Lisa tergamam . . . Sampainya hati dia mengungkapkan kata-kata yang sangat mengguris hatinya . .
Perlukah dia memadamkan segala memori yang pernah tercipta bersama lelaki yang disayanginya ?
Perlukan dia membiarkan lelaki yang sememangnya hanya berpura-pura mahukan dirinya sejak awal perkenalan mereka ? Setelah di sayang , adakah ini balasan yang harus diterima ?
'Sia-sia !' Jerit hatinya . . Apa yang kurangnya dia di mata Roy . Apa yang salah dirinya pada Roy ?
Argh ! Apa mungkin itu mampu membuat Roy kembali ? Hatinya remuk ! Jiwanya bercelaru . .
Perlukah dia merayu ? Perlukah dia bunuh diri ? Lisa istighfar panjang . . Dia mengucap . Dia masih beragama Islam . Dia masih ada Allah yang menemani dia . Dia pasrah !
Di malam yang hening , Lisa berdoa . Dia tahu dia takkan mudah untuk jatuh hanya kerana seorang lelaki .
Lelaki yang memang tidak memberi sedikit ruang untuk Lisa .
"Ya Allah, andainya dia baik demi duniaku dan akhiratku, maka satukanlah
kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dalam perkahwinan, andainya dia
tidak baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka pisahkanlah kami dalam istilah
persahabatan dan persaudaraan dalam islam.... Amin yarabbal alamin"
Airmatanya mengalir deras . . . Apakah dia selemah ini ? Tidak !
Dia sedang berhubung dengan Pencipta-Nya . . Dia yakin , akan ada hikmah di sebalik yang berlaku .
Lisa segera menyeka airmatanya . Tidak mahu dia menangis untuk seorang lelaki yang tidak pernah menghargainya . .
- Setiap perkataan yang kita berikan pada seseorang , adakalanya ia mampu menjadi penawar atau bisa untuk seseorang yang bergelar perempuan . .
- Hati perempuan lembut , mudah tersentuh dan mudah terguris . .
- Andai ingin memahami tentang perempuan , jangan pernah bertanyakan tentang dirinya kepada perempuan itu . Kerana , ia tidak akan dapat dijawab melainkan ia dinilai sendiri oleh lelaki itu . .
- Setelah putus cinta , perempuan hanya akan mengenang di mana silapnya , di mana kurangnya dia sebagai seorang perempuan . . Andai ia masih belum menemui jawapan , persoalan itu akan sentiasa menjadi tanda tanya pada dirinya . .
Nelly nak buat kelainan dengan entri ini supaya ramai yang lebih faham apa itu perasaan seorang makhluk Allah yang bergelar perempuan . . .
Setiap yang berlaku , ada hikmahnya . . Tiada siapa yang sempurna .
Andai niat hanya untuk mempermainkan seseorang , jangan sesekali menyentuh hidup seseorang . .
Sekian , terima kasih ~
39 comments:
nice entry ! love it . :)
*haiz , mcam ade kene mgena ngan dri sndri plak .hee .
Subhanallah,saya suka doa tue!!
wah!!
klau lelaki tak jaga hati perempuan tak tau lah..
ayunya perempuan..hikhikhik:D
ayunaa : rekaan jek . :p
umie : tq ya . :)
si ngek ngek : betul .. hehe ^^
Perkara setiap orang mesti tahu.. kata-kata itu tidak seindah reliati kehidupan.. biar gagal kerana hidup, jangan sesekali berharap bahagia dari tulisan(^-^)
pndai kak nelly mengarang :)
doa itu sgt menyentuh..uhuhu~
like your entry...nice...
nak teriak boleh tak ? waaaaa .. JK .. ^^, nice entry .. roy tu dalam cter kl menjerit ek ? =P
owh.mcm tu ghupenya.
bru gua tahu.
yeahh!..aty pompuan lembut...segans2 perangai pompuan 2...ttp manangis gk kn..=)...*cam eyda..hehe
perempuan senang utk melupakan tp susah untuk memaafkan :)
lelaki adakalanya x penah mau mengerti~
al-qassam : setuju .. nelly rasatak tau dah nak cakap apa .
:')
cik_shiqah : rekaan .. btw , tq !
cintazulaikha : tq a lot !
madnip : erk .. nama tuh reka jek .
:p
kim : haha ,, amek ilmu ya . :p
eyda : nelly puns
:')
noraim : ayat tu nelly suka !!!
:D
saljou : =(
nice entry!
tq
=)
da mcm novel cintan da nie..~~
syok bca cerita yg cmni..hehe..
nice entry nelly :)
syok bca cerita yg cmni..hehe..
nice entry nelly :)
cik ika : ada kelainan ~
norlida : tq !
nice netry, boleh jadi novelis ni.. salam kenal.. free2, jmput singgah blog sy, bc sakit itu, sakit ini??
kadang2 ape yang berlaku satu petunjuk untuk kita :)
nice entry + story :)
whoa , impressive :)
muhd raziq : tq .. insyaAllah . haha
huda : yup .. tq !
lee : =)
bukak belog nelly tros menangis . haha . nice entry :)
tenang dgr doa nie :)
suka ayat yg kat gambar love tu....
bermakna.... like!!!
entry best.. satu doa juga "pisahkan kami Ya Allah, biarkan kami terluka seandainya terlalu bnyk perkr yg buruk dr yang baik dlm hubungan kami"
suka entry ni :)
Post a Comment