nellysha | 6:09:00 AM | 11Comments |
Why ? Sebab kadang-kadang kawan yang rapat dengan kita , kamcengg nak mampus dengan kita tu laa yang buat hal . Kawan yang rapat tu laa yang mengutuk , menjaja cerita sana sini , mencari kesalahan kita tanpa kita sedar tentang dia ! 

Kan bagus kalau korang rasa korang tak suka dengan kawan korang tu , korang bagitau je . Bukan hanya berbisik dengan kawan yang lain . Itu salah !

Maaf , sekarang memang tengah musim istilah yang dipanggil KAWAN MAKAN KAWAN ! Ini Fakta bila ramai cerita kat Nelly pasal kawan mereka , bila ramai yang update status pasal kawan mereka . Kenapa ? Sebab mereka dah tak tahan dengan sikap kawan sendiri . 


Ke mana pergi , bersama .Belajar bersama , Makan di kantin bersama , Keluar mana-mana bersama ,Rahsia dikongsi bersama .

Tup . Tup . Kawan yang dipercayai 100% tu la yang membongkarkan segala rahsia . What the fish ?

Nelly memang syukur gila bila ada kawan yang tak macam tu . Kalau Nelly tak suka perangai dia , selamba badak je Nelly cakap :






Dan , kawan Nelly akan jawab :


Bunyi macam kasar tapi , kitorang boleh lagi gelak sesama even kekadang hati ni panass je ! Haha ! 

Nelly akui Nelly bukan jenis yang kawan terus dan terus kamcengg gila . Sebab tu kawan Nelly memang ciput tapi kami happy ! Nelly ada tahap dalam kenal kawan sendiri . . 

Kalau Nelly rasa dia tak ngam , Nelly tak laa baik sebaik dengan kawan-kawan yang lain . Lagi-lagi kalau tau dia penipu habis , hipokrit habis . Hello , nak berkawan tak payah nak buat muka-muka sangat . Orang macam ni la yang susah nak kawan baik sangat . Sebab ?

Depan cakap lain , belakang cakap lain . . Tu yang payahnya ! 


Nelly kawan dengan dia dari darjah 2 ! Sampai sekarang rapat . Dia dah macam akak Nelly sebab lahir awal even sebaya . =p

Gambar masa Form 5 . Nelly kawan dengan dia dari Form3 !

Dorang ni kalau tak ada kat dalam hidup , mati kutu sikit laa . Sebab tak de kawan nak pangkah-memangkah dengan ayat-ayat pedas .


Ini kawan Blogger Nelly pulak . Yang ni dah 2 tahun lebih dah kawan . Masih malu-malu kucing sikit . Hahaha



Yang ni pulak pakwe Nelly dari London . Ni kalau tak ada sama masa tidur , sakit pulak badan rasanya . Hahaha . Sebab tak ada kawan nak buat bantal . =p


Memang kawan Nelly sikit , tapi Nelly kenal mereka dan ada aku kisah ?

 K , thanks !

Sunday, October 21, 2012

Apa jadi jika pelajar dibenarkan bawa telefon ke sekolah ?

Elvy Nellysha | 5:07:00 AM | 31Comments |

Semestinya , Nelly sekeras-kerasnya BANTAH sekiranya pelajar dibenarkan bawa telefon ke sekolah ! Sebab ? Eh , mana aci tau ! Nelly dulu nak bawak pergi sekolah , kemain sorok even tak terkantoi ! Tup , tup boleh bawak ! Eh , tak aci , tak aci ~

Even telefon Nelly paling cikai pun , berharga untuk hantar mesej kau tau ! Hahahaha . Actually , bukan tu sebabnya . Banyak kesan yang negatif , bukan positif ok . Lain la kalau tau guna untuk kol mak bapak atas alasan malas pergi public . . *Boleh pakai kan alasan ni ? >.<*

Kesan negatif :

Situasi A : Guru mengajar kat depan . .

A (taip mesej) : Tayunk ngah wat pe tu ? Eish , musann laaa cikgu mengajar kat depan ni . Msej tayunk lg bgus kan ?
Guru : Ok A , sila selesaikan masalah matematik yang saya baru ajar tadi .
A : Huh ? Apa yang dia ajar tadi ?

A bangun dan tak tau apa-apa pasal pembelajaran tadi .

