Wednesday, October 24, 2012

Musim 'Kawan MAKAN Kawan'

Elvy Nellysha | 6:09:00 AM | 11Comments |
Why ? Sebab kadang-kadang kawan yang rapat dengan kita , kamcengg nak mampus dengan kita tu laa yang buat hal . Kawan yang rapat tu laa yang mengutuk , menjaja cerita sana sini , mencari kesalahan kita tanpa kita sedar tentang dia ! 

Kan bagus kalau korang rasa korang tak suka dengan kawan korang tu , korang bagitau je . Bukan hanya berbisik dengan kawan yang lain . Itu salah !

Maaf , sekarang memang tengah musim istilah yang dipanggil KAWAN MAKAN KAWAN ! Ini Fakta bila ramai cerita kat Nelly pasal kawan mereka , bila ramai yang update status pasal kawan mereka . Kenapa ? Sebab mereka dah tak tahan dengan sikap kawan sendiri . 


Ke mana pergi , bersama .Belajar bersama , Makan di kantin bersama , Keluar mana-mana bersama ,Rahsia dikongsi bersama .

Tup . Tup . Kawan yang dipercayai 100% tu la yang membongkarkan segala rahsia . What the fish ?

Nelly memang syukur gila bila ada kawan yang tak macam tu . Kalau Nelly tak suka perangai dia , selamba badak je Nelly cakap :






Dan , kawan Nelly akan jawab :


Bunyi macam kasar tapi , kitorang boleh lagi gelak sesama even kekadang hati ni panass je ! Haha ! 

Nelly akui Nelly bukan jenis yang kawan terus dan terus kamcengg gila . Sebab tu kawan Nelly memang ciput tapi kami happy ! Nelly ada tahap dalam kenal kawan sendiri . . 

Kalau Nelly rasa dia tak ngam , Nelly tak laa baik sebaik dengan kawan-kawan yang lain . Lagi-lagi kalau tau dia penipu habis , hipokrit habis . Hello , nak berkawan tak payah nak buat muka-muka sangat . Orang macam ni la yang susah nak kawan baik sangat . Sebab ?

Depan cakap lain , belakang cakap lain . . Tu yang payahnya ! 


Nelly kawan dengan dia dari darjah 2 ! Sampai sekarang rapat . Dia dah macam akak Nelly sebab lahir awal even sebaya . =p

Gambar masa Form 5 . Nelly kawan dengan dia dari Form3 !

Dorang ni kalau tak ada kat dalam hidup , mati kutu sikit laa . Sebab tak de kawan nak pangkah-memangkah dengan ayat-ayat pedas .


Ini kawan Blogger Nelly pulak . Yang ni dah 2 tahun lebih dah kawan . Masih malu-malu kucing sikit . Hahaha



Yang ni pulak pakwe Nelly dari London . Ni kalau tak ada sama masa tidur , sakit pulak badan rasanya . Hahaha . Sebab tak ada kawan nak buat bantal . =p


Memang kawan Nelly sikit , tapi Nelly kenal mereka dan ada aku kisah ?

 K , thanks !

11 comments:

D i n said...

biasalah tu kawan makan kawan haha kawan kpd kawan din pnah kena haha din x pnah haha

Nelly Strange said...

Hahaha . hope tak kena laa sampai bila-II . wat sakit aty je . :p

ima said...

musim kawan makan kawan nie selalu jadi time musim exam je ..Asal exam je mesti time tu la nak makan kawan .. huh bikin panas ja ..

Mila Ahmad said...

kadang2 susah nak cari kawan yang betul-betul kawan.

cik nAdyYa ツ said...

memang sekarang musim kawan mkn kawan. .
sy ponn da penat ngn kwn2 cmnii..
kalau da duk ostel . ade je geng2 xpuas hatii.. yg si A kutuk si B , yg Si B kutuk si A.. last2 malas nak amek tahu :D

*sy pon xbyk kwn. kwn time sekola 2,3 org je.. bila 2 org da jauh.. tggl la sorg. asal cuty jumpe yg sorg je..hihi :D

Noratisa Nasir said...

Nelly tetap macam dulu je, masih chubby comel amat. Hihihihi :P

Mieya Atiera said...

tu yang bahaya tu. Sebab tu, Mieya sentiasa berhati-hati dalam berkawan.

Cik Yatt said...

nak pakwe nelly tu bole tak? haha

-meeSUPERGIRL- said...

makan nasi lagi best . haha

kay_are said...

biar kawan sikit tapi berkualiti ye tak? better dari kawan ribu2 tapi sume member fb je..

Pojiekyra said...

straight to the point je nelly..tgk cm kyra..xyah tapis hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...