? Nelly dapat cuti SEMINGGU ! Kenapa ?
Monday, February 27, 2012 | 5:31 AM | 25 notification(s)
Salam semua ! Nelly nak update selepas mereview blog !
Nak cerita ni . Nelly dapat cuti seminggu ! Sebab ?
Tempurung lutut Nelly lari . So , tempurung lutut Nelly lari ! Then , tak boleh nak kejarlah kan ? Haha . .
Salah Nelly juga sebab Nelly dengan penuh yakin dah sembuh naik tangga sampai tingkat 4 selepas 2 bulan berada di kelas bawah sebab kelas Nelly dekat tingkat 4 sebenarnya .
Malangnya , tulang lututnya lari lagi dan cedera lagi sekali selepas beberapa minggu naik !
Maybe , tak sempat nak sembuh lagi Nelly dah naik tingkat 4 ! So , doktor yang x-ray Nelly bagi cuti seminggu + pengetua bagi arahan turun kelas semula !
Nelly nampak hasilnya , tempurung lutut Nelly dah ke tepi . Patutlah sakit semacam !
Tapi , diingatkan bila ada sesiapa yang pernah terjatuh dan tulangnya lari , adalah lebih baik jaga betul-betul .
Sebab bila lututnya berbunyi semula , serta-merta rasa 'kehilangan tenaga' .
Nasib baik Nelly tak pengsan . Sempat juga tahan .
Mengikut apa yang Nelly baca di blog , bila lututnya retak , akan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut !
Nasib baik lutut Nelly cuma tergerak sikit + ligament cedera .
Doktor suruh rehat dan jangan banyak bergerak . . Wa pakai tongkat lu tau tak ! Hehe ~
Seminggu tu , seminggu juga ! Kerja sekolah kena buat , kena study sebab STPM tahun ni !!
Doakan Nelly cepat sembuh ya !
Labels: Cerita Nelly





.jpg)