Situasi B : Gaduh

A : Eh , jumpa lu kat luar nanti . Kasi pukul lu . Wa panggil abang besaq wa !
B : Ok , set ! Jaga lu nanti !

A dan B dengan mudahnya tepon abang besaq dan semestinya terjadi pergaduhan besar-besaran selepas waktu sekolah . .

Situasi C : Memandangkan tepon semua canggih-canggih + sekolah ada wirelessssssss !

A : Ah , bosan laa kat dalam kelas yang tah pape ni. . (Online Facebook . .)
Guru : A , apa kamu buat tu ?
A : Online Facebook cikgu ! Maklum laa , wireless sekolah ni tengah laju . .

Cikgu nak marah pun tak boleh kalau pelajar dah dibenarkan bawak tepon . Rampas ? Boleh tak ya ?

Situasi D : Ponteng 

A di belakang bangunan . . Taip mesej kepada B yang berada kat dalam kelas .
A : Nnti tolong ambikkan beg aku . Senyap-senyap tau . Aku kat belakang bangunan ZZZZ ni .
B : Ok , set . Kau tunggu je . Nnti ada budak hntarkan kat kau .

Dan , bermulanya gejala ponteng yang semakin berleluasa . .

Situasi E : Curi

Hp dan barang canggih-canggih A telah hilang . Jadi , A menuduh B mencuri hp dia dan jadi masalah pulak pada cikgu untuk mensetelkan kehilangan hp bebudak-bebudak ni .




See ? Nampak ? Nampak ? Susah sikit nak cari kesan positifnya . .
Ada banyak lagi situasi tapi lu pikirr laa sendiri ! Hahaha . .
Aku dah kata jangan bawak tepon ! Jangan . Faham kan ? Hahaha .


Harap-harap tak dibenarkan ya sampai bila-bila bebudak-bebudak . Ada bantahan ke wey ??

Confirm ada yang tak setuju !

Saturday, October 20, 2012

Happy Birthday Adikku !

Elvy Nellysha | 3:35:00 AM | 7Comments |


Hyep ! Tarikh 18.10 , masa pukul 5:30 petang adalah waktu untuk ambil adik Nelly , Muhammad Haziq dari sekolah agama . Tiba-tiba bila masuk kereta , dia cakap "Eh , hari ni hari jadi abang laa !"

Masa tu Nelly dengan ayah Nelly ambil adik . Baru teringat yang hari tu adalah hari jadi adik Nelly , Muhammad Aqil . Semua tak ingat . Sibuk kan *alasan je . haha* Adik kecik 5 tahun tu yang ingatkan . Hahahaha ! Patutlaaa Aqil termenung je pagi tu . Aiseyman !

So , tanpa buang masa , semua tunggu dia balik dan terus beli kek . Kitorang sambut kat luar je dengan sedara mara . .


Harap maklum : Gambar yang diambil di bawah adalah gambar yang diambil oleh Nelly ok !

Saja je ambil pic cmnie ! Kasi selera sikit . . Hahahaha !



Kek ! Potong cepat ! !






Nelly dan Aqil ! ^_^

Tak tau kenapa Haziq buat muka macam ni ! Comel pulak tetiba rasanya !
Tembammm kemain !!

Happy Birthday Aqil yang ke 11 tahun ! ! ^_^

Friday, October 19, 2012

Beza zaman DULU dan zaman SEKARANG !

Elvy Nellysha | 4:51:00 AM | 15Comments |

Cer baca apa yang Nelly update ni . . . Ada yang sama tak ? Hahahahaha !




Dulu
Sekarang
1

Kalau cikgu bagi kerja , mesti siapkan kerja cepat-cepat . Sebab takut kena rotan .

Sekarang , kalau cikgu bagi kerja , macam-macam alasan bagi . Katanya kucing beranak 10 laa , jaga lembu belakang rumah la , anjing menyalak laa . .
(Err ?)

2

Cuma ada permainan polis entri one two jaga , polis mati pencuri jaga , main lawan pemadam , main tutup botol tin , main getah , sorok-sorok dan gasing . Haha .

Bila tengok Upin Ipin , bertambah rindu masa zaman kecik-II . .

Mana ada lagi . . Yang ada pun PS 1 , 2 , 3 dan nanti ada PS 100 agaknya .
Online je laaa keje budak-budak sekarang ~.
3

Kalau mak ayah bagi RM 1 , kadang-kadang balik ada lagi RM1 sebab sibuk main .  

Kalau mak ayah bagi RM 5 , uish ! Mana cukup . Balik pun just ada RM 0.00 . Hehehe

4

Kalau kena denda , muka dah malu sangat-sangat ! Esok mesti pastikan jangan sampai kena denda . . 
Kena denda ? Rilex sudaa ! Waaa hebat maa ! Suka pulak jadi perhatian .

5

Bila PJ , saat tu boleh dikatakan “Hari Keramat” . Penuh dengan dunia permainan . Aktif kemain !

Bila PJ , cepat-cepat merungut . Hahaha .
Bila latihan sukan ? Aish , tak payah datang laaa . .

6

Beg sekolah yang terbaik , beg roda . Muka penuh bangga je kalau bawak ! Hahaha . Tarik macam nak pi oversea !


Beg roda ? Eish , tak main laaa . Beg biar ikut trend . Baru la orang tak kata outdated !
7

Mana ada nak ponteng-ponteng ni . Tak reti pun nak ponteng . Asyik kat kelas je sepanjang masa .

Sekarang ? Kalau tak suka subjek atau gurunya , ponteng atau tawaf 1 sekolah lagi bagus . (Huh ?)

8

Kalau cikgu suruh salin apa-apa , mesti salin ! Mesti pastikan salin sampai habis !

Kalau cikgu suruh salin , mesti pesan kat member sebelah “Kau salin . Nanti aku pinjam ya .”
(Pernah buat laaa . Tapi , salin gak dari tinggalkan . Hahaha . .)

9

Dulu Nelly suka tolong guru besar  angkat beg sampai pejabat . Dekat je . . Sebab dapat coklat ! Hahahaha . .


Sekarang ? Adalaaaaa sikittt ~
Hehehehhee . . .
10

Bila kuku panjang , mesti potong sebab nanti ustaz atau ustazah mesti ketuk jari dengan pembaris kayu . .


Kuku panjang ? Even pengawas dah tegur pun ,
“Esok la saya potong . . “
(Err ?)
11

Kalau kawan kacau “Cikgu , tengok dia ! Dia kacau saya !”


Sekarang , “Jaga kau ! “

Thursday, October 18, 2012

Nelly suka ANUGERAH ini !

Elvy Nellysha | 6:17:00 AM | 20Comments |

Alhamdulillah . . Masa mula-mula cikgu umumkan pasal benda ni , Nelly laaaaa antara manusia paling sibuk siapkan . Siap 1 buku setengah , terus terbiar macam tu je . . Sampailaaa dah nak hantar minggu tu jugak , menggelabah Nelly beli buku . Siap juga dalam 4 buku tak silap Nelly . Nak menulisnya 1 masalah pula . Tapi , memandangkan Nelly suka menulis , cepat laa sikit siapnya ! Hehehehe

Eh , apa benda ? Ada laaa program kat sekolah . Mesti ramai dah sedia maklum tentang program Nilam . . Ni hasil apa yang telah Nelly buat . Nak tau tak , punya laaa happy sakan . Tapi , tak dapat ambil sebab Tingkatan 6 ada pertandingan petong . So , hantar wakil je . Sebak rasa . Haha . Poyo je ~


Masa mula-mula dapat sijil ni , rasa macam nak lompat-lompat je . Bukan sebab tak pernah dapat , tapi terasa macam kembali balik kat sekolah rendah sebab pernah dianugerahkan TOKOH NILAM masa sekolah rendah dulu . Even masa sekolah menengah ni tak dapat tokoh nilam pun , still terasa bermakna . Nelly dengan kawan baik Nelly , Fadilah pun dapat tau ! Kitorang memang pulun habis nak siapkan !

Saya suka anugerah ni !

Friday, October 12, 2012

Segmen : Siapa blogger bertuah by Nelly The Strange dan Nabila Medan ?

Elvy Nellysha | 5:55:00 AM | 137Comments |
Sticky post !

Hyep ! Lama kebenorr tak buat segmen dan kali ni pilihan Nelly adalah Nabila Medan yang kiut ! Hehehe . .

Ok , syarat-syarat yang Nelly nak korang ikut :

Buat entri yang bertajuk "Segmen : Siapa blogger bertuah by Nelly dan Nabila Medan ?"

Follow blog Nelly The Strange dan Nabila Medan .


Tampal banner yang telah disediakan oleh kami di entri tersebut dan link kan ke salah satu blog antara kami .



Like fanpage kami :



Tampal banner yang telah disediakan oleh kami di entri tersebut .


Tag kepada 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu .

Akhir sekali , pastikan bagi link yang betul kepada Nelly dan Nabila di kotak komen . Pastikan beri link kepada kedua-dua blog !

Simple kan ? Pastikan cukup syarat !  So , apa lagi ! Jom join ! Kami akan buat cabutan bertuah untuk pemenang . Ok ?
Ada hadiah misteri dan menarik untuk blogger yang bertuah ! !

Senarai peserta !

Tuesday, October 9, 2012

Blogger bertuah pada pandangan Nelly . .

Elvy Nellysha | 4:52:00 AM | 10Comments |
Ingat entri lepas ? Yang ada gambar ini :



Ini blog kepunyaan siapa ? Hehehe . .

Kenapa Nelly cakap kata dia bertuah ? Korang pergi kat blog dia dan korang akan tau betapa cantiknya blog dia ! 


Suka part mata gerak-gerak tu ! Hahaha

Suka part semua part yang lawa ! Hehehehe !



Sangat lawa ! Eh , eh ? Kenapa bukan blog korang yang tengah baca ni er ? Errr , . , .
Eh , kenapa dengan Nelly ni er ? Dah mula suka yang comel-comel ni . hahaha

Sunday, October 7, 2012

Sebab tak suka jawab soalan OBJEKTIF !

Elvy Nellysha | 8:00:00 AM | 26Comments |


Masalah , masalah ! Soalan objektif ? Kenapa kata tak suka kan ? Kan jawapan dah ada . Cuma pilih je !
Hek eleh , kalau senang tak apa ! Ni bila dah bab "Rasa-rasanya macam jawapannya I dan III ."

 Tetiba cuma ada jawapan :

A- I dan II
B- II dan III
C-I dan IV
D- III dan IV



Pergh , rasa nak menyirap je masa tu ! Rasa memang jawapan Nelly laaaa yang paling betul !


Dan bila rasa semua salah dan tak ada jawapan , dengan terbaiknya + sukarelanya Nelly jawab macam ni :


Nampak ? Nampak ? Mula laaa bila soalan 1 adalah A , soalan 2 , 3 dan 4 mengikut urutan ~
Pernah buat ? Hahaha ! 


Lagi-lagi kalau exam Bahasa Malaysia dan Pengajian Am 1 yang ada tanda-tanda macam ni . Sampaikan masa jawab Bahasa Malaysia , siap terfikir "Eh , mana kalkulator ni ?"
Baru ingat BM mana ada kira-kira !

Nasib baik Nelly tak tanda macam ni :


Silap-silap haribulan , habuk pun tarak !




Pernah kena ? Ceciter2x . . Hahaha


Berita baik untuk blogger !

Elvy Nellysha | 1:33:00 AM | 13Comments |
Psst . . Nelly blogwalking blog orang . .

Wah , Nelly jumpa , Nelly jumpa , Nelly jumpa ! Jerit sama-sama ! Hehehehe !
Nelly jumpa apa ? Nelly jumpa blog yang bagi Nelly comel , . Huh ? La . . Itu je ke ? Mana blognya ?


Adakah blog korang ? Blog kawan korang ??
Mahu tercalon sama ? Sila bagitau . Kalau Nelly rasa blog korang bertuah pada Nelly , tak ada salahnya !
=)






.................. Bersambung di entri seterusnya . . Tunggu !

Friday, October 5, 2012

Bila jawab exam masa trial hari tu . . (Part 1)

Elvy Nellysha | 3:00:00 AM | 31Comments |

Ok , pukul 8 mula . . 11 habis . Fuh , lama betul . 3 jam , apa nak tulis ni . Macam boleh tidur je . .

Cikgu masuk . "Ok , duduk kat tempat masing-masing . Saya nak edarkan kertas periksa ." 
Ok , muka cool . Cikgu bagi kertas . Muka rilex . Bahasa Malaysia STPM ! Mak aih , bole ni . kacang je . .

"Ok , boleh mula buka soalan masing-masing dan jawab sekarang . ." Ok , cool .

Soalan 1 : Kepentingan belia menceburkan diri dalam persatuan belia.

Hek eleh , kacang je ni . Apa ke susahnya !

Soalan 2 : Laporan .

Ni kalau aku jawab ni , mampos aih . Apa formatnya ni ? Adoii . Separuh markah kena tolak kalau salah . Jap , balik soalan 1 . Tulis point dulu la . .

Soalan 3 : Kebaikan makanan tambahan

Aih , lagi la kacang ! Badan cergas , otak cerdas . Jap , apa lagi ni ? Huraian ? Ah , mampos , tinggalkan dulu .

Soalan 4 : Aeroangkasa . 

Ah , apa pulak tu ? Pe benda aeroangkasa tu ? Tinggalkan , tinggalkan . Check muka surat sebelah .

Ah , rumusan ni dia nak apa pulak ni ? Eh , kenapa kemain aku tak faham pe rumusan ni nak ? Ah , terus bahagian C . .

Eh , senangnya ! Jap lagi aku jawab . . Pergi bahagian D . Kesalahan bahasa . Eh , macam betul je semua ayat . Apa yang salah pula ni ? Salah soalan ke ni ?

Tengok jam jap . Dah 25 minit berlalu dan tak tulis apa-apa lagi ! Tengok orang sebelah . Semua dah suku dah tulis . Ah , pulak !

Balik bahagian A . Tulis dengan penuh semangat . Gerenti A BM aku ! Hahaha . .

Lagi 15 minit nak habis exam . Fine , termenung . . Bahagian D . Eh , ni macam betul je ayatnya . Jap , macam salah pulak . . Cepat-cepat Nelly buat jadual . Semua ayat dah mula rasa salah .

Jap , jumlah perkataan bahagian A tak kira lagi . Jadi , kira dulu . . 700 patah perkataan . Eh , macam 650 je masa kira tadi . Eh , kira balik laaa . 550 ? Eh , biar betul . Panjang aku buat karangan , takkan 500 lebih kot . Ah , letak 650 patah perkataan laaa . .

"Sila letakkan pen anda semua . Orang depan sila kutip kertas ."

Ah , mampos aku . . Bahagian D tak siap lagi . Baru suku dan kertas dikutip ~

Sengal sudah result BM Nelly . . Hahahaha !

Thursday, October 4, 2012

Petanque di sekolah !

Elvy Nellysha | 5:27:00 AM | 6Comments |

Hanya di kalangan tingkatan 6 @ pra-U sahaja aktiviti ini . Sila baca . .

Wah , hari ni agak syok sikit . Release tension tahap gaban ! Hahaha . . Cikgu-cikgu dan adik-adik lower 6 telah mengadakan pertandingan peringkat daerah Kuala Selangor . Sekolah Nelly menjadi tuan rumah . . Ada beberapa sekolah yang terlibat . . Best memang best tapi petanque tu berlarutan sampai ke petang . Menurut kawan-kawan Nelly , mereka balik dalam pukul 6 . Eh , Nelly pergi mana ? Nelly dah balik dulu dalam pukul 4 lebih . Tak dapat join sampai habis . .

Tak silap Nelly , sekolah SAAS telah mengungguli apabila berada di tempat yang pertama ! Wah , tahniah kepada mereka . Mereka main dengan bersungguh-sungguh . Kalau Nelly yang main , kalah awal-awal jawabnya . Hehehe . So , Nelly jadi photographer tak berbayar ! Hehehe

Eh , Nelly terjumpa sorang budak ni . Ingatkan tak kenal Nelly . Tiba-tiba dia tanya pasal blog ! Aiseyman , dah malu daaaa ~ Sebab ada abang-abang senior yang memang suka mengusik dan menyibuk ! hahahaha ~
Tapi , cover steady je laaa ~
Maceh sebab ingat Nelly dan kenal Nelly melalui blog . Nasib U berani tegur . hehehe . .

Ni antara gambar yang Nelly ambil tadi . . Syoookkkk ! Hahahaha . .




Sebelum sekolah lain sampai ~~~



2 buah sekolah yang sudah sampai , Puncak Alam dan Pengakalan Permatang . .














Mereka yang tengah syok main petanque ! WAWAWA , tak dapat main !








Adik-adik lower 6 yang comel-comel !





Sambil tu bergambar ! HAHAHAHA !


Ni muka menyibuk tengah padang dengan pengadil , senior tahun lepas , Abg Syafiq ! Hehehe . .
Hitam laaaa muka Nelly . . Huk . HuK . .

Lepas ni , STUDY Nelly oiii !!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